Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang cerdas dan cergas. Lantaran itu, enam tahun pertama adalah masa kritikal yang perlu ibu bapa lakukan untuk merangsang minda anak. Jika tempoh ini dibiarkan tanpa sebarang rangsangan, ia akan menjejaskan perkembangan mindanya.
Tambahan pula, otak kanak-kanak umpama span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya. Bagi memastikan anak anda cemerlang, ada beberapa elemen yang boleh dijadikan panduan buat anda. Justeru biarpun mendidik anak merupakan satu cabaran yang besar. Namun ia menjadi mudah jika dilakukan pada awal usianya.
Hendak tahu bagaimana untuk mendidik anak cerdas dan cergas ikuti 11 panduan ini.
1.Aura kasih sayang
Sebagai seorang anak, ibu bapa adalah tempat untuk berlindung dan rasa disayangi. Biarpun anda sibuk, jangan culas untuk menunjukkan kasih sayang dengan kata-kata pujian. Juga jangan lupa sebelum tidur atau menghantarnya di tadika, berikan ciuman tanda anda kasih sayang kepadanya.
2.Terapi pelukan
Setiap hari jangan lupa untuk memeluk anak. Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini membantu anak-anak supaya dapat berkomunikasi secara terbuka dan jujur. Kajian mendapati anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3.Elak mengkritik
Ads
Biarpun anak masih kecil, tetapi tetap mempunyai perasaan. Elakkan mengkritik dengan sikapnya. Tetapi tegurnya dengan cara yang positif. Misalnya, “Jika adik tidak buang sampah, nanti rumah kotor.” Elakkan menggunakan perkataan negatif seperti pemalas, pengotor dan sebagainya. Cara ini akan membuatkan rasa rendah diri pada anak anda.
4.Galakkan membaca
Bukan mudah untuk mendidik anak suka membaca, lebih-lebih lagi masih pada usia tiga atau empat tahun. Tetapi jika amalan anda seisi keluarga adalah membaca, tentu ia tidak menjadi isu untuk dalam usaha memupuk minat membaca dikalangkan anak-anak. Barangkali boleh mewujudkan mini perpustakaan disudut ruang tamu di rumah.
5.Pimpin tangan
Biarpun anak suka berlari ke sana sini, apa kata apabila berjalan bersama anda pimpin tangannya. Misalnya ketika anda mengambilnya di tadika, pimpin tangannya walaupun kawasan itu selamat. Sentuhan cara ini membuatkan mereka berasa kehadirannya amat dihargai dalam kehidupan anda sekeluarga.
Ads
6.Bersedia mengajar
Didiklah anak anda setiap masa. Jadikan persekitaran adalah ruang percuma untuk anda mengajar anak. Sebagai ibu bapa anda perlu bersedia setiap masa untuk mendidiknya. Setiap kata-kata yang diucapkan mestilah berunsurkan pendidikan dan semangat.
7.Jangan mengeluh
Anak belajar melalu pemerhatian di sekelilingnya. Biarpun anda penat, jangan sesekali mengeluh kala mendidiknya atau menguruskannya. Keluhan ini akan membuatkan anak berasakan diri mereka beban.
8.Disiplin diri
Ads
Biarpun anak masih kecil, sudah boleh didedahkan dengan displin diri. Misalnya setelah makan, kerusi mesti dimasukkan dalam meja atau botol susu perlu disimpan di rak susu. Walaupun nampak mudah, tetapi secara tersirat ia akan membentuk watak anak yang baik dengan peribadi positif.
9.Gerak kerja tangan
Sememangnya minda anak perlu dirangsang secara positif. Caranya termasuklah melakukan aktiviti merangsang otak kanan. Anda boleh mengajak anak anda bermain tanah liat,main cat air (water colour),melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.
10.Imaginasi
Cara mudah untuk membuatkan minda anak cerdas salah satunya ialah anda bercerita dengan bahasa yang mudah difahami kemudian menyuruh anak menyambung semula cerita tersebut. Biarkan cerita itu merapu, tidak mengapa asalkan anak mempunyai daya imaginasi .
11. Tidur mengiring ke kanan
Biasakan anak untuk tidur mengiring ke kanan supaya otak jadi lebih pintar dan cara ini mengikut sunnah Nabi. Cara ini dikatakan dapat membantu menjana minda anak.
Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kelincahannya.
Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Hairul di Instagram yang memaparkan Alisa sedang memancing dengan pakaian berwana merah jambu.
“First time memancing. Ada gaya. Ready for deep sea fishing.” tulis Hairul di ruangan kapsyen.
Terbaik Alisa ni! Memang penuh gaya bila memancing walaupun masih kecil. Dengan beraninya dia pegang joran sambil pakai baju pink yang comel, memang mencuri perhatian!
Walaupun ramai ingat budak kecil tak pandai memancing, Alisa buktikan sebaliknya. Paling best, dia berjaya ‘tawan’ seekor ikan besar, buat semua orang kagum.
Nampak je kecil, tapi semangat Alisa memang luar biasa! Memang idol kecil yang penuh keyakinan.
NETIZEN KAGUM SEMANGAT KUAT- ‘KUAT TU PEGANG JORAN’
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibu melihat gelagatnya seakan kaki pancing.
Tular video pelajar Tahfiz melakonkan watak penjual dan pembeli seperti satu trend di media sosial. Video berdurasi 15 saat itu meraih lebih 3.2 juta tontonan dengan rata-rata terhibur melihat kecomelan juga gelagat pelajar tahfiz ini.
Perkongsian di TikTok @puteriscafe telah mencuri perhatian ramai, memaparkan momen pelajar-pelajar Tahfiz menjalankan urusan jual beli. Tutur kata mereka yang lembut dan sopan telah mengundang pelbagai komen positif, dengan ramai netizen memuji akhlak dan adab yang ditonjolkan.
Memetik laporan Harian Metro, Pemilik Gerai Puteri’s Cafe adalah seorang wanita dikenali sebagai Puteri, 28, yang memberitahu pelajar tahfiz dalam video adalah dari Madrasah Tahfiz Darul Zikri, Bandar Tasik Puteri. Mereka dikenali Fayyadh, 9, Faqeh, 12, Luqman, 13, dan Danish, 14.
Kata Puteri, mereka cuma ikut sama berlakon dalam video untuk suka-suka saja dan bukan kerana bekerja dengan saya atau ada maksud lain.
Bercerita lanjut, Puteri berkata, dia tenaga pengajar di madrasah itu dan pelajar berkenaan anak didiknya.
“Pelajar teruja dan tawar diri untuk buat ‘content’ (perkongsian) TikTok, jadi saya rakam kemudian muat naiknya.
“Tak sangka ramai teruja dan kata video itu lain daripada yang lain. Ada mesej cuba disampaikan dalam video berkenaan iaitu bersabar dalam apa jua keadaan,” Menurut Puteri, sejak video itu tular, gerainya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
“Alhamdulillah, ramai yang singgah ke gerai yang saya usahakan dengan suami (Abd Rahman Abas, 40) dan setakat ini, kami menjual shawarma selain minuman kopi serta matcha,” katanya.
“Kami berniaga di rumah selama dua tahun sebelum buka gerai pada September lalu. Perniagaan ini tiada kaitan dengan pelajar serta madrasah, cuma anak tahfiz selalu ke gerai untuk memeriahkan suasana,” katanya.
NETIZEN PUJI CARA BERCAKAP
Meninjau di ruangan komen rata-rata memberi pujian cara percakapan pelajar Tahfiz sehingga ada yang ingin datang ke gerai berkenaan berjumpa dengan pelajar-pelajar itu.
“Soft spoken bEtul adik tu.”
“Saya nak kemunculan adik ni lagi in the next video.”
“Ni lagi better sedap dengaq xjadi marah customer tu.”
“Yang soft selalunya yang menusuk.”
“Bila pelajat tahfiz bercakap. Allah lembut betul ye. Kemain sedap dgr dkt telinga.
“Ye akak sabar ni dek,sbb tu akak ulang video hang ni berpuluh2 kali.”
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...