Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Ads
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Ads
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
Ads
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.
Bila anak bertanyakan tentang seksualiti seperti bercium dan sebagainya, mak ayah jangan matikan begitu sahaja ayat anak. Sebaliknya usahakan untuk menjawab dengan baik dan berilmu.
Malah menurut Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira, jawablah pertanyaan anak-anak dengan mengaitkannya dengan Islam dan Allah. Itu sebaiknya.
Bila anak sekolah rendah tanya, ” Kenapa kita tak boleh kiss bibir, boleh cium pipi je? Kawan cerita dia ada tengok orang lelaki dan perempuan kiss bibir dalam cerita.”
Ini jawapannya untuk anak-anak kita.
1. “Abang, bibir ini anggota sulit yang kita kena jaga daripada disentuh orang atau dicium orang. Papa, mama pun tak boleh cium. Itu Abang punya. Allah suruh jaga dari disentuh oleh orang lain.”
2. “Tetapi Allah bagi special untuk suami isteri yang dah berkahwin macam papa mama, suami boleh kiss bibir isteri , isteri boleh kiss bibir suami.
Dapat pahala tau kalau kiss bibir selepas kahwin antara suami isteri. Tapi kiss tu tak boleh buat depan orang lain, hanya antara suami isteri je duduk bersama je.
Kalau buat depan orang lain, akan berdosa. Allah tak suka. Sebab tu, mama papa tak pernah kiss depan Abang sebab Allah tak bagi. Kita nak masuk syurga kan, kena lah buat yang Allah suka “.
3. “Dalam cerita yang kawan tengok tu, tak boleh orang tu buat macam tu sebab kiss tak boleh tunjuk pada orang. Dia buat yang Allah tak suka. Kita tak boleh ikut apa yang dia buat.
Kita doakan dia, moga dia sedar dan minta maaf dekat Allah apa yang dia buat. Jadi, kita kalau nampak cerita macam tu, kita alihkan pandangan dan buka cerita lain. Allah suka orang yang jaga pandangan”.
Jika berkesempatan, terus buku terjemahan surah An Nur untuk ayat menjaga pandangan. Lagi efektif.
4. Pertanyaan sebegini jangan dimatikan , santunilah dengan ilmu pendidikan seksualiti dan kaitkan dengan Islam dan Allah.
Berbual -bual dengan anak selalu tentang seksualiti seperti
✅ Kenapa lepas kahwin dapat anak
✅Kenapa kena asingkan tempat tidur
✅ Kenapa zakar Abang mengeras
✅ Kenapa ummi tak solat
Siang anak nampak sihat dan cergas, bila malam anak mula tinggi suhunya dan demam. Bagi ibu bapa yang berhadapan situasi anak demam malam ini, berikut punca dan cara untuk merawat keadaan anak anda.
Kenapa kanak-kanak kerap demam? Demam malam pada kanak-kanak boleh berlaku akibat pelbagai sebab.
Antara sebab paling biasa kenapa kanak-kanak kerap demam adalah disebabkan:
1. Jangkitan kuman
Punca utama demam malam biasanya disebabkan jangkitan kuman bakteria atau virus.
Jangkitan ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti infeksi saluran pernafasan, penyakit asma dan jangkitan saluran kencing.
2. Perubahan suhu tubuh
Suhu tubuh biasanya akan meningkat secara semula jadi pada malam hari.
Demam ringan pada waktu siang boleh menjadi lebih teruk pada malam hari kerana hormon kortisol dan adrenalin berkurangan ketika tidur.
3. Reaksi alergi, antara penyebab kenapa kanak-kanak kerap demam
Keradangan atau reaksi alergi seperti asma dan rhinitis, juga boleh menyebabkan demam pada waktu malam.
4. Pakaian yang tebal dan suhu bilik
Kadangkala, pakaian tebal atau suhu bilik yang terlalu panas boleh meningkatkan suhu tubuh anak terutamanya pada bayi yang belum mampu mengawal suhu tubuh mereka sendiri.
5. Selepas imunisasi
Demam ringan pada malam hari juga boleh berlaku selepas suntikan vaksinasi.
Simptom-simptom demam malam pada kanak-kanak
Kanak-kanak mengalami demam biasanya diikuti dengan tanda-tanda beberapa simptom seperti berikut:
* Suhu badan yang melebihi 38 darjah selsius
* Kurang beraktiviti
* Sukar tidur
* Kurang selera makan
* Badan menggigil
* Sakit kepala
* Sakit otot
* Badan berpeluh
* Dehidrasi
* Dahi dan leher terasa panas
* Kulit menjadi pucat
Apa perlu buat bila demam?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keadaan anak kerap demam malam:
Guna kompres sejuk
Letakkan kain atau span yang telah direndam dengan air sejuk pada dahi anak untuk membantu menurunkan suhu tubuhnya.
Pakaian yang nipis
Pakaikan pakaian yang nipis pada anak untuk mengelakkan peningkatan suhu tubuh yang berlebihan.
Tingkatkan pengambilan cecair
Beri anak lebih banyak minuman seperti air putih, susu, jus, teh herba, sup atau larutan rehidrasi untuk mengelakkan dehidrasi.
Kawal suhu ruangan
Pastikan suhu di bilik tidur anak sentiasa sejuk untuk membantu mengurangkan suhu tubuhnya. Gunakan kipas angin untuk mendinginkan suhu ruangan, tetapi jangan arahkan langsung ke tubuh anak.
Rehat yang cukup
Pastikan anak tidur nyenyak. Tidur yang cukup penting untuk proses penyembuhan.
Berikan ubat demam
Jika perlu, berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen. Pastikan dos yang diberikan sesuai dengan arahan doktor.
Adakah cara kita selama ini mendidik anak dengan cara yang betul? Tersalah didik, boleh beri kesan pada anak. Ini tip dan panduan betul dalam mendidik anak.
Ikuti perkongsian Parent Connect ini. Semoga menjadi panduan ibu bapa.
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati:
* Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang.
* Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah.
* Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang.
* Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati:
* Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira.
* Kurang berdikari kerana takut berbuat silap.
* Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah.
* Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli.
*Mempunyai tahap akademik yang rendah.
* Mempunyai skil sosial yang rendah.
* Cenderung kepada keganasan.
* Terdedah kepada masalah kesihatan mental.
Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati:
* Lebih tenang dan gembira.
* Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang.
* Berjaya mencapai tahap akademik yang baik.
* Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi.
* Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling.
* Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik.
* Tidak cenderung kepada keganasan.
Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati:
* Lebih impalsif dan kurang kawalan diri.
* Tidak berupaya untuk mengawal emosi.
* Tiada empati terhadap orang lain.
* Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku.
* Cenderung kepada masalah kesihatan mental.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...