Kita merasakan aktiviti mudah seperti membaling dan menangkap bola seperti tidak punya apa-apa walhal ia kemahiran yang perlu anak kuasai.
Menurut perkongsian dari OT, Pn Mahfuzah Zainol, kemahiran ini perlu ada pada anak-anak diusianya lima hingga enam tahun.
Kemahiran ini walaupun dianggap begitu mudah namun banyak kelebihannya. Jadi mak ayah jangan terlambat.
“Kemahiran membaling dan menangkap bola adalah untuk kanak-kanak umur 5-6 tahun.”
1. Kemahiran membaling sangat penting untuk motor cordination and control.
Ads
2. Dalam aktiviti terapi cara kerja, saya akan uji aspek ini. Kerana ada kanak-kanak tidak boleh membaling bola ke hadapan.
3. Mereka sukar melepas bola di tangan untuk membaling.
Ads
4. Dan mereka juga tiada eye contact dengan object. Lack of object acknowledgment.
5. Biasanya kita akan guna bean bag atau pundi kacang untuk latihan membaling.
6. Ibu bapa atau guru boleh letakkan bakul atau gelung sebagai sasaran membaling bean bag.
Ads
7. Sebenarnya, kemahiran membaling menggunakan pundi kacang ini adalah kemahiran untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun (Henderson and Sugden, 2007).
8. Ibu bapa dan guru juga boleh gunakan belon sebagai ganti kepada bola kerana pergerakan belon adalah lebih lambat dan memberi masa untuk kanak-kanak bertindak mencapai/ membaling belon ke depan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai ibu dan guru-guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan.
Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi focus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus.
Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan.
-Beri masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti, bukan memaksa dengan keras.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Majlis Graduasi PPKI kali ini memang lain macam auranya sebab ada satu momen yang betul-betul mencuri perhatian ramai. Korangg… pernah tak pergi majlis graduasi dan rasa nervous gila? Tapi untuk Insyirah Mat Amin, seorang pelajar Program Pendidikan Khas (PPKI), harinya jadi super special sebab dia datang dengan orang yang paling dia sayang… nenek dia! Awww comelnyaaa!
Dalam sebuah hantaran thread di media sosial, Insyirah dilihat hadir ke Majlis Graduasi PPKI Integriti Daerah Kuala Selangor dengan senyuman bangga sambil digenggam erat tangan nenek yang menjadi penyokong setianya sejak kecil. Walaupun suasana penuh orang, Insyirah tetap tenang sebab ada nenek di sisi.
Masa naik pentas ambil sijil, neneknya ikut tengok dari bawah dengan bangga. Insyirah pun nampak happy sangat sampai semua orang yang tengok pun terus senyum sama. Kadang-kadang momen macam ni tak perlu kata-kata pun, vibe dia saja dah buat hati cair.
Ramai warganet komen cakap momen ni cute sangat sampai boleh cair hati. Ada yang cakap:
Sebenarnya kan, bukan semua orang dapat datang dengan nenek ke majlis penting macam ni. Sebab tu momen Insyirah ni rasa magic sikit. Hari graduasi dia jadi lebih istimewa sebab ditemani orang yang selalu sokong dia sejak kecil. Untuk sesetengah orang, nenek adalah tempat bermanja, tempat bercerita, dan kadang-kadang tempat meluahkan perasaan bila dunia rasa berat. Jadi bila seseorang hadir ke Majlis Graduasi PPKI dengan nenek tersayang, automatik momen itu jadi lebih bermakna.
Majlis Graduasi PPKI tahun ini jelas memberi kenangan paling manis buat Insyirah. Dia bukan hanya meraikan pencapaian diri sendiri, tapi juga meraikan kasih sayang nenek yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Setiap senyuman Insyirah, setiap genggaman tangan neneknya, semuanya menggambarkan betapa besar pengorbanan dan kasih yang mereka kongsikan.
Tahniah Insyirah atas kejayaan!
Sumber: Threads Amin Sawah
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Musim cuti sekolah ini pastinya ada mak ayah yang mula buntu mencari pelbagai idea untuk membuat aktiviti bersama anak-anak.
Tanpa menggunakan modal yang banyak, anak-anak sebenarnya boleh melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Paling utama pastikan masa mereka di isi dengan aktiviti berfaedah yang baik untuk peringkat usia mereka.
Berikut beberapa idea aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah yang sesuai mengikut peringkat usia dari 3 hingga 10 tahun mengikut kesesuaian aktiviti.
Aktiviti Seni dan Kraf
* Melukis atau mewarna: Sediakan bahan lukisan dan biarkan mereka meluahkan kreativiti.
* Membuat kraf tangan: Buat barang-barang kreatif seperti bunga kertas, kad ucapan, atau mainan dari bahan kitar semula.
* Membaca Buku: Pilih beberapa buku yang menarik dan sesuai untuk umur mereka. Anda juga boleh buat sesi pembacaan bersama untuk merangsang minat mereka terhadap buku.
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti mudah seperti mewarna dan membuat bentuk-bentuk dari tanah liat atau kertas warna.
Untuk anak 7-12 tahun: Membuat kraf yang lebih kompleks seperti origami, membuat kad ucapan, atau projek kraf yang melibatkan beberapa bahan.
Aktiviti di Luar
* Berjalan atau berbasikal di taman: Membawa anak-anak ke luar rumah untuk beraktiviti fizikal dapat membantu mereka kekal aktif.
* Bermain di taman permainan: Mainan seperti buaian, gelongsor, atau memanjat sangat menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Permainan seperti berjalan atau berbasikal di sekitar taman, serta permainan seperti bola, frisbee, atau bermain pasir.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti lebih aktif seperti berbasikal jauh, permainan bola sepak, bola tampar, atau bermain di taman permainan dengan lebih bebas.
Sains Eksperimen Mudah
*Buat eksperimen sains yang mudah seperti membuat gunung berapi mini atau mencampur bahan-bahan untuk melihat reaksi.
Masak Bersama
Libatkan mereka dalam aktiviti memasak, seperti membuat kek, biskut, atau pizza sendiri. Mereka akan seronok dan belajar sesuatu yang baru.
Permainan Papan (Board Games)
Main permainan papan seperti Monopoli, Scrabble, atau permainan keluarga lain untuk merapatkan hubungan dan mengasah kemahiran berfikir mereka.
Tonton Filem Pendidikan
Pilih filem atau dokumentari yang bermanfaat dan mendidik, sambil memberi peluang untuk mereka belajar perkara baru dengan cara yang menyeronokkan.
Latihan Fizikal di Rumah
Lakukan senaman ringan atau yoga bersama-sama untuk memastikan mereka kekal aktif walaupun berada di rumah. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Paling penting, pastikan aktiviti itu menyeronokkan dan mendidik!
Banyak aktiviti yang boleh disesuaikan dengan pelbagai peringkat umur, dan yang penting adalah memastikan aktiviti itu menarik serta sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!