
Korang tahu tak, bila seseorang buat benda baik dari hati, kadang-kadang benda kecil pun boleh buat orang lain rasa sangat bahagia.
Itulah yang dibuat oleh personaliti media sosial, Aqil Zulkiflee, bila dia sanggup datang ke hospital semata-mata untuk jumpa seorang peminat cilik bernama Rydan.

Hasrat Mahu Jumpa Abang Aqil
Menerusi satu perkongsian di Threads, Aqil memuat naik video saat dia melawat Rydan di pusat rawatan. Walaupun perjumpaan itu tak lama, senyuman Rydan memang jelas nampak besar dan ikhlas.
Menurut Aqil, Rydan baru sahaja menjalani rawatan kemoterapi. Tapi walaupun badan adik tu sedang penat melawan sakit, dia tetap simpan satu hasrat kecil dalam hati iaitu nak jumpa Aqil.
“Adik Rydan ni baru buat kemoterapi, tapi dia kata nak sangat jumpa Aqil. Kita pun surprise la dia.
“Alhamdulilah happy sangat dia kan, walaupun kejap je jumpa sebab makcik guard dah marah hahaha,” tulisnya.

Sempat Doakan Rydan
Bila dengar permintaan tu, Aqil pun tak tunggu lama. Dia luangkan masa datang sendiri untuk buat kejutan kepada Rydan. Walaupun cuma sekejap, momen tu cukup bermakna buat adik kecil tersebut.
Aqil juga sempat mendoakan agar Rydan terus kuat dan cepat sembuh.
“Apa pun semoga adik Rydan kuat selalu, semoga Allah pulihkan segala penyakit & dipermudahkan segalan urusan dunia akhirat aminn,” kongsi Aqil.
Netizen Sebak, Puji Abang Aqil Ikhlas
Ramai yang menonton video itu rasa sebak. Di ruangan komen, ramai warganet puji sikap Aqil yang baik hati dan sanggup meluangkan masa untuk menggembirakan seorang kanak-kanak yang sedang sakit.
Cerita ini ajar kita satu benda. Kita tak perlu jadi superhero pun untuk buat orang lain bahagia. Kadang-kadang, hadir, senyum dan ambil berat pun sudah cukup untuk buat hati seseorang rasa kuat semula.
Sumber: Threads Aqil Zulkiflee
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







