“Nak Lari Macam Dalam YouTube!” Zeeshan Hidap Cerebral Palsy Berjaya Habiskan Larian!

Kisah Zeeshan, kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy buat semua orang bangga, dan menyentuh hati ramai. Pernah tak korang tengok video budak-budak lari kat YouTube? Seronok kan? Haa… bila Zeeshan tengok video tu, dia terus cakap pada ibu ayahnya:

“Adik pun nak lari macam tu… tapi pakai walker.”

Ya Allah, comelnya! Walaupun Zeeshan ialah kanak-kanak Cerebral Palsy dan perlukan walker untuk berjalan, semangat dia bukan biasa-biasa tau. Kadang-kadang, walaupun badan kita kecil, hati kita boleh jadi paling kuat!

“Nak Lari Macam Dalam YouTube!" Zeeshan Hidap Cerebral Palsy Berjaya Habiskan Larian!

Larian Mengharukan Yang Buat Ramai Sebak

Dalam satu video TikTok di akaun @zeeshan.rjs, orang ramai lihat sendiri momen menyentuh hati bila Zeeshan sertai acara larian Kids Dash BSB Night Run di Jakabaring Sport City, Palembang, Indonesia.

Sebaik je wisel ditiup, Zeeshan terus jalan laju guna walker beroda. Bukan biasa-biasa… penuh yakin, penuh berani! Orang di tepi pun tepuk tangan, sorak kuat-kuat bagi semangat. Senyuman Zeeshan masa tu memang cair hati siapa yang tengok.

Ads

Ibu dan ayahnya berjalan di tepi sepanjang masa, bagi sokongan dan jaga keselamatan. Korang tahu tak, dekat kapsyen video tu, keluarga Zeeshan tulis ayat yang buat ramai menangis:

“Adik, kamu hebat sekali sudah sampai titik ini. Tak kisah progres sedikit atau banyak… kamu tetap juaranya!”

Fuhh… tak peliklah video tu dapat 8.2 juta tontonan dan 1.6 juta tanda suka. Semua bangga dengan adik kecil yang kuat ni!

Tiada Batasan Untuk Kanak-Kanak Seperti Zeeshan Cerebral Palsy

Sebelum daftar larian, ibu Zeeshan tanya dulu pihak penganjur sama ada anak CP boleh masuk. Jawapan penganjur sangat-sangat buat hati gembira.

Ads

“Semua kanak-kanak boleh sertai. Tiada syarat tambahan, tiada batasan.”

Bagusnya! Macam tu lah setiap kanak-kanak patut dapat peluang bermain, berlari, dan rasa seronok tanpa rasa terasing. Bahkan, kisah Zeeshan ni tunjukkan yang sokongan dan peluang kecil pun boleh buat seorang anak rasa sangat dihargai.

“Nak Lari Macam Dalam YouTube!" Zeeshan Hidap Cerebral Palsy Berjaya Habiskan Larian!

Ads

Ramai Menangis Di Ruangan Komen

Bila video ni tular, ramai sangat tulis komen sambil mengalir air mata. Mereka bangga dengan keberanian Zeeshan, dan paling penting, kagum dengan ibu ayahnya yang sentiasa bagi ruang dan peluang untuk anak mencuba. Setiap komen dipenuhi kata-kata semangat untuk Zeeshan, sebagai inspirasi buat semua.

Kisah Zeeshan Ajar Kita Sesuatu

Kadang-kadang kita rasa susah nak buat sesuatu. Tapi tengok Zeeshan, walaupun ada kekangan, dia tetap cuba. Tetap tersenyum. Tetap percaya diri.

Kalau adik kecil macam Zeeshan pun boleh, kita pun mesti boleh cuba! Kisah Zeeshan mengingatkan kita bahawa kemajuan bukan diukur dengan laju atau lambat, tapi dengan keberanian untuk memulakan langkah.

Kekuatan bukan pada kaki yang laju. Kekuatan sebenar ada pada hati yang tak pernah putus asa.

Dan hari ini, Zeeshan bukan saja mencuri hati berjuta orang, malah dia mengajarkan kita makna sebenar ketabahan, keikhlasan usaha, dan kegembiraan kecil yang memberi kesan besar. Teruslah berlari, wahai adik kecil. Dunia bangga denganmu!

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads