Ads

Kenapa Ramai Murid Perempuan Pilih Puteri Islam?

Korang pernah nampak kakak-kakak sekolah pakai tudung jambu lembut dengan seluar merah jambu masa hari kokurikulum? Haa, itulah Puteri Islam, salah satu pakaian beruniform khas untuk murid perempuan di sekolah rendah.

Di Malaysia, kokurikulum Puteri Islam biasanya mula disertai oleh murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Bukan sekadar pakai seragam cantik, Puteri Islam juga ajar banyak benda berguna untuk kehidupan seharian.

Kenapa Ramai Murid Perempuan Pilih Puteri Islam?


Apa Itu Puteri Islam?

Puteri Islam ialah satu unit beruniform yang memberi fokus kepada:

  • Pembentukan sahsiah diri

  • Ilmu agama Islam

  • Kemahiran hidup

  • Akhlak dan disiplin

Dalam Puteri Islam, murid diajar untuk jadi anak yang beradab, berani, berilmu dan bertanggungjawab, bukan sahaja di sekolah, tapi juga di rumah dan masyarakat.


Kelebihan Sertai Puteri Islam

Sebenarnya banyak kelebihan kalau korang pilih Puteri Islam untuk unit beruniform di sekolah. Kalau korang nak tahu, ini dia kelebihan sertai Puteri Islam. Memang best!

1. Belajar Jadi Anak Berakhlak Baik
Dalam Puteri Islam, korang diajar cara bercakap sopan, hormat orang tua, jaga aurat dan adab sebagai seorang Muslimah. Semua ini bantu korang jadi anak yang disayangi cikgu dan mak ayah.

Ads

2. Latih Keyakinan Diri
Aktiviti berkumpulan seperti perbarisan, kawad, bacaan doa dan persembahan buat murid jadi lebih berani tampil ke depan. Tak lagi malu-malu!

3. Disiplin & Tanggungjawab
Setiap ahli perlu jaga masa, ikut arahan dan bekerjasama dalam kumpulan. Lama-lama, korang akan jadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

4. Tambah Markah Kokurikulum
Penyertaan aktif dalam Puteri Islam juga bantu markah kokurikulum, yang penting untuk rekod sekolah nanti.

Kenapa Ramai Murid Perempuan Pilih Puteri Islam?

Ads

Subjek & Aktiviti Praktikal Dalam Puteri Islam

Puteri Islam bukan setakat duduk dengar ceramah sahaja. Banyak aktiviti praktikal yang seronok dan berguna!

Antaranya:

* Asas Fardu Ain
Belajar cara solat yang betul, wuduk, doa harian dan asas ibadah.

Ads

* Kemahiran Diri
– Cara lipat tudung dengan kemas
– Etika berpakaian sopan
– Penjagaan kebersihan diri

* Kemahiran Hidup
– Asas memasak ringkas
– Jahitan mudah
– Pengurusan diri dan rumah

* Aktiviti Kebajikan & Sosial
Puteri Islam juga dididik supaya suka membantu orang lain, seperti:

  • Ziarah

  • Program kebajikan

  • Aktiviti kemasyarakatan


Puteri Islam Bukan Sekadar Uniform

Puteri Islam bukan hanya tentang baju putih dan tudung merah jambu.  Ia tentang membentuk diri jadi Muslimah kecil yang berilmu, berakhlak dan berkeyakinan.

Kalau korang murid perempuan Tahun 4, 5 atau 6, Puteri Islam memang pilihan yang baik untuk belajar sambil berseronok.

Siapa tahu, dari Puteri Islam hari ini, lahir pemimpin hebat di masa depan!

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Kenapa Nyamuk Asyik Gigit? Peliklah!

Pernah tak korang alami situasi ni? Tengah duduk lepak dengan kawan-kawan, sama ada kat taman atau kedai makan. Tiba-tiba korang seorang je yang asyik tepuk tangan, garu kaki, garu tangan.