Korang tahu tak, tak lama lagi ada perubahan dalam dunia sekolah? Nanti, kanak-kanak umur 6 tahun dah boleh masuk Darjah 1. Wah, cepatnya!
Pelakon terkenal, Abby Abadi, pun setuju dengan cadangan ni. Tapi dia ada pesan sesuatu yang sangat penting untuk semua ibu ayah dan juga untuk korang.
“Eh, Umur 6 Tahun Dah Sekolah?”
Abby Abadi kongsi pengalaman sendiri. Anak-anak dia mula sekolah seawal umur 6 tahun, dan sekarang ada yang dah pandai membaca serta belajar dengan baik.
Ads
Katanya, anak-anak dia tak nampak tertekan dan seronok belajar.
“Saya tak terkejut tahun depan PMX umum agar ibu bapa yang bersedia untuk mulakan persekolahan anak-anak mereka pada usia enam tahun.
“Anak saya pun memang umur tujuh tahun tapi dah darjah dua. Memang umur mereka enam tahun dah bersekolah.
Alhamdulillah tak nampak mereka tertekan pun. Dah pandai membaca, syukur,” jelasnya.
Abby rasa, kalau anak dah bersedia, masuk sekolah awal bukan masalah pada anak-anak kecil.
Ads
Tapi Bukan Semua Orang Sama
Yang paling best, Abby tak paksa semua orang setuju dengan dia sebab katanya pilihan di tangan semua orang.
Ads
Jadinya, yang berkemampuan silakan. Yang tak mampu, hidupkan ada pilihan. Tak nak, tak payah. Kan mudah,” tambahnya lagi.
Kata Abby lagi, kalau ibu ayah rasa anak dah bersedia, boleh cuba tapi kalau rasa belum bersedia, tak apa langsung.
Maksudnya, masuk Darjah 1 umur 6 tahun BUKAN wajib. Ada pilihan. Semua ikut kemampuan, kesediaan dan keadaan masing-masing.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun, Muna Qaisara Muhammad Budiman dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. Orang ramai diminta untuk membantu mengesan pelajar itu segera.
Kali terakhir Muna dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim sebelum disedari tidak berada di asrama sekolahnya.
Menurut ibunya, Juliana Johari, 42, Muna Qaisara dilapor hilang dari asramanya di Kuala Terengganu sejak Sabtu lalu. Malah menurutnya lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga untuk menjejaki anaknya itu namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Saya rayu kepada sesiapa yang mungkin mempunyai rakaman dashcam di sekitar laluan berhampiran kawasan sekolah di Serada agar dapat membantu kami.
“Ada juga pihak yang menyebarkan maklumat palsu kononnya Muna Qaisara sudah ditemui, sedangkan ia tidak benar,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Juliana berkata, mereka sekeluarga berharap agar Muna Qaisara dapat segera ditemui dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan pelajar tersebut pada Ahad.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Orang Hilang (OH) dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 013-5714157 atau 013-3092947, atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kalau korang jenis suka gelak kuat-kuat sampai mak ayah pandang semacam dan tegur “weh slow sikit”, ha artikel ni memang khas untuk korang. Dunia budak-budak memang tak lengkap tanpa gelak ketawa, dan antara cara paling best untuk lepaskan stres ialah dengan menonton filem yang betul-betul mencuit hati.
Kali ni, jom kita sembang santai tentang beberapa filem komedi paling kelakar yang bukan saja sesuai untuk budak-budak, malah orang dewasa pun boleh tumpang gelak sama. Siap boleh buat mood terus jadi cerah dan hati rasa ringan.
Filem komedi biasanya penuh dengan aksi pelik, watak comel, dan situasi tak masuk akal yang buat budak-budak mudah ketawa. Lawak yang ringkas, visual yang mencuit hati, dan karakter yang mudah difahami menjadikan filem sebegini kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi bila ditonton bersama keluarga atau kawan-kawan.
Bayangkan tinggal rumah seorang diri dan tiba-tiba kena lawan pencuri guna perangkap pelik-pelik. Kevin bukan budak biasa. Dia bijak, nakal, dan kreatif tahap luar biasa. Dari pencuri tergelincir, kena seterika panas, sampai disimbah cat, semua adegan tu memang buat orang gelak walaupun dah tengok berkali-kali.
Filem ni bukan saja lawak, tapi ajar budak-budak supaya berani, berdikari, dan guna akal dalam situasi susah. Tak hairanlah Home Alone sentiasa jadi pilihan masa cuti sekolah.
Po si panda ni memang kuat makan dan kuat tidur. Badan besar, pergerakan pun tak berapa nak lincah. Tapi siapa sangka, dia ditakdirkan jadi hero kung fu. Lawak dia bukan biasa-biasa sebab perangai macam budak kecil tapi mimpi besar.
Sambil ketawa tengok Po terjatuh, tersadung, dan buat silap, budak-budak juga boleh belajar tentang keyakinan diri dan jangan cepat mengalah walaupun orang lain tak percaya pada kita.
Kalau sebut pasal lawak tanpa perlu banyak dialog, Mr Bean memang juaranya. Dengan muka pelik, gaya jalan yang aneh, dan perangai suka tersalah buat benda, setiap babak dalam filem ni boleh buat orang ketawa tanpa henti.
Filem ni sesuai untuk semua peringkat umur sebab lawaknya universal. Tak perlu faham dialog susah, cukup tengok aksi dan mimik muka Mr Bean, terus faham kenapa dia dianggap legenda komedi.
Beruang comel dari Peru ni sentiasa berniat baik, tapi entah macam mana setiap kali nak tolong, mesti jadi kelam-kabut. Dari cuba mandi sampai boleh rosakkan satu rumah, setiap adegan Paddington memang buat senyum tanpa sedar.
Lawak dia jenis lembut dan comel, sesuai untuk tontonan keluarga. Budak-budak biasanya suka sebab karakter dia baik hati, polos, dan penuh rasa ingin tahu.
Kalau bercakap tentang filem komedi paling kelakar untuk budak-budak, memang susah nak lupakan Minions. Cakap bahasa pelik, jatuh sana sini, dan buat benda bodoh tapi comel. Gru yang asalnya garang pun perlahan-lahan jadi lembut bila jaga budak-budak kecil.
Filem ni bukan saja buat ketawa, tapi tunjuk nilai kasih sayang, keluarga, dan perubahan diri ke arah yang lebih baik.
Kesemua filem komedi yang dikongsikan ni bukan sekadar hiburan kosong. Ia bantu lepaskan stres, buat hati rasa ringan, dan kadang-kadang boleh jadi terapi emosi lepas seharian belajar atau buat kerja rumah.
Kalau korang rasa penat, bosan, atau bad mood, cuba tengok salah satu filem ni. Ketawa pun sebenarnya salah satu cara untuk jadi budak yang sihat dan ceria. Jadi, dari senarai ni, yang mana satu korang nak tengok dulu?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
“Mak, bulan tu kejar kita.” Selalu kita sebut macam ni dekat mak ayah. Tapi betul ke bulan tu sentiasa kejar kita? Sebenarnya, bulan tak ikut sesiapa pun. Bulan hanya duduk diam di langit, jauh sangat dari bumi iaitu lebih 384,000 kilometer jauhnya.
Masa kamu naik kereta, kamu sebenarnya bergerak di bumi, tapi bulan terlalu jauh sampai nampak macam dia ikut sama. Bayangkan macam ni, kalau kamu tengok gunung dari jauh waktu naik bas, gunung tu pun nampak macam ikut bas kamu, kan? Padahal gunung tak ke mana pun. Sama juga dengan bulan!
Mata manusia ni pandai main silap mata. Bila kita nampak bulan besar dan terang di langit, otak kita fikir dia dekat dan bergerak. Tapi sebenarnya, bulan terlalu besar dan jauh. Jadi walau kamu jalan ke mana, pandangan bulan tetap “terpacak” di tempat sama di langit.
Itulah sebabnya nampak seolah-olah bulan tu ikut kamu. Fenomena ini berlaku kerana jarak bulan yang sangat jauh menyebabkan perubahan perspektif hampir tak kelihatan kepada mata manusia.
Bulan mempunyai 8 fasa, bermula dari anak bulan, sabit, separa, purnama baru, purnama, purnama lama, separa (tua), dan sabit (tua). Fasa-fasa ini berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya daripada permukaan bulan yang terdedah kepada cahaya matahari. Kawasan cerah adalah kawasan yang terkena cahaya matahari, manakala kawasan gelap adalah bahagian yang terlindung.
Kadang-kadang apa yang kita nampak tak semestinya betul, sebab mata kita boleh tertipu oleh jarak dan cahaya. Tapi yang penting, bulan tetap setia menerangi malam, macam kawan baik yang selalu temankan kita walau dari jauh.
Bulan nampak macam ikut kita, tapi sebenarnya dia terlalu jauh dan kita yang bergerak di bawahnya. Hebat kan alam ciptaan Tuhan? Walau jauh, bulan tetap nampak dekat sebab dia sentiasa bersinar untuk kita.
Bulan nampak besar bila dekat dengan ufuk (horizon) sebab otak kita “besarkan” gambarnya. Padahal saiz sebenar bulan tak berubah pun! Fenomena ini dipanggil “Moon Illusion” dan ia salah satu ilusi optik paling menarik dalam dunia astronomi.
Jadi lain kali bila kamu nampak bulan seolah-olah ikut kamu, ingatlah bukan bulan yang bergerak, tapi kita yang sedang bergerak di bawah cahaya indahnya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!