Sebagai ibu bapa, tahukah anda bahawa ada banyak manfaat baca komik untuk anak? Atau kalian tidak fikir begitu?
Anak nak baca komik mak ayah selalu larang kerana bimbang komik boleh memberi kesan yang tidak baik pada anak.
Komik jika kena dengan penulisan yang baik dan mesej yang ingin disampaikan, komik dapat memberi manfaat untuk anak kita yang semakin membesar.
Tidak kira sama ada daripada buku komik atau komik online, ada banyak manfaat baca komik anda perlu tahu:
Ads
1. Memupuk minat anak anda membaca
Kebanyakan individu terutama kanak-kanak, tidak suka untuk baca buku yang penuh dengan kata-kata, ayat dan tulisan. Semua jenis komik tidak penuh dengan tulisan sahaja malah juga lukisan dalam bentuk watak cerita tersebut. Jadi, ia mungkin mampu membantu anak terhindar daripada rasa bosan ketika sedang membaca.
Jika kanak-kanak gemar membaca komik sejak usia kecil lagi, mereka akan mula rasa terbiasa. Secara tidak langsung pula, ia mungkin akan memupuk minat mereka untuk terus membaca di saat sedang membesar.
2. Meningkatkan pemahaman teks
Komik mungkin sinonim sebagai bacaan ringan dan ringkas, tetapi itu bukan bermakna ia tidak akan mengajar sebarang kata dan ayat kepada kanak-kanak yang memang sedang mengumpul kosa kata baharu.
Adalah lebih baik lagi jika komik ditulis dalam terjemahan dwibahasa contohnya bahasa Melayu serta bahasa Inggeris kerana ini merupakan langkah awal untuk anak anda mendalami dan memahami bahasa asing.
Ads
3. Meningkatkan pemahaman ilustrasi
Komik juga sinonim dengan ilustrasi yang sarat dengan macam-macam rupa, bentuk dan mungkin warna bagi memeriahkan isi buku. Selain menarik perhatian, ia juga akan memberi pemahaman yang baru.
Ini kerana setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik akan buat kanak-kanak meneliti, memahami, memikirkan lalu menjelaskan situasi di sebalik gambar, sekali gus dapat meningkatkan pemahaman ilustrasi.
4. Buat anak kreatif
Kreativiti merupakan satu sifat atau bakat yang akan lahir secara semula jadi tetapi ia mungkin masih boleh dipupuk. Bagaimana? Caranya adalah dengan lebih banyak melihat dan membaca produk kreatif seperti komik. Apabila kanak-kanak itu membesar dengan suasana sarat dengan seni, ia dapat membantu menjana kreativiti!
Ads
5. Komik bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca
Jangan terkejut jika kami kata kanak-kanak yang ada masalah membaca seperti disleksia lebih gemar untuk membaca buku komik tanpa merasa tertekan apabila melihat terlalu banyak huruf dalam buku biasa.
Menurut kajian terbitan Bucks County Free Library pula, anak autisme itu lebih senang mengetahui dan mempelajari perasaan dengan cara meneliti serta mengamati setiap gambar-gambar yang ada di dalam komik.
Dalam erti kata lebih mudah, komik memang alternatif yang agak bagus bagi kanak-kanak dengan masalah membaca.
Pun begitu pastikan mak ayah memilih buku komik yang bersesuaian serta kandungannya sihat dan baik untuk anak. Jangan tersalah beli!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad sehabis baik akan meluangkan masa buat anak-anak biarpun ada waktunya dia terikat dengan jadual kerja.
Tambahnya lagi menerusi satu entrinya di Instagram, bagi mengurangkan rasa bersalah kerana terpaksa keluar bekerja, dia sebolehnya akan cuba meluangkan masa dengan membawa anak berjalan.
Menerusi entri yang sama juga, Uyaina dilihat turut membawa dua anaknya bersiar-siar sambal menikmati keindahan lampu di sebuah pusat rekreasi.
“Janji dengan Urhan pagi tadi yang Mama akan bawa dia tengok lampu.
“Sebagai ibu yang bekerja, dah tentu saya rasa bersalah setiap kali saya keluar rumah untuk bekerja.
“Tapi, inilah yang saya selalu buat, mengimbangi masa dengan anak-anak,” ujarnya.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, jika dia bekerja pada waktu pagi, waktu malam pula adalah masa dengan suami dan dua anaknya.
“Kalau pagi & petang kerja, malam kena spend time dengan dorang. Kalau malam kerja, siang kena ada kat rumah dengan dorang.
“Tak boleh guna alasan tak ada masa. You MAKE time. Tadi before balik, tanya Urhan:“Are you happy, Urhan?”
“And he said; “Happyyyyyyyyyyyyyyy!”. And that’s all that matters.
Terdahulu Uyaina bersama dua anaknya serta ibunya dilihat menghabiskan masa bersama di taman cahaya penuh dengan lampu di I-City, Shah Alam.
Selamat datang ke dunia animasi! Filem animasi bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik dan memotivasi kanak-kanak. Dalam artikel ini, kami mempersembahkan Top 5 Filem Animasi Terbaik Sepanjang Zaman untuk Kanak-Kanak di Malaysia.
Kami juga akan menonjolkan beberapa filem animasi Malaysia yang menakjubkan. Sama ada anda mencari hiburan keluarga atau sekadar ingin mengetahui filem animasi lokal ini, senarai ini adalah panduan ideal untuk adik-adik.
Mechamato Movie (2022) Mechamato Movie adalah filem animasi Malaysia yang ditayangkan pada 2022, yang telah mencecah kutipan terakhir sebanyak RM 35.88 juta selama 14 minggu ditayangkan dan menjadi antara filem Malaysia yang paling lama ditayangkan di pawagam.
Mengisahkan Amato, seorang remaja biasa yang secara tidak sengaja memperoleh sebuah robot bernama Mecha, yang mempunyai keupayaan luar biasa. Bersama Mecha, Amato terlibat dalam pengembaraan untuk melindungi bandar mereka dari ancaman jahat yang ingin menguasai dunia.Dengan bantuan Mecha dan rakan-rakannya, Amato berusaha untuk mengatasi cabaran dan menjaga keamanan. Filem ini menggabungkan aksi, komedi, dan elemen sains fiksyen, memaparkan tema tentang persahabatan, keberanian, dan tanggungjawab dalam menghadapi ancaman besar.
Ejen Ali: The Movie (2019) Ejen Ali: The Movie mengisahkan Ali, seorang remaja biasa yang secara tidak sengaja menjadi ejen rahsia setelah mengaktifkan sebuah peranti canggih dari organisasi keselamatan negara, MATA.
Dalam filem ini, Ali bersama rakan-rakannya menghadapi ancaman besar apabila musuh lama MATA, Bakar, melancarkan rancangan untuk mencuri teknologi penting. Ali perlu memanfaatkan kemahiran baru dan teknologi canggih untuk menyelamatkan negara dan menghentikan rancangan jahat tersebut.Dengan aksi mendebarkan dan pengembaraan yang menarik, filem ini menonjolkan tema keberanian, tanggungjawab, dan persahabatan sambil memaparkan elemen teknologi dan keselamatan. Filem animasi telah mencecah kutipan sebanyak RM 20 juta pada 14 hari tayangan.
Filem ini juga telah mengejutkan industri filem di Malaysia dengan kutipan RM 30 juta pada hari ke-43 dan menjadi filem keluaran tempatan ketiga tertinggi dari segi kutipan dalam sejarah tayangan filem Malaysia.
Boboiboy Movie 2 (2019) Boboiboy Movie 2 mengungguli carta Top 10 Pilihan Penonton Golden Screen Cinemas, di mana BoBoiBoy Movie 2 menduduki tangga ke-6 serta mendapat kutipan sebanyak RM 30 juta dalam masa 70 hari di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam.
Ikuti pengembaraan Boboiboy dan rakan-rakannya yang menghadapi ancaman dari musuh baru, Sfera. Sfera, seorang penjahat dari planet lain, datang ke bumi untuk mendapatkan kuasa misteri yang terkandung dalam kristal kuno.Boboiboy dan pasukannya perlu bersatu untuk melindungi kristal dan menghentikan Sfera sebelum dia menguasai kuasa yang dapat merosakkan bumi. Filem ini dipenuhi dengan aksi, komedi, dan elemen fantasi yang menarik, sambil menekankan nilai persahabatan dan keberanian dalam menghadapi cabaran besar.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (2019) Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal mengisahkan pengembaraan Upin, Ipin, dan rakan-rakan mereka apabila secara tidak sengaja menemui sebuah keris mistik yang membawa mereka ke kerajaan Inderaloka. Di dunia fantasi ini, mereka bertemu dengan watak-watak dongeng terkenal seperti Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, dan Pak Belalang.
Bersama-sama, mereka perlu bekerjasama untuk mengembalikan keamanan kepada kerajaan tersebut yang sedang diancam oleh kuasa jahat. Filem ini penuh dengan aksi, humor, dan elemen budaya tempatan, menggabungkan tema keberanian, persahabatan, dan kesatuan dalam menghadapi ancaman besar.Filem ini telah menjadi kegemaran kanak-kanak dan tidak lupa juga orang dewasa. Kutipan bagi filem telah mendapat sebanyak RM 26 juta dan lagu-lagu daripada filem telah menjadi hit. Salah satunya, “Buai Laju-laju” yang dinyanyikan oleh Ernie Zakri.
Boboiboy: The Movie (2016) Boboiboy: The Movie telah dipromosikan di Tokyo Anime Award Festival 2016 dan sedang dalam perbincangan untuk tayangan di Kazakhstan. Terdapat juga rancangan untuk membawa filem ini ke Thailand, Vietnam, dan Kemboja. Filem ini ditayangkan di 115 pawagam di Malaysia, 100 di Indonesia, serta dua pawagam di Brunei dan Singapura.
Di Indonesia, ia ditayangkan di CGV Blitz, Cinemaxx, dan Platinum. Selepas kejayaan di Malaysia dan Indonesia, filem ini dijadualkan ditayangkan di 100 pawagam di Korea Selatan pada suku pertama 2017. Kutipan di Malaysia bagi filem juga telah meraih RM 20 juta.Yang mengisahkan Boboiboy dan rakan-rakannya yang menghadapi ancaman besar dari penjahat bernama Bora Ra, seorang pemburu makhluk asing yang ingin mendapatkan kuasa Ochobot, robot kecil yang menjadi sahabat Boboiboy.
Bora Ra berusaha untuk menguasai Ochobot kerana kuasa luar biasanya. Boboiboy dan pasukannya perlu melindungi Ochobot sambil berjuang melawan Bora Ra dan tenteranya. Sepanjang pengembaraan ini, mereka menghadapi pelbagai cabaran, dengan aksi mendebarkan serta mesej tentang persahabatan, keberanian, dan kerjasama untuk mengatasi musuh yang lebih kuat.
Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi namun cara mendidik juga perlulah bertepatan dan bersesuaian.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu cuba untuk melembutkan hati anak dan makin dengar kata.
Salah satunya adalah kuasa pelukan. Jangan terkurang, lapan kali sehari agar anak rasa lebih disayangi. Jom praktis!
Tujuh cara mudah untuk anak lebih dengar kata mak ayah.
Tujuh cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dipenuhi atau tak.
Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok tujuh cara ni pula.
1. Bercakap sambal pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
2. Peluk anak 8 kali sehari.
3. Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
4. Buat sesi one on one dengan setiap anak.
5. Bermain dengan anak-anak. – Main pun kena focus. – Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormone oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
6. Kurangkan berkata JANGAN. Contoh baik: “Adik kat dapur kena jalan perlahan.”
7. Cakap terima kasih pada anak. Contoh baik: “Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik.” Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula.”
Seperti mana kita bina ‘connection’ dengan orang disekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina ‘connection’ dengan anak sendiri.
Percayalah bila kita cuba buat perkara ni, kita akan jadi lebih rapat dengan anak.
Anak akan rasa ‘connected’ dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.
Musim peperiksaan, terutama SPM, adalah masa yang penuh cabaran bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga ibu bapa.Sebagai mak ayah, kita pasti risau tentang kesihatan...