Seorang bapa yang juga anggota komando di Sungai Udang, terkenal dengan ketegasan dan wajah garangnya, sanggup mengenakan pakaian sekolah pada pagi Isnin demi memberi semangat kepada anak-anaknya untuk memulakan sesi persekolahan baharu 2025/2026.
Memetik laporan Sinar Harian, bapa kepada enam cahaya mata, Mohd Hazley Ramdan, 39, berkata, idea itu tercetus pada awal pagi ini sebelum menghantar lima anaknya ke sekolah termasuk tiga yang bersekolah rendah berusia lapan, tujuh dan enam tahun.
Lebih manis, momen itu sebenarnya pihak sekolah anaknya iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Ulu menganjurkan pertandingan mengabadikan kenangan bertemakan ‘Seronoknya Kembali Ke Sekolah’ menggunakan kreativiti masing-masing.
Tambahnya, mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai bukan penghalang untuk dia dan isterinya menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
Ads
“Seawal jam 5.30 pagi anak-anak dah bangun dan bersemangat, malah sebenarnya pertama kali saya sertai program seperti ini memandangkan sekarang saya sedang bercuti tamat perkhidmatan.”
“Saya pakai apa yang ada, baju putih kerja, seluar No.3 tentera dan kasut kerja,” katanya Tambahnya, mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai bukan penghalang untuk dia dan isterinya menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
“Kami menyambut baik usaha pihak sekolah yang menganjurkan aktiviti seperti ini, sekali gus mengeratkan hubungan ukhuwah di antara ibu bapa dan pengurusan sekolah,” ujarnya.
Ads
Dengan ini, program ini dengan kehadiran ibu ayah bersama anak-anak tetap membawa kegembiraan dan semangat baharu dalam menyambut sesi persekolahan. Semoga usaha sebegini dapat diteruskan, menjadikan alam persekolahan lebih menyeronokkan dan penuh dengan memori berharga untuk anak-anak.
Ads
Terdahulu, Mohd Hazley memuat naik gambar dan videonya memakai pakaian seakan seragam sekolah bersama anak-anaknya di aplikasi TikTok
Apalah nilai ‘gelang emas’ jika nak dibandingkan dengan ilmu, jasa dan keprihatinan guru terhadap kita semua.
Sepanjang di sekolah, guru-guru inilah yang menjaga dan mendidik kita. Tempat kita bermanja sepanjang berada di sekolah.
Baru-baru ini, tular seorang rakan kita yang menghadiahkan gelang emas kepada 10 guru-gurunya.
“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah, 10 orang gurunya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,”
Alhamdullilah, rezeki buat para pendidik yang ikhlas memberikan kita ilmu.
‘Selamat Hari Guru’. Terima kasih kerana mendidik kami,.
Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah. Namun, dengan beberapa langkah berikut, pengalaman ini boleh menjadi lebih positif.
Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak-anak terjaga dengan baik dan paling penting mood mereka terkawal dan seronok ke masjid.
1. Ajar adab di masjid sebelum pergi
Sebelum membawa anak ke masjid, terangkan kepada mereka tentang adab yang perlu diamalkan seperti tidak membuat bising dan menghormati jemaah lain yang sedang solat. Ini adalah langkah awal dalam ajar anak solat tarawih dengan baik.
2. Sediakan aktiviti ringkas
Jika anak masih kecil, bawa buku cerita Islamik atau mainan kecil yang tidak bising untuk mereka mainkan semasa ibu bapa bersolat. Ini boleh membantu mereka duduk dengan tenang sepanjang tempoh solat.
3. Pastikan anak kenyang dan cukup rehat
Pastikan anak sudah makan dan mendapat rehat yang mencukupi sebelum ke masjid. Anak yang letih atau lapar cenderung untuk berasa tidak selesa dan mudah meragam.
Bagi tempoh yang lama untuk menunggu, anak biasanya akan mula meragam dan tidak selesa. Pastikan mereka kenyang!
4. Tentukan tempat yang sesuai untuk anak duduk
Pilih tempat di bahagian belakang saf atau kawasan yang mudah untuk membawa anak keluar jika mereka menjadi terlalu aktif.
Ini juga memudahkan ibu bapa untuk mengawal pergerakan anak semasa solat selain ajar anak solat tarawih.
5. Beri ganjaran dan pujian
Selepas solat, berikan pujian kepada anak atas tingkah laku baik mereka di masjid. Ganjaran kecil seperti makanan kegemaran juga boleh diberikan sebagai motivasi.
6. Daftar pusat asuhan masjid
Sesetengah masjid juga turut mewujudkan pusat asuhan bagi menempatkan kanak-kanak ini sepanjang ibu bapa bersolat. Jadi anak-anak tidak akan menggangu ketika ibu dan ayah melakukan ibadah solat. Hanya daftarkan sahaja dan biarkan anak bermain bersama rakan-rakan.
Menegur anak misalnya perlukan cara yang bersesuaian dengan umur anak supaya arahan lebih senang diterima anak-anak. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim. Ikuti perkongsian beliau.
Ajar common sense, lepas sepah suruh kemas. Haih, bukan tak nak ajar tapi belum sampai waktunya.
Meh saya kongsi sikit kenapa nak mendidik anak ni ada fasa fasa dia, tak boleh gelojoh semua nak ajar daripada kecik.
1. Ajak
Fasa mengajak. Kanak-kanak ribena, belum masuk fasa mumayyiz, akal pun tak ada lagi. Bukan tak boleh ajar tapi dia tak faham & tak ready.
Sebaiknya masa ni kita banyak mengajak dia mengemas. Meh kemas sama-sama. Meh tolong ibu kemas, meh susun balik mainan ni.
2. Ajar
Fasa mengajar kena ada hemah & hikmah. Mula usia 5 tahun anak dah mula ada akal rasional sikit, boleh dah ajar life skils kemas kemas ni.
Mainan ni lepas main kena kemas, supaya tak hilang, kang ayah terpijak rosak pulak nanti.. contoh dialog dengan anak.
3. Arah
Dah tunjuk contoh. Dah ajar secara rasional. Baru la masuk fasa kita nak bertegas. Seeloknya selepas anak dah mumayyiz la ya.
Lebih baik, buat house rules. Latih anak ikut peraturan, bukan kemas mainan sahaja tapi ada house chores tertentu yang memang anak perlu buat setiap hari. Kemas mengemas ni remeh je tapi common sense & kemahiran hidup itu paling utama.
Tak apa la sepah sikit sikit apa ada hal. Terlajak sepah, boleh kemas lagi. Tapi terlajak kata-kata tak elok, eh boleh merentan tak sudah nanti.
Kisah inspirasi Hayla usahawan cilik, anak Wawa Zainal yang berjaya menjual kek batik RM100K pada usia 10 tahun. Semangat, sokongan keluarga dan usaha gigih menjadikannya contoh terbaik kanak-kanak berniaga.