Ads

Cuti Sekolah Jangan Bazir! Ini Tip Best Supaya Masa Tak Terbuang!

Yeay! cuti sekolah akhirnya tiba. Tak perlu bangun awal, tak perlu pakai uniform, dan boleh rehat sepuas-puasnya. Inilah masa yang paling ditunggu oleh ramai pelajar selepas berbulan-bulan belajar dan fokus di sekolah.

Tapi… kalau setiap hari cuma bangun lambat, main telefon, tengok TV dan ulang benda yang sama, lama-lama cuti sekolah boleh jadi bosan juga tau.

Rugi sebab masa cuti ni sebenarnya boleh jadi masa paling seronok, bermakna dan penuh kenangan kalau diisi dengan cara yang betul.

Jom kita tengok tip cuti sekolah yang best supaya masa tak terbuang begitu sahaja.

Cuti Sekolah Jangan Bazir! Ini Tip Best Supaya Masa Tak Terbuang!

 

1. Buat Jadual Ringkas Je, Tak Perlu Ketat

Tak perlu jadual penuh dari pagi sampai malam pun. Cukup sekadar susunan ringkas supaya hari korang tak kosong dan tak rasa keliru nak buat apa.

Contohnya:

Pagi: Bangun tidur, mandi dan tolong sikit mak ayah
Tengah hari: Baca buku, melukis atau buat aktiviti kreatif
Petang: Main di luar rumah atau beriadah
Malam: Masa keluarga atau dengar cerita sebelum tidur

Ads

Bila ada jadual macam ni, cuti sekolah rasa lebih teratur dan hari pun jadi lebih seronok tanpa tekanan.

2. Cuba Satu Aktiviti Baru

Cuti sekolah ialah masa terbaik untuk cuba benda yang tak sempat dibuat waktu hari persekolahan.

Antara aktiviti yang boleh dicuba:

  • Belajar melukis atau mewarna dengan teknik baru
  • Cuba masak menu ringkas seperti sandwic atau telur dadar
  • Buat projek DIY guna barang terpakai
  • Belajar naik basikal, roller blade atau berenang

Tak perlu pandai terus. Yang penting berani cuba dan enjoy proses belajar. Dari situlah keyakinan diri boleh berkembang.

Cuti Sekolah Jangan Bazir! Ini Tip Best Supaya Masa Tak Terbuang!

3. Kurangkan Masa Skrin, Tambah Masa Main Betul-Betul

Main telefon, tablet atau game memang seronok, tapi kalau terlalu lama, mata jadi penat dan badan pun kurang bergerak.

Ads

Semasa cuti sekolah, cuba hadkan masa skrin dan gantikan dengan aktiviti fizikal seperti:

  • Main kejar-kejar
  • Main bola bersama kawan atau adik-beradik
  • Main papan permainan seperti congkak atau dam
  • Main di taman permainan atau halaman rumah

Aktiviti ni bukan saja buat badan sihat, tapi juga bantu anak jadi lebih ceria dan aktif.

4. Tolong Mak Ayah, Baru Rasa Diri Berguna

Cuti sekolah bukan bermaksud tak buat apa-apa langsung. Inilah masa terbaik untuk belajar bertanggungjawab dan bantu keluarga.

Antara perkara mudah yang boleh dibuat:

  • Lipat baju sendiri
  • Kemas mainan selepas bermain
  • Tolong sapu lantai atau susun kasut
  • Tolong jaga adik sekejap

Bila tolong mak ayah, bukan saja mereka gembira, tapi anak juga akan rasa lebih berguna dan dihargai.

Ads

Cuti Sekolah Jangan Bazir! Ini Tip Best Supaya Masa Tak Terbuang!

5. Luangkan Masa Berkualiti Dengan Keluarga

Hari biasa selalunya sibuk dengan sekolah dan kerja. Jadi cuti sekolah adalah masa terbaik untuk mengeratkan hubungan keluarga.

Antara aktiviti ringkas yang boleh dibuat bersama contohnya makan sama-sama, tengok movie atau kartun kegemaran, berbual dan gelak sama-sama atau buat aktiviti keluarga.

Kenangan kecil inilah yang akan diingat sampai bila-bila walaupun bila anak dah besar nanti.

Kesimpulannya

Cuti sekolah bukan sekadar masa untuk berehat, tetapi peluang untuk mengisi hari dengan aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah.

Tak perlu buat semua benda besar. Cukup isi hari dengan perkara yang buat anak gembira, aktif dan belajar sesuatu yang baru.

Bila cuti habis nanti, barulah boleh senyum dan cakap:

“Cuti aku memang berbaloi!”

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Kenapa Budak Perempuan Suka Warna Pink?

Kenapa budak perempuan suka warna pink? Artikel santai ini menerangkan sebab psikologi, persekitaran dan emosi dengan bahasa mudah difahami kanak-kanak.