Anak-anak yang sentiasa buat perangai dan tidak mendengar kata, degil dan sebagainya sememangnya buat kita resah kerana memikirkan cara terbaik untuk mendidik mereka.Kita boleh cuba lembutkan hati mereka dengan 5 amalan doa ini.
Ditambah pula dengan suami atau isteri yang sama perangainya. Buntu bila berdepan dengan orang-orang yang disayangi semacam ini. Dek kerana sayanglah kita mahu mereka berubah.
Pun begitu nak melembutkan hati anak dan pasangan bukanlah mudah. Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
Ads
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Ads
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
Ads
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Hai adik-adik! Suka menyanyi macam adik Iman Darwisy tak? Mari, kita berkenalan dengan adik Iman Darwisy.
Iman Darwisy merupakan bintang muda yang berbakat, memukau penonton dengan suaranya yang merdu. Saksikan adik Iman bertemu bual bersama Kak Cem di siri BK Fantastic | Bintang Kecil.
Iman Darwisy merupakan pemenang bagi Bintang Kecil RTM 2023 peringkat Wilayah Persekutuan.
Menurut Iman Darwisy, bakatnya diasah oleh ibunya, yang turut menyukai menyanyi. Iman menyerlahkan bakat nyanyiannya bermula umur 5 tahun! Hebat sungguh!
Walaupun bakatnya sudah menyerlah, pesanan ibu dan bapanya masih segar dalam ingatan agar “jangan over”, “jangan selfish” dan “jangan berlagak”.
Setiap penampilan nyanyian daripada Iman Darwisy sentiasa memikat, di mana vokalnya yang mantap berjaya mencuri perhatian ramai.
Menurut adik Iman lagi, terdapat beberapa pertandingan, antaranya Asia Talent Search.
Mari bersama-sama untuk menyokong adik Iman untuk menjadi penyanyi yang hebat akan datang!
Sebagai salah satu peserta program Bintang Kecil, Iman Darwisy jelas menunjukkan potensi besar dalam dunia seni suara. Program ini memang terkenal kerana mengetengahkan bakat kanak-kanak yang cemerlang dalam bidang seni persembahan.
Adik-adik boleh menonton aksi penuh Iman Darwisy di YouTube!
Sibuk beraya mak ayah jangan terlupa memberi perhatian kepada anak autism atau Sindrom Down kerana ada waktunya mereka pasti tidak selesa.
Apa lagi ketika berdepan dengan tetamu yang ramai ketika berkunjung di hari raya. Ketika beraya, kanak-kanak dengan sindrom Down mungkin mengalami stimulasi berlebihan kerana suasana yang bising, orang ramai, serta rutin yang berubah. Mak ayah perlu alert tanda-tanda ini.
Beberapa tanda yang boleh diperhatikan termasuklah:
1. Menjadi gelisah atau mudah merajuk
Anak sindrom Down mungkin kelihatan resah, sukar memberi tumpuan, atau cepat merajuk tanpa sebab yang jelas.
2. Menutup telinga atau mata
Jika mereka merasa terlalu terangsang, mereka mungkin menutup telinga kerana tidak tahan dengan bunyi bising atau menutup mata kerana cahaya yang terlalu terang.
3. Menunjukkan tingkah laku berulang
Mengulang-ulang perbuatan seperti menggoyangkan badan, mengelak kontak mata, atau menggigit jari mungkin tanda bahawa mereka cuba menenangkan diri dalam situasi yang tidak selesa.
4. Keletihan atau hilang minat secara mendadak
Walaupun anak sindrom Down kelihatan gembira pada awalnya, mereka mungkin tiba-tiba menjadi letih dan ingin pulang lebih awal daripada yang dijangkakan.
5. Menunjukkan tanda-tanda kebimbangan
Jika anak mula menangis, memegang erat ibu bapa, atau enggan bercakap, ini boleh menjadi petanda bahawa mereka merasa tidak selesa dan terlalu terangsang.
Kanak-kanak dengan sindrom Down boleh menikmati suasana beraya dengan selesa jika ibu bapa dan keluarga memahami ciri ciri sindrom down serta cara mengurus stimulasi berlebihan mereka.
Dengan mengenali tanda-tanda keletihan atau ketidakselesaan awal, ibu bapa dapat membantu anak-anak ini menjalani pengalaman yang lebih menyeronokkan dan bermakna.
Kisah ini menceritakan tentang cerita rakyat mengenai Nenek Kebayan yang dikatakan memakan budak. Dalam cerita ini, ada kecurigaan dari penduduk kampung terhadap Nenek Kebayan karena beberapa orang budak hilang ketika berada dekat dengan kawasan rumahnya.
Penduduk kampung mulai takut dan curiga sekiranya Nenek Kebayan menggunakan ilmu hitam dan terlibat dalam kehilangan budak-budak tersebut.
Namun, setelah diselidiki lebih lanjut, terungkap yang Nenek Kebayan sebenarnya tidak melakukan perbuatan jahat apapun tetapi kebenaran yang terungkap menunjukkan bahawa Nenek Kebayan sebenarnya membantu dan menjaga bunga serta tanaman di rumahnya, dan anak-anak yang dikabarkan hilang sebenarnya tidak diculik atau dimakan olehnya.
Kisah ini mengajar bahawa pentingnya supaya tidak cepat menilai dan menghakimi seseorang berdasarkan kata-kata yang tersebar atau kecurigaan tanpa bukti yang jelas.
Ia menyedarkan kita bahawa pentingnya keadilan, tidak mudah percaya dengan kata-kata yang tidak jelas, dan pentingnya mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang.
Kisah ini juga mengingatkan untuk lebih berfikiran terbuka dan memahami situasi seseorang sebelum membuat andaian.
Malam ini, The Chosen One XTRA, realiti yang menyentuh jiwa kembali dengan musim baharu yang lebih segar. The Chosen One XTRA membawa penonton menyaksikan...