Dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, kita sering mendengar tentang satu malam yang sangat istimewa, iaitu malam Lailatul Qadar. Namun, adakah kita benar-benar memahami mengapa malam ini begitu penting dan apa keistimewaannya?
Ustaz Ammar Mukhlis, dalam video ceramahnya yang berjudul “Ustaz! Apakah malam Lailatul Qadar?”, mengajak kita untuk mendalami lebih dalam mengenai keajaiban dan keistimewaan malam Lailatul Qadar.
Malam ini dikatakan sebagai malam seribu bulan kerana keberkatan dan pahala yang digandakan jauh melampaui malam-malam biasa.
Ustaz Ammar memulai ceramahnya dengan mengajar taranum dan nada bacaan Al-Qur’an, yang menunjukkan pentingnya surah Al-Qadr. Surah ini secara khusus menjelaskan tentang turunnya Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar.
Ads
Keistimewaan malam ini adalah sebagai peringatan akan turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW, yang merupakan awal dari perubahan besar bagi umat manusia.
Ustaz Ammar menekankan pentingnya memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan. Beliau mengingatkan agar tidak hanya fokus pada malam Lailatul Qadar saja tetapi juga meningkatkan ibadah di malam-malam lainnya.
Ads
Aktiviti seperti membaca Al-Qur’an, berzikir dan melaksanakan solat sunat seperti tahajud, hajat, taubat, dan witir sangat digalakkan.
Ads
Di akhir ceramah, Ustaz Ammar berkongsi doa agar kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan sebaik-baiknya.
Beliau juga mengingatkan kita untuk saling bermaafan dan memperbanyakan doa dan zikir serta mengharapkan keampunan dan rahmat dari Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh dengan keajaiban dan kemuliaan. Melalui video Ustaz Ammar Mukhlis, kita diajak untuk lebih mendalami dan mempersiapkan diri untuk mendapatkan keberkatan di malam yang lebih baik dari seribu bulan ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak pandang langit dan fikir, “Eh, kenapa langit ni biru? Kenapa bukan ungu ke, merah ke, pink ke?” Jom kita bongkar misteri kenapa langit berwarna biru ni sama-sama!
Nampak macam pelik kan? Tapi betul! Cahaya matahari sebenarnya bukan warna kuning, tapi warna putih. Dalam cahaya putih ni ada macam-macam warna tersembunyi, ada merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Sama macam warna pelangi!
Bila cahaya matahari sampai ke Bumi, ia kena lalu atmosfera, lapisan udara yang ada gas dan debu halus. Masa tu, cahaya ni terserak, atau dalam istilah sains dipanggil penyerakan Rayleigh.
Warna biru ni jenis yang senang sangat “melantun” sebab gelombangnya pendek. Sebab tu bila kita pandang ke langit, warna biru tu yang paling banyak sampai ke mata kita! Jadi sebab utama kenapa langit berwarna biru ialah kerana penyerakan cahaya biru yang lebih kuat.
Sebenarnya ada juga warna ungu dalam cahaya matahari, tapi mata manusia kurang sensitif pada warna ungu. Mata kita lebih cepat tangkap warna biru. Jadi bila warna biru dan ungu bercampur, otak kita “nampak” langit tu biru, bukannya ungu.
Kalau waktu matahari terbit atau terbenam, cahaya matahari kena lalu udara yang lebih tebal. Jadi warna biru dah “habis” berserak jauh, tinggal warna merah dan oren yang masih nampak. Sebab tu masa senja, langit nampak cantik macam lukisan, warna oren, pink, ungu semua ada!
Langit nampak biru sebab cahaya matahari yang melalui udara buat warna biru tersebar paling banyak. Tapi kalau mata korang boleh nampak warna ungu dengan lebih kuat, mungkin langit kita nampak lain terus!
Itulah jawapan sebenar kenapa langit berwarna biru dan bukannya ungu, satu gabungan menarik antara sains, cahaya, dan cara mata kita berfungsi!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest dianjurkan. Kemeriahan dapat disaksikan sepanjang BK Mini Fest 2023 di mana acara ini telah menghimpunkan lebih 2000 orang kanak-kanak!
Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN
Bagi memulakan BK Mini Fest 2023, acara pertama yang diadakan adalah Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN yang melibatkan lima buah sekolah sekitar Shah Alam menghantar wakil untuk perbarisan serta pertandingan Haka. Setiap sekolah melibatkan 50 orang murid yang mewakili badan beruniform pilihan mereka.
Badan beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pengakap dari SK Seksyen 19 serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dari SK Seksyen 9.
Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri. Selesai pertandingan kawad kaki, kesemua pasukan diminta untuk menghantar 10 orang wakil mewakili badan beruniform mereka untuk mempersembahkan Hakka. Ternyata kesemua peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk pertandingan ini.
Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.
Perasmian BK Mini Fest Meriah
Menariknya acara Himpunan Badan Beruniform Mega X PTPTN ini kerana turut diserikan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar yang telah berkongsi tentang tip kejayaan beliau.
Selain itu, kehadiran Dr. Sheikh Muszaphar juga adalah untuk merasmikan BK Mini Fest 2023 bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn. Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim serta Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar Ahmad.
Dewi Cilik Bintang Kecil Pertama Dinobatkan
Pada sebelah petang 19 Ogos 2023, acara diteruskan dengan pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Dari 200 penyertaan yang diterima, akhirnya seramai 10 orang kanak-kanak perempuan berusia 8-12 tahun telah dipilih sebagai finalis Top 10 Dewi Cilik.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Para juri yang bertanggungjawab untuk menobatkan gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 pada hari itu adalah Pn. Norfarhati Abdul Hakim yang merupakan pengasas Mewah Rose dan juga pernah memenangi pertandingan Miss Catwalk 2012 serta Pensyarah Senior dalam jurusan seni fesyen dari UiTM Shah Alam iaitu En. Faizal Hamid.
Selain itu, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae turut menjadi juri untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan buat Nur Farisha Dania yang telah dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama! Pemenang tempat kedua pula adalah Nur Zara Aamily Binti Nazri manakala Syazwina Bt Mohd Taib meraih tempat ketiga pertandingan ini.
Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Putri Diana Ellysa yang dipilih sebagai Dewi Aktif dan Putri Nur Nariesya Eizeanies yang diberikan gelaran Dewi Foto Terbaik.
Pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN
Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN yang mendapat sambutan memberangsangkan. Seramai 200 orang kanak-kanak untuk dua kategori (Kategori A: 5-7 tahun dan Kategori B: 8-12 tahun) telah menyertai pertandingan ini.
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemederkaan yang unik. Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN) serta selebriti popular Yana Samsudin.
20 Finalis BK Fantastic X Karihome Tonjol Bakat
Kanak-kanak milenial mempunyai potensi yang sangat besar.Oleh itu, Bintang Kecil telah menganjurkan BK Fantastic X Karihome yang mendapat sehingga 500 penyertaan kanak-kanak dari serata Malaysia. Akhirnya 20 orang telah terpilih untuk ke peringkat akhir.
Pelbagai jenis bakat yang dipertaruhkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat muzik, sukan dan banyak lagi. Dengan persediaan rapi serta keyakinan tinggi, kesemua 20 persembahan para peserta telah memukau hadirin yang ada.
Tiga orang juri telah diberikan kepercayaan untuk memilih pemenang. Selain Miss Jessie yang mewakili Karihome, dua lagi juri lain adalah Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Pakar Motivasi) serta penyanyi, komposer dan pelakon terkenal iaitu Mark Adam turut bertanggungjawab untuk mengadili persembahan setiap peserta.
Tahniah diucapkan buat juara BK Fantastic X Karihome iaitu penari dari Kumpulan Putera Arts Talent Production, pemenang tempat kedua Mika Adam Mikael yang bermain violin serta Nurdania Batrisya menduduki tempat ketiga dengan persembahan nyanyian.
Putaran Mega BK Mini Fest 2023 Tawar Hadiah Menarik
Salah satu daya tarikan untuk BK Mini Fest 2023 adalah acara Putaran Mega BK Mini Fest yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Kepada pembeli barangan Karihome atau pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM20 ke atas, berpeluang untuk membuat putaran roda.
Sekiranya mereka menerima tiket emas untuk ke Putaran Mega BK Mini Fest, mereka berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperi komputer riba, baucar percutian, beg berjenama mewah, baucar membeli-belah dan banyak lagi. Tahniah kepada Pn. Nor Hafida kerana berjaya memenangi hadiah utama yang berupa komputer riba tajaan Acer!
Aktiviti Untuk Ibu Di Mini Stage
Bukan sahaja aktiviti di pentas utama, BK Mini Fest turut memberi ruang kepada para ibu untuk ‘me-time’ di pentas mini. Pada hari Sabtu telah diadakan acara Lindungi Anak Anda! bersama tiga orang panel jemputan iaitu Kaunselor Laktasi Pn. Noorfazila Abdul Rahman, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin serta Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr. Hajah Azuraida Shahadan.
Selain itu pada hari Ahad pula telah diadakan Mama Zumba Sweat It Out! bersama Zin Belle dan 30 orang para ibu yang telah berzumba beramai-ramai di pintu masuk utama Plaza Shah Alam. Selepas berzumba, mereka kemudiannya mendengar perkongsian tentang diet dari Pegawai Dietetik bertauliah, Pn. Laila Fadhilah Omar dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Banyak Tarikan Lain
Selain pelbagai acara menarik di pentas utama dan pentas mini, terdapat banyak aktiviti lain yang ada di Plaza Shah Alam selama dua hari BK Mini Fest 2023 berlangsung.
Booth seperti zoo mini dari Farm In The City, lukisan muka, inai, gula-gula kapas serta kolam bola dari Poolkidz, booth KUEH yang turut menaja makanan di setiap aktiviti Mini Stage dan banyak lagi turut mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang. Diharapan penganjuran acara BK Mini Fest 2023 dapat memberi manfaat kepada kesemua yang hadir memberikan sokongan.
JOM SAKSIKAN VIDEO HIGHLIGHT BK MINI FEST 2023
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tengok video comel anak penyanyi hebat Misha Omar, iaitu Muhammad Idris Ezzwa? Kalau belum, mesti korang akan jatuh suka lepas tengok cara dia berbual dengan ibunya. Sweet sangat!
Baru-baru ni, Idris berjaya mencuri perhatian ramai bila dia muncul di pentas konsert mama dia. Haa, bukan setakat muncul… dia menyanyi live tau! Ramai terkejut sebab dia nampak sangat yakin walaupun masih kecil. Aura dia tu memang lain macam.
Dalam satu video di Instagram, Idris tampil dengan suara lembut dan penuh rasa syukur.
“Hai semua, ini saya, Idris. Terima kasih sebab hargai kerja keras saya dan persembahan saya.”
Alahai… sopan betul!
Idris juga cerita yang dia sangat terharu bila ramai beri kata-kata semangat. Dia berlatih sungguh-sungguh untuk persembahan tu, dan bila penonton suka, terus senyum lebar dia! Korang boleh nampak bagaimana sokongan dari sekeliling buat dia makin yakin. Malah, perkembangan bakat Idris ni jelas menunjukkan dia ada keinginan kuat untuk terus maju.
Tapi ada satu ayat Idris yang buat semua orang cair.
“Beri saya masa untuk membesar… dan saya akan pastikan bakat saya berkembang lebih besar daripada sebelum ini.”
MashaAllah, kecil-kecil pun dah ada semangat juang!
Korang nak tahu sebab apa ramai kagum? Sebab Idris berani menyanyi lagu Destiny bersama ibunya di konsert Dia Misha Omar di Megastar Arena, KL. Ribuan penonton tau! Tengok crowd besar pun tak menggoyahkan dia. Sesiapa yang ada di sana pasti dapat rasa aura unik Idris dan bagaimana dia berdiri penuh keyakinan.
Ramai cakap Idris memang mewarisi bakat seni daripada mamanya. Suara sedap, gaya comel, keyakinan pun tinggi. Gabungan bakat semula jadi dan latihan konsisten buatkan Idris makin menyerlah setiap kali muncul di depan umum.
Apa pun, Idris janji nak terus belajar, terus improve dan terus bagi yang terbaik. Semangat dia tu secara tak langsung beri inspirasi untuk ramai kanak-kanak lain yang ada minat dalam seni. Dengan sokongan keluarga, tak mustahil Idris akan menjadi salah seorang bintang besar pada masa depan.
Semoga bakat Idris makin bersinar bila dia besar nanti. Korang pun sama tau… kalau ada bakat, jangan malu. Berlatih, percaya diri dan selalu bersyukur. Kadang-kadang perjalanan bakat ni bermula dari satu langkah kecil saja. Tengoklah bagaimana Idris pun bermula, slowly, penuh keyakinan, dan sentiasa menghargai sokongan peminat.
Mana tahu, suatu hari nanti korang pula naik pentas besar!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Isu nama unik makin menjadi trend, tetapi ejaan terlalu rumit boleh menyusahkan murid, guru dan staf hospital. Ketahui kenapa nama unik boleh jadi masalah dan apa pengajarannya.