Mak ayah mana yang tidak rungsing bila anak tidak dengar kata dan keras hatinya. Mak ayah boleh amalkan doa-doa tertentu sebagai amalan harian untuk lembutkan hati anak.
Cuba amalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati mereka. Yakinlah dengan kuasa doa.
Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
Ads
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Ads
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
Ads
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Kisah ini memaparkan sebuah cerita seram sekaligus menghibur yang berkisar pada penggunaan toyol untuk mencapai kekayaan dan kemudahan dalam hidup. Dikisahkan, terdapat beberapa insiden di mana orang-orang mengalami kehilangan duit dan barang akibat perbuatan makhluk halus ini.
Berawal dari sebuah sekolah di mana kejadian misteri mula terjadi seperti kehilangan duit dan barang-barang milik orang.
Pada suatu malam, seorang petugas merasa ada sesuatu yang tidak kena dan melihat kelibat makhluk halus yang mencurigakan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, mereka memutuskan untuk menangkap toyol tersebut.
Berujung dengan penangkapan toyol yang ternyata adalah makhluk kecil berwarna merah, yang telah banyak mencuri barang dan duit. Cerita ini mengajarkan tentang pentingnya usaha dan kerja keras dalam mencapai kekayaan, bukan melalui cara-cara yang tidak baik seperti menggunakan toyol.
Kisah ini mengajarkan kita bahawa kekayaan dan kemudahan hidup yang didapatkan melalui cara yang tidak benar tidak akan membawa kebahagiaan yang sejati. Kita harus selalu berusaha dengan cara yang halal dan baik untuk mencapai tujuan kita dalam hidup
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Momen ketika anak-anak semakin membesar ni kadang-kadang mencuit hati kita sebagai ibu ayah. Ada saja akal mereka yang membuatkan kita rasa sekejap je masa berlalu, anak-anak dah semakin besar kan. Bila mereka berbaik dengan adik beradik, lagi lah kita rasa serook tengok kan?
Seperti sebuah video yang dikongsikan Emma Maembong, ketika anak sulungnya, Shariq Gabriel, cuba menidurkan adik. Ketika itu Syakil Aryan Shah, sedang berbaring dan minum susu apabila Shariq menepuk-nepuk adiknya sambil berzikir.
Pada usianya lebih kurang empat tahun, Shariq sangat pandai menjaga adiknya. Bukan saja Aryan okay ditepuk-tepuk abangnya bahkan dia nampak tenang apabila Shariq ada di situ. Sambil merekod anaknya, Emma kemudian mencium Shariq dan memujinya.
Shariq kelihatan sangat gembira dengan pujian ibunya itu. Sebenarnya penghargaan yang simple seperti pujian kepada anak pun dah dapat buat anak rasa seronok dan menjadi lebih yakin dengan dirinya sendiri.
Selain membina hubungan yang baik antara adik beradik, Emma juga menerapkan amalan berzikir sebelum tidur. Pasti dah selalu Emma dan suami buat begitu bila nak tidurkan anak-anak, jadi ia menjadi contoh kepada Shariq dan Aryan.
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...