
Yeay, cuti sekolah dah tiba! Masa ni memang seronok sebab boleh bangun lambat, jalan-jalan dengan keluarga dan main puas-puas. Tapi mak ayah selalu pesan satu benda penting. Walaupun cuti, otak kita jangan bagi cuti penuh ya.
Jangan risau, benda ni bukan susah pun. Jom cerita cara-cara fun supaya otak korang kekal on track walaupun tengah bercuti.

1. Main Kuiz Dalam Kereta
Kalau tengah naik kereta pergi jalan-jalan atau balik kampung, jangan asyik tengok phone je. Cuba buat kuiz sekolah!
Contohnya:
Kuiz sejarah. Siapa tokoh negara?
Kuiz sirah. Nabi Muhammad dilahirkan di mana?
Kuiz ejaan atau matematik ringkas
Main sama-sama dengan adik-beradik memang seronok. Tak sedar pun kita tengah belajar!
2. Matematik Satu Muka Surat Je
Mak ayah tak suruh buat satu buku pun. Cukup satu muka surat matematik sehari.
Buat sikit-sikit ni lagi best sebab:
Otak tak berkarat
Tak stress
Bila sekolah buka nanti, kita tak terkejut tengok soalan
Siap cepat, boleh sambung main!

3. Bercuti Pun Boleh Belajar
Pergi zoo, pantai, kampung atau bandar lain? Haa, masa ni la boleh selitkan ilmu.
Contohnya:
Pergi zoo, belajar pasal haiwan
Pergi muzium, dengar cerita sejarah
Pergi pantai, belajar pasal laut dan alam semula jadi
Belajar ni tak semestinya duduk depan buku je tau!
4. Aktiviti Luar Bagi Otak Fresh
Cuti sekolah jangan duduk dalam rumah je. Keluar buat aktiviti luar macam:
Main basikal
Lari-lari dengan kawan
Main bola atau ke taman permainan
Bila badan bergerak, otak jadi segar dan imun pun jadi kuat. Baru sihat dan ceria!
Kesimpulannya
Cuti sekolah memang untuk rehat dan bergembira. Tapi kalau kita pandai seimbangkan main dan belajar, kita akan jadi budak yang bijak dan cergas.
Ingat ya, cuti boleh, tapi otak jangan off!
Selamat bercuti, korang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!








