Bila anak-anak selsema, ramai ibu bapa rasa risau dan terus nak bagi ubat supaya cepat sembuh. Tapi tahukah anda, memberi ubat selsema kepada kanak-kanak, terutama yang masih kecil, boleh membawa risiko.
Ini penjelasan Dr Zubaidi Haji Ahmad yang ibu ayah kena alert.
BAHAYA UBAT SELSEMA PADA KANAK-KANAK
Ads
Kebanyakkan selsema pula disebabkan oleh jangkitan virus dan tidak perlu dibersihkan sebarang ubat.
Selalunya selsema akan baik sendiri, kecuali di saat tubuh anak menjadi lemah dan demam yang tinggi. Mereka memerlukan rawatan dari doktor.
Ads
Bagi kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah, penggunaan ubat selsema adalah sesuatu yang berbahaya.
Ini kerana ubat selsema terutamanya CHLORPHENIRAMINE boleh menyebabkan kanak-kanak mengantuk dan tidur. Yang lebih berbahaya mereka tidak dapat bernafas dengan baik dan boleh menyebabkan mereka berhenti bernafas.
Banyak kes di mana kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah dibawa ke Jabatan Kecemasan akibat pemberian ubat selsema terutama jika diberi dos berlebihan atau terlalu kerap.
Ads
Bayi atau kanak-kanak yang dibawa selalu tidak bermaya, muka dan tangan berwarna kebiru-biruan kerana tidak bernafas dengan baik.
Nasihat saya agar berhati-hati jika diberkan ubat ini. Jika atas nasihat doktor, dapatkan penjelasan yang secukupnya.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kebersihan dan kerapian rumah bukan sahaja mencerminkan nilai-nilai baik dalam keluarga, tetapi juga mempengaruhi perkembangan anak-anak. Apabila anak rajin membantu mengemas rumah, itu menunjukkan mereka bukan sahaja peduli terhadap persekitaran tetapi juga menunjukkan tanda-tanda kecerdasan yang lebih tinggi.
Menurut kajian oleh Universiti Minnesota, penglibatan anak dalam tugas rumah tangga seperti mengemas dapat membantu mereka membina kemahiran hidup yang penting dan meningkatkan perkembangan kognitif. Berikut adalah beberapa sebab mengapa anak yang rajin mengemas rumah biasanya menunjukkan kebolehan dan sikap yang baik.
Apabila anak dilibatkan dalam aktiviti mengemas, mereka belajar tentang disiplin dan tanggungjawab. Mereka menjadi lebih peka terhadap tugas yang perlu dilakukan dan memahami bahawa setiap orang dalam keluarga mempunyai peranan. Sikap ini akan membantu mereka dalam pelajaran dan kehidupan seharian.
Anak yang rajin mengemas rumah akan belajar cara mengatur dan menyusun barang. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang memiliki kemahiran organisasi yang baik cenderung untuk lebih berjaya dalam akademik. Kemahiran organisasi membolehkan mereka merancang dan melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Apabila anak diajar untuk menjaga kebersihan, mereka akan mengembangkan sikap positif terhadap persekitaran mereka. Kebersihan adalah aspek penting dalam kehidupan yang dapat mengurangkan risiko penyakit dan meningkatkan kualiti hidup. Anak yang mempunyai kesedaran tentang kebersihan cenderung untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang baik di masa hadapan.
Berkongsi tugas mengemas rumah dengan ahli keluarga lain mengajar anak tentang kerjasama dan komunikasi. Menurut kajian oleh Child Development, anak yang terlibat dalam aktiviti rumah tangga lebih cenderung untuk memiliki kemahiran sosial yang baik. Mereka belajar untuk bekerja dalam kumpulan dan memahami pentingnya saling membantu.
Mengemas juga memberi peluang kepada anak untuk berfikir secara kreatif. Mereka mungkin ingin mengatur semula bilik mereka dengan cara yang baru atau mencipta ruang permainan yang lebih menarik. Aktiviti ini merangsang daya imaginasi mereka dan membantu mengembangkan pemikiran kreatif.
Setiap kali anak menyelesaikan tugas mengemas, mereka akan merasa bangga dengan hasil kerja mereka. Rasa pencapaian ini penting untuk membangunkan keyakinan diri dan motivasi untuk melakukan lebih banyak perkara. Pujian daripada ibu bapa juga dapat meningkatkan rasa bangga mereka terhadap usaha yang telah dilakukan.
Anak yang rajin membantu mengemas rumah bukan sahaja menunjukkan kebolehan untuk menjaga kebersihan tetapi juga tanda mereka sedang membina kemahiran penting untuk masa depan. Dengan melibatkan mereka dalam aktiviti seharian seperti mengemas, anda bukan sahaja mengajar mereka tentang tanggungjawab tetapi juga membentuk karakter yang positif. Jadi, galakkan anak untuk terlibat dalam mengemas rumah, dan lihatlah bagaimana mereka berkembang menjadi individu yang pandai dan bertanggungjawab!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik video masakan, pasti akan mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadan ini.
Seperti yang sudah diketahui, KA akan berkongsi 60 resipi sepanjang 30 hari Ramadan, memberikan pelbagai idea hidangan buat pengikut setianya. Setiap resipi yang dikongsikan bukan sahaja mudah tetapi juga sangat menarik, membuatkan ramai yang tidak sabar untuk mencuba.
Terbaru, satu lagi resipi ringkas yang dimuat naik telah mencuri perhatian – Kek Pisang! Walaupun nampak mudah, namun hanya dalam tempoh dua jam selepas disiarkan, video ini telah mencecah 1.5 juta tontonan!
RAHSIA KEK PISANG SEDAP
Kek pisang KA memang nampak lain, mana taknya bahan-bahan penyediannya adalah susu pekat manis dan kepingan coklat telah menjadikan resipi ini lebih sedap. Ini rupanya rahsia!
Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah cara penyediaan yang sangat senang, menggunakan bahan-bahan asas yang mudah didapati. Namun, ada satu bahan rahsia yang menjadikan kek ini lebih sedap dan moist, sehingga ramai netizen teruja untuk mencubanya sendiri.
Resipi mudah, hasilnya menggiurkan! Tak hairanlah ramai yang terliur hanya dengan menonton video ini. Kagum betul dengan sentuhan magis KA dalam setiap masakannya!