
Wah Hebatnya! Tiga beradik dapat anugerah sekolah, ayah pun dapat sijil! Korang suka tak bila naik pentas terima hadiah? Mesti bangga kan! Haa, macam tulah perasaan tiga puteri comel kepada pelakon terkenal, Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia.
Tahun ni memang rezeki besar untuk keluarga mereka sebab ketiga-tiga anak perempuan mereka dapat anugerah kecemerlangan akademik di sekolah. Bukan seorang, bukan dua orang, tapi tiga-tiga sekali! Memang power!

Naik Pentas Ambil Hadiah
Dalam gambar yang Datin Almy kongsi di media sosial, anak-anaknya Nur Afrina Arianna, 10 tahun, Nur Afrina Aurora, 9 tahun, dan Nur Afrina Ayra, 7 tahun semua nampak sangat gembira masa naik pentas terima sijil dan trofi. Senyum sampai telinga! Mesti rasa macam superstar. Kejayaan tiga beradik ini buat ramai tumpang seronok, terutama para peminat yang mengikuti perkembangan anak Fizz Fairuz sejak kecil.
Mama Papa Paling Bangga
Datin Almy pun tulis dia rasa sangat bersyukur dan terharu sebab anak-anaknya belajar dengan rajin. Bila dapat hadiah macam ni, mama dan papa pun tumpang happy. Katanya,
“Alhamdulillah, ada manis-manis di hujung tahun. Buah tangan daripada tiga beradik ini buat mama papa happy. Tahun depan usaha lagi ya!,” katanya.
Awww manisnya pesanan mama. Memang jelas hubungan rapat keluarga ini menjadi inspirasi ramai, terutama bila melihat bagaimana mereka menyokong usaha pendidikan anak Fizz Fairuz dengan penuh kasih sayang.

Ramai Warganet Pun Ucap Tahniah
Keluarga kecil ni memang rapat dan comel. Sebab tu ramai netizen tinggalkan ucapan tahniah dan doa supaya anak-anak Fizz dan Almy terus berjaya pada masa depan. Semangat positif yang datang daripada peminat juga menunjukkan betapa ramainya yang sayang pada keluarga ini.
Ayah Pun Dapat Sijil!
Yang menariknya, bukan anak-anak je yang cemerlang. Ayah mereka, Dato’ Fizz Fairuz, pun dapat sijil daripada program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) pada Majlis Konvokesyen Akademi Kreatif Meatech baru-baru ni. Kejayaan ini sekaligus menguatkan lagi kisah inspirasi keluarga ini. Bila ayah pun berjaya, memang jadi teladan yang baik untuk anak Fizz Fairuz yang sedang membesar.
Haa, satu keluarga naik pentas tahun ni. Memang rezeki berganda! Kejayaan macam ni bukan sekadar berita gembira, tapi juga contoh bagaimana usaha, sokongan keluarga, dan semangat positif boleh membawa kebanggaan bersama.

Teruskan Jadi Bintang Masa Depan
Kalau korang pun ada dapat anugerah sekolah, jangan lupa ucap terima kasih kepada cikgu dan mak ayah. Teruskan usaha dan jadi bintang dalam kelas korang sendiri! Semoga perjalanan anak Fizz Fairuz menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk terus berusaha mencapai impian masing-masing.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







