Korang mesti dah terbiasa dengan jajan pelik-pelik dan rasa nak cuba, betul kan? Tapi tahu tak jajan atau makanan ringan seperti jajan pelik bentuk deodoran ini sebenarnya tak baik untuk korang.

Mak ayahlah orang yang paling bimbang bila anak-anak beli jajan pelik-pelik yang kandungannya langsung tak diketahui. Jadi kalau nak beli, kena hati-hati dan pastikan selamat dimakan.

Jajan Pelik Bentuk Deodoran Masih Dijual Depan Sekolah?

Ibu Bimbang Anak Beli Jajan Pelik Bentuk Deodoran

Seorang ibu terkejut apabila melihat anaknya membeli jajan pelik bentuk deodoran yang dijual oleh peniaga di hadapan pagar sekolah.

Lebih membimbangkan, cara makan jajan itu pula bukan seperti biasa kerana kanak-kanak perlu menjilat atau menghisap untuk menikmati air manis yang terdapat di dalamnya.

Menurut wanita tersebut, dia terkejut apabila melihat anaknya sedang ‘menyedut’ jajan itu ketika pulang dari sekolah.

Ads

“Semalam semasa ambil anak balik sekolah, tengok dia tengah sedut benda ini. Ingatkan buat apa, rupa-rupanya ini jajan yang dia beli depan sekolah.

“Semalam anak sedut hampir terlepas bola itu masuk ke dalam mulut,” tulisnya dengan rasa cemas.

Amaran Tentang Bahaya Jajan Pelik

Katanya lagi, dia sudah berkali-kali menasihati dan melarang anaknya daripada membeli makanan di luar pagar sekolah, malah mencatu wang saku supaya cukup-cukup untuk makan di kantin.

Ads

“Saya bagi RM4 saja, cukup untuk makan. Tapi dia selalu simpan RM1 untuk beli waktu balik,” jelasnya.

Wanita berkenaan turut mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah beberapa kali melakukan tindakan dan sitaan terhadap peniaga berkenaan, namun mereka tetap berdegil dan kembali berniaga seperti biasa.

“DBKL dah datang banyak kali, malah pernah ambush, tapi lepas sejam mereka meniaga balik,” katanya dengan nada kecewa.

Ads

Jajan Pelik Bentuk Deodoran Masih Dijual Depan Sekolah?

Bahaya Makanan Tidak Diketahui Status Halal

Lebih membimbangkan, bukan sekadar jajan pelik bentuk deodoran yang dijual, malah makanan berproses seperti sosej dan mi segera juga dijual tanpa diketahui status halalnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai ibu bapa yang turut meluahkan rasa bimbang dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penjual yang tidak bertanggungjawab.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Kisah ini menjadi peringatan kepada ibu bapa agar lebih memantau tabiat anak-anak, terutama bila melibatkan pembelian jajan pelik bentuk deodoran atau makanan ringan lain di luar pagar sekolah. Kesedaran dan pengawasan bersama boleh bantu elak kejadian tidak diingini.