Musim cuti sekolah panjang ini pasti ada diantara anak-anak kita yang berkhatan. Apa teknik yang sesuai dengan anak kita? Pastinya soalan ini berlegar di minda ibu dan ayah.
Bagi menyelesaikan masalah ibu dan ayah, Dr Adelin Zin kongsikan jenis-jenis teknik berkhatan mengikut kesesuaian buat anak kita. Bolehlah mak ayah buat keputusan teknik mana satu yang lebih baik buat anak.
Asal nak dekat cuti sekolah mesti dekat pm naik pasai khatan kan. Soalan yang paling banyak ada dua:
👦 Apa teknik terbaik untuk khatankan anak.
👦 Kenapa luka anak saya lambat sembuh.
Jadi harini cerita ringkas je pasai khatan ni buat apa je dan apa yang terbaik untuk anak kita.
Ads
1. Kalau tengok gambar bawah ni, matlamat berkhatan ni nak buang yang namanya prepuce tu je. Sebab kan dia menutup glans penis tu.
2. Cara nak buang dia ni lah yang orang develop macam-macam teknik :
🚀 Conventional : Yang tok mudim kerat terus atas batang pisang pastu balut ketat-ketat.
🚀 Laser (diathermy) : Pakai alat pemanas yang cut dan stop bleeding at the same time. (Paling common dan operator dependent)
Ads
🚀 Clamp : Depa clamp kt bahagian pangkal yang garis-garis merah tu dan potong kulup tu. Pastu clamp ni duduk situ 3-5 hari untuk bagi masa kulit tu cantum semula. Hat ni pun kurang bleeding juga.
🚀 Stapler : Pun lebih kurang sama macam clamp tapi dia potong terus dan clip stapler pada kulit tu. Nanti clip ni akan tanggal sendiri.
3. Mana teknik paling terbaik untuk anak kita bergantung pada jenis penis. Kalau penis elok takde melekat, lubang kencing di tengah, tidak tenggelam, mana-mana teknik pun ok.
Ads
4. Tapi kalau ada masalah macam phimosis, buried penis, hypospadia, epispadis, sebaiknya berkhatan dengan yang lebih pakar. Supaya tidak timbul isu di kemudian hari.
5. Sepatutnya kulit kulup penis tu boleh ditarik ke belakang sampai menampakkan glans penis. Ini yang parent kena ajar anak cara cuci kemaluan lepas hadas.
6. Sebab kalau tak dibersihkan ni, kotoran boleh terkumpul dalam tu dan sometimes boleh jadi infection macam balanoposthitis, UTI dan sebagainya.
7. Kalau kulup ni dia melekat erat dengan glans penis dan ada yang sampai tak boleh teropong pun saluran kencing dia, bawa jumpa doktor dulu tanya pendapat. Jangan terus book slot khatan, nanti bila doktor kata kena rujuk, marah kita pula 🥲
8. Next time nanti saya terangkan tentang masalah pada penis yang perlu rujuk ataupun perlu khatan lebih awal.
Mak ayah mana yang tak bimbang bila anak demam. Sebolehnya mak ayah mahu anak cepat-cepat turun suhu badannya ke paras normal. Mulakan mak ayah mencuba pelbagai cara. Namun jangan tersalah langkah.
Menurut Dr. Salehin di akaun Tiktoknya @drsalehink, terdapat beberapa kesilapan yang sudah menjadi kebiasaan ibu bapa ketika menangani masalah anak demam.
Antaranya adalah memakaikan pakaian tebal kepada anak dan memandikan dengan air suam ketika sedang demam. Jom ikuti perkongsian beliau.
“Pertama, kebiasaannya orang Malaysia kalau anak-anak demam mesti bagi pakai pakaian tebal. Sebenarnya, salah. Pakaian tebal itu ia menyimpan haba, maksudnya ia menyimpan haba badan.
Badan anak-anak panas, sepatutnya dia kena keluarkan haba dalam badan. Jadi, sepatutnya kita tak boleh bagi pakaian yang tebal.
Macam itu anak-anak bila bagi pakaian baju sejuk, dia akan lagi panas. Demamnya akan lagi teruk.
Kedua, kebiasaannya anak-anak yang demam dia akan lapar. Dan bila anak demam dia akan kurang nak makan.
Bila dia kurang nak makan, sebenarnya ibu bapa kena menggalakkan dan suruh anak makan. Melalui pemakanan, anak akan cepat pulih. Jadi, ibu bapa kena galakkan anak untuk makan.
Terakhirnya adalah memandikan anak demam dengan air suam atau air panas. Air suam ini biasanya dia punya suhu mungkin lebih tinggi daripada badan kita. Mungkin dalam 50 degree 60 degree macam itu ataupun mungkinlah 45 macam itu.
Kita demam pun paling tinggi mungkin 40, boleh pergi jauh pun 41. Jadi, kita punya suhu badan lebih sejuk daripada air yang kita mandi.
Jadi, suhu panas air itu akan masuk ke dalam badan yang menyebabkan badan kita lebih panas. Sebenarnya, bila demam bukan kena mandi air panas tapi kena mandi dengan air sejuk.
Jadi mak ayah jangan buat silap, elakkan baju tebal dan pilih baju yang selesa dan boleh menyerap peluh. Paling penting elakkan mandi air suam.
Kes penderaan melibatkan kanak-kanak di pusat asuhan dan taska yang kian berleluasa membuatkan pelakon Elfira Loy sanggup berbelanja lebih untuk menghantar dua orang cahaya matanya ke sekolah yang boleh dipercayai.
Semuanya bagi memastikan keselamatan dua anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla lebih terjamin.
“Kisah-kisah ini menjadikan saya takut dan sanggup berbelanja lebih untuk hantar anak-anak ke sekolah yang dipercayai.
“Buat masa ini saya hanya rasa takut, berjaga-jaga dan mampu berdoa untuk mereka.
“Semua cerita (kes dera) merupakan peringatan untuk saya agar sentiasa bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan termasuk aktiviti dilakukan oleh anak-anak yang terdedah dengan banyak perkara di luar,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah dua buah hatinya, Rayyan dan Aria yang kini semakin membesar, Elfira lebih senang membesarkan keduanya sendiri tanpa bantuan pembantu rumah.
Kata Elfira lagi dia paling beruntung kerana mendapat sokongan dan bantuan dari suaminya, Faris Khairol yang turut sama membantunya menguruskan dua anaknya di rumah.
“Bukanlah tidak percaya tetapi apabila saya ambil keputusan untuk memiliki anak, memang saya nak jaga sendiri dan suka menjadi seorang ibu.
“Menjadi seorang ibu adalah tanggungjawab dan ini juga adalah nikmat yang Allah SWT beri sebab dapat masa bersama anak-anak.
“Banyak kelebihan dapat jaga anak sendiri seperti mengajar mereka tentang ilmu agama dan perkara-perkara yang baik,” ujarnya.
Terdahulu, Elfira dan suaminya, Muhammad Farish Khairol Anuar mendirikan rumahtangga pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Ramai yang mengenali Irin Putri Azmi melalui rancangan TV satu masa dahulu tetapi kini dia lebih ramai follower kerana pendedahan tentang autisme yang dibuat melalui media sosialnya. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Irin mengambil peluang sebagai seorang pempengaruh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman membesarkan Raees Aryan.
Mempunyai semangat juang yang tinggi, Irin sering bercerita tentang aktiviti anak sulungnya itu yang mempunyai bakat dalam bidang muzik. Bahkan Raees boleh memainkan sesebuah lagu hanya dengan mendengarnya tanpa perlu merujuk not muzik.
Baru-baru ini Irin telah membawa Raees untuk berjumpa dengan penyanyi hebat, Marsha. Menurut Irin, lagu Marsha berjudul Hening Rindu merupakan lagu kegemaran Raees buat masa ini. Apabila dapat bertemu dengan penyanyi lagu tersebut, Raees nampak gembira tetapi malu-malu.
Marsha kemudiannya meminta Raees untuk memainkan lagu tersebut dan dia kemudiannya menyanyi bersama-sama. Namun yang menyentuh perasaan ramai orang adalah apabila Marsha tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat Raees memainkan lagu tersebut dengan begitu baik.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji bakat Raees serta turut melahirkan rasa tersentuh mereka melihat Marsha menyanyikan lagu itu bersama Raees.
Selesai menyanyi, Raees terus bangun dari kerusi dan kelihatan segan semula. Tidak dinafikan bakat Raees sangat besar dan harus diberikan pujian. Good job Raees!
Seorang bapa yang juga anggota komando di Sungai Udang, terkenal dengan ketegasan dan wajah garangnya, sanggup mengenakan pakaian sekolah pada pagi Isnin demi memberi...