Seorang bayi  yang sihat telah dilahirkan dengan berat 4.8 kg, menarik perhatian ramai kerana kelahirannya dianggap luar biasa sehingga ada antara komen mencuit hati beranggapan bayi comel ini boleh masuk ke tadika dah!

Hal ini meraih perhatian ramai memandangkan berat bayi sedemikian jarang ditemui dalam kalangan kelahiran biasa, menjadikan kejadian ini sebagai sesuatu yang istimewa dan luar daripada kebiasaan.

 

Sebagaimana yang dikongsi oleh seorang wanita berkongsi berita gembira melahirkan bayi seberat 4.8 kilogram (kg) melalui kaedah caesarean (czer) menerusi laman sosial, TikTok @sueracun99.

Lebih mengejutkan perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Wan Nur Jahidah Wan Muim,telah meraih perhatian ramai sehingga jumlah tonton melebih 3.3 juta dalam tempoh dua hari.

PECAH REKOD!

Lebih menarik, bayi bertuah ini dengan seberat  4.8kg antara bayi paling besar yang dilahirkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak!

Ramai kagum melihat kelahiran bayi berkenaan, ada netizen bertanya mengenai ‘rahsia’ bayi seberat 4.8kg, ibu ini  menjelaskan tidak mengamalkan sebarang pemakanan sebaliknya keinginan minum minuman koko setiap malam.

 

Dalam pada itu, menurutnya lagi, kelahiran anak keempat  merupakan kandungan paling mencabar kerana berdepan dengan alahan teruk dan keinginan minum Milo ais setiap malam tanpa gagal sehingga bersalin.

KOMEN NETIZEN

Dalam pada itu, ramai yang mengucapkan tahniah atas kelahiran anak yang ke empat dan menyifatkan ia sebuah rezeki buat keluarga itu. Serta ada juga yang menyifatkan bayi ini seakan bayi yang sudah ‘siap sedia ke sekolah’. Antara komen adalah seperti berikut

“Tak payah daftar tadika la kak , ini dah bole masuk darjah satu ni  ajar dia abc cepatt”

“Esok dah boleh daftar sekolah ni dik”

“Lahir-lahir dah masok tadika”

 

@sueracun99 #babygemoy #babytadika ♬ original sound – gitzkyyy

Sumber: @sueracun99