Musim cuti sekolah ini pastinya ada mak ayah yang mula buntu mencari pelbagai idea untuk membuat aktiviti bersama anak-anak.
Tanpa menggunakan modal yang banyak, anak-anak sebenarnya boleh melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Paling utama pastikan masa mereka di isi dengan aktiviti berfaedah yang baik untuk peringkat usia mereka.
Berikut beberapa idea aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah yang sesuai mengikut peringkat usia dari 3 hingga 10 tahun mengikut kesesuaian aktiviti.
Aktiviti Seni dan Kraf
* Melukis atau mewarna: Sediakan bahan lukisan dan biarkan mereka meluahkan kreativiti.
* Membuat kraf tangan: Buat barang-barang kreatif seperti bunga kertas, kad ucapan, atau mainan dari bahan kitar semula.
* Membaca Buku: Pilih beberapa buku yang menarik dan sesuai untuk umur mereka. Anda juga boleh buat sesi pembacaan bersama untuk merangsang minat mereka terhadap buku.
Ads
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti mudah seperti mewarna dan membuat bentuk-bentuk dari tanah liat atau kertas warna.
Untuk anak 7-12 tahun: Membuat kraf yang lebih kompleks seperti origami, membuat kad ucapan, atau projek kraf yang melibatkan beberapa bahan.
Aktiviti di Luar
* Berjalan atau berbasikal di taman: Membawa anak-anak ke luar rumah untuk beraktiviti fizikal dapat membantu mereka kekal aktif.
Ads
* Bermain di taman permainan: Mainan seperti buaian, gelongsor, atau memanjat sangat menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Permainan seperti berjalan atau berbasikal di sekitar taman, serta permainan seperti bola, frisbee, atau bermain pasir.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti lebih aktif seperti berbasikal jauh, permainan bola sepak, bola tampar, atau bermain di taman permainan dengan lebih bebas.
Ads
Sains Eksperimen Mudah
*Buat eksperimen sains yang mudah seperti membuat gunung berapi mini atau mencampur bahan-bahan untuk melihat reaksi.
Untuk anak 5-8 tahun: Eksperimen mudah seperti membuat gunung berapi menggunakan baking soda dan cuka atau membuat slime.
Untuk anak 9-12 tahun: Eksperimen yang lebih kompleks seperti membuat roket air, eksperimen fizikal dengan bahan seperti magnet, atau eksperimen kimia asas.
Masak Bersama
Libatkan mereka dalam aktiviti memasak, seperti membuat kek, biskut, atau pizza sendiri. Mereka akan seronok dan belajar sesuatu yang baru.
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti masak yang mudah seperti menghias kek, membuat biskut, atau memasak pizza menggunakan bahan siap.
Untuk anak 7-12 tahun: Mereka boleh membantu lebih banyak dalam proses memasak seperti mencampurkan bahan atau mengadun, serta menyediakan hidangan yang lebih kompleks.
Permainan Papan (Board Games)
Main permainan papan seperti Monopoli, Scrabble, atau permainan keluarga lain untuk merapatkan hubungan dan mengasah kemahiran berfikir mereka.
Untuk anak 4-6 tahun: Permainan papan mudah seperti “Candyland” atau “Snakes and Ladders”.
Untuk anak 7-12 tahun: Permainan yang lebih strategik seperti “Monopoly”, “Catan”, atau “Scrabble”.
Tonton Filem Pendidikan
Pilih filem atau dokumentari yang bermanfaat dan mendidik, sambil memberi peluang untuk mereka belajar perkara baru dengan cara yang menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Filem animasi pendidikan yang ringan, seperti “Sesame Street” atau “Dora the Explorer”.
Untuk anak 7-12 tahun: Dokumentari atau filem yang mengajar tentang sains, sejarah, atau alam semula jadi.
Latihan Fizikal di Rumah
Lakukan senaman ringan atau yoga bersama-sama untuk memastikan mereka kekal aktif walaupun berada di rumah. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Paling penting, pastikan aktiviti itu menyeronokkan dan mendidik!
Untuk anak 3-6 tahun: Senaman ringan yang melibatkan gerakan besar, seperti lompat bintang, menari, atau berjalan seperti haiwan.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti senaman seperti yoga atau latihan kekuatan sederhana yang mereka boleh ikut.
Banyak aktiviti yang boleh disesuaikan dengan pelbagai peringkat umur, dan yang penting adalah memastikan aktiviti itu menarik serta sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Ramai ibu dan guru-guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan.
Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi focus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus.
Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan.
-Beri masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti, bukan memaksa dengan keras.
Semalam bermula sesi persekolahan bagi tahun 2025 dan sudah pastilah mencatat pelbagai ragam anak-anak kecil yang baru bersekolah.
Pasangan kembar tiga yang viral di Tik Tok turut sama memasuki alam persekolahan. Ketiga-tiga anak kecil ini kini sudah pun bersekolah di tadika.
Menerusi akaun Tik Tok ibunya, Mama Triplet, ketiga-tiga mereka akhirnya sudah melangkah ke sekolah dan hari pertama mencatat sebuah episod dan kenangan manis untuk dikenang.
Ujar ibunya menerusi perkongsian video, ketiga-tiga mereka begitu teruja untuk bersekolah hingga membuatkan rumah bertambah gamat ketika pagi hari.
“Hari pertama si kembar tiga masuk tadika. Kecoh rumah hari ini.
“Seronoknya bukan main,” ujarnya menerusi kapsyen di video.
Tular video gambar sama
Terdahulu pasangan kembar tiga ini tular di Tik Tok kerana mengelirukan pemilik studio kedai gambar ketika memilih gambar terbaik mereka yang kesemuanya dilihat hampir sama.
“Kesian aunty kedai gambar tadi. Dia punya teliti tak nak tersalah print. Akhirnya tersalah print juga.
“Tiga kali ulang print barulah dapat gambar yang betul. Kalau tak, terprint muka yang sama berulang-ulang,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut akaun Mama Triplet ini begitu teruja melihat telatah anak kecil itu yang bersemangat untuk ke sekolah malah tidak sabar untuk melihat perkongsian video seterusnya dari ibunya.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.
Menurut perkongsian dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kejadian itu dilaporkan ibu bayi berkenaan, wanita tempatan berusia 31 tahun pada 4.24 petang semalam.
Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat dijalankan ke atas mangsa dan mendapati tiada kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa.
“Ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika dikejutkan dari tidur oleh pengasuhnya, wanita tempatan berusia 34 tahun.
“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dijalankan selari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...