Seorang kanak-kanak lelaki telah mengalami kejadian yang tidak dijangka ketika pertama kali menghadiri solat Jumaat di sebuah masjid yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

Dalam kejadian tersebut, siak masjid dikatakan telah memukul kanak-kanak itu secara rawak ketika rakaat pertama, sebagai langkah amaran untuk mengelakkan kekecohan daripada kanak-kanak lain.

Menurut siasatan, siak tersebut mempunyai kebiasaan untuk bertindak sedemikian sebelum masuk ke saf bagi memastikan tiada kanak-kanak yang membuat bising atau berlari-lari semasa solat berlangsung.

Malangnya, mangsa dalam kejadian ini adalah anak kepada seorang individu yang turut hadir ke masjid berkenaan. Insiden ini mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan ramai netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan tersebut.

Selalunya abinya bawak solat jumaat kat Masjid tempat abi dia keje atau kat Masjid Batu 12 dekat sebelah sekolah dia.

Tapi Minggu lepas dia cuti sekolah, abi dia bawak solat kat masjid ehem ehem.
1st time Afnan solat jumaat situ, tapi dapat pengalaman tak best pulak 
tak pasal2 kena libas dengan siak waktu rakaat pertama.

Rupanya sebelum siak tu masuk saf, dia mmg akan rotan je randomly mana2 budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising sebab dia risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari-lari.

Tak sangka pulak mangsa yang kena libas hari tu terkena anak sy. 
sekian, done laporan di mukabuku pula.

 

Sumber: Risalizah Manaf