Korang mesti suka kan tengok persembahan dikir barat. Kawan-kawan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu, Kota Bharu, Kelantan tunjukkan bakat mereka berdikir.
Menariknya persembahan dikir barat mereka menampilkan karya popular ‘Hati Berkene’ menjadi tumpuan utama warga Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu, Kota Bharu, Kelantan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah baru-baru ini.
Paling best sebab bukan saja pandai berdikir tapi mengolah kreativiti masa berdikir. Memang menarik sangat, tak hairanlah dipuji ramai.
Kumpulan dikir barat murid-murid sekolah berkenaan berjaya tunjukkan potensi dan kreativiti mereka sekali gus membuktikan bahawa seni tradisional Kelantan terus subur dalam kalangan generasi muda.
Ads
Mey Eloo Menyerlah
Antara ahli kumpulan itu ialah Muhammad Aiman Kamal atau lebih dikenali sebagai Mey Eloo yang berperanan sebagai jogho.
Ads
Kalau korang nak tahu, Mey Eloo merupakan murid yang aktif mengadakan persembahan dikir barat di luar waktu sekolah khususnya di sekitar Kelantan. Power kan?
Ads
Dapat Pujian Ramai
Dua lagi murid berbakat pun tak kurang hebatnya, Muhammad Raqib Riswadi dan Ahmad Fahim Wafiyyuddin, yang membawakan lagu ‘Hati Berkene’ nyanyian asal Allahyarham Megat Nordin dengan penuh penghayatan. Memang best betul.
Bukan saja Guru Besar, Cikgu Md Roslan Mohamad bangga bahkan kawan-kawan pun turut terhibur sama. Padulah korang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak nampak kek tiramisu yang viral dekat TikTok? Lembut, manis, berkrim… sedap gila! Tapi haa, ada satu benda penting yang ramai tak tahu. Kek tiramisu ni sebenarnya tak sesuai untuk kanak-kanak. Ni korang kena tahu.
Tiramisu bukan macam kek coklat biasa. Dalam kek ni sebenarnya ada bahan “dewasa”, yang badan budak tak boleh terima. Bila kita sembang pasal tiramisu untuk kanak-kanak, ramai tak aware pun risiko sebenar.
Biasanya tiramisu ada:
Dalam satu potong je, kafein dia boleh sampai 40–80 mg. Lagi kuat daripada segelas teh O pekat! Badan korang mana boleh tahan.
Ramai ingat tiramisu ni dessert “ringan”, tapi sebenarnya kandungan kafein dia memang tak sesuai dijadikan pilihan selamat dalam konteks tiramisu untuk kanak-kanak. Kalau korang makan tanpa tahu dos kafein, boleh ganggu sistem badan.
Menurut pakar pediatrik dari Canada dan Amerika, budak bawah 12 tahun tak ada jumlah kafein yang selamat pun. Maksudnya, sikit pun boleh bagi kesan!
Antara kesan yang boleh jadi:
Nampak tak? Ingat makan kek, tapi sebenarnya boleh kacau sistem dalam badan. Sebab itu isu tiramisu untuk kanak-kanak bukan benda kecil. Kafein walaupun sedikit tetap boleh bagi effect besar sebab badan mereka masih membesar.
Doktor kata, lepas umur 12 tahun pun maksimum kafein sehari cuma 100 mg. Lebih kurang satu cawan teh tarik kosong. Tapi sebaiknya, jangan ambil hari-hari.
Masalahnya, budak-budak ni tak tahu pun mana makanan yang ada kafein. Bila tak aware, lagi mudah mereka terlebih ambil tanpa sedar, sama macam bila makan tiramisu.
Ini yang korang tak perasan. Korang selalu makan benda ni, tapi sebenarnya ada kafein:
Patutlah kadang korang tiba-tiba hyper atau susah tidur! Bila dah tahu risiko tiramisu untuk kanak-kanak, kita pun automatik jadi lebih peka tentang sumber kafein lain.
Kafein ni kacau otak, jantung, dan buah pinggang. Semua benda tu masih dalam proses nak membesar kuat. Jadi mestilah kita nak jaga betul-betul.
Kalau mak ayah korang pilih susu terbaik, makanan pun kena pilih yang selamat untuk tubuh kecil kita, betul tak? Bila dah tahu tiramisu memang bukan dessert sesuai untuk budak, senang kita nak elakkan.
Kek tiramisu memang sedap, tapi bukan untuk korang ya. Tak apa, banyak lagi manisan lain yang kita boleh makan tanpa risau. Yang penting, jaga badan sendiri, supaya kita boleh kekal ceria dan bertenaga setiap hari! Topik tiramisu untuk kanak-kanak ni mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya sangat penting untuk kesihatan jangka panjang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini, kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minuman tiga tahun berturut-turut kepada murid yang sedang berlari.
Akuinya, dia merasa gembira apabila berpeluang untuk bersedekah dengan cara itu sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shaf di laman TikToknya, tahun ini menjadi tahun ketiga dia dan suami berbuat demikian.
Jika sebelum ini disediakan air sirap yang dibancuh, namun kali ini dia dan suami memberikan air kotak pelbagai perisa.
Dalam video yang berdurasi hampir satu minit itu, dapat dilihat suami kepada Shaf menyusun air kota dengan rapi di atas meja berhadapan kediamannya.
“Tahun ke tiga berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni.
“Kali ini sirap kita dah upgrade ke air kotak. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat! ‘Pelanggan’ yang paling akhir sekali istimewa.
“Nampaknya rumah kita boleh jadi perhentian utama setiap tahun!” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murah hati Shaf dan suami dalam berkongsi rezeki dan mendoakan agar urusan keluarganya dipermudahkan selalu.
Siapa suka minum air manis? Air coklat sejuk, jus buah dalam kotak, atau air berkarbonat yang berbuih-buih tu? Sedap kan! Tapi tahu tak, terlalu banyak minuman manis tak baik untuk kesihatan kita?
Menurut perkongsian Dr. Mazliana Mazlan, kebanyakan minuman yang anak-anak suka sebenarnya mengandungi gula yang sangat tinggi. Kadang-kadang satu botol kecil pun dah cukup untuk lebihkan jumlah gula sehari yang sepatutnya kita ambil!
Berapa banyak gula dalam yakult, vitagen, sunquick, dutch lady coklat, ribena, calpis, twister dan milo?
Belajar buat conscious decision sebelum beli untuk anak. Ada 9 point di bawah.
1. Kita dulu, nak minum sekali seminggu pun susah kan. Tapi anak sekarang, ada yang dapat akses minumam macam ni setiap hari.
Gula tetap gula, ia tak beri manfaat kebaikan pada tubuh anak walaupun sedikit. Sebelum beli, pastikan kita buat dulu conscious decision. Bukan asal viral terus masuk bakul. Bukan asal doktor suruh beli, tandanya itu minuman sihat.
Tapi kita sendiri ibu ayah, pastikan ada ilmu sebelum beli, pastikan belajar belek label sebelum beli.
Kita usaha sama-sama ya, usaha jaga tubuh badan anak-anak dan keluarga dari makanan yang boleh bawa mudharat pada tubuh.
2. Ini air yang sihat. Tak ada gula tambahan. Ini air pasaran yang baik untuk anak. Beli online buat stock.
3. Botol kecil dalam setengah cawan je. Tapi ada 3 sudu gula di dalamnya.
4. Air macam ni kita selalu tak letak dalam bekal sekolah anak? Elakkan kalau masih bekalkan breakfast berserta air macam ni. Homemade breakfast tu dah bagus sangat, tahniah mama. Combo dengan air kosong je dah cukup bagus.
5. Ini pun antara air kesukaan anak.
6. Hati-hati dengan air jus buah walaupun tanpa gula. Cuba belek bahagian fakta nutrisi. Mesti terkejut.
7. Minum favourite ramai anak-anak ni. Terkejut sangat saya tengok sampai 8 sudu gula dalam pek kecil ni.
8. Ni pun macam favourite anak jugak. Kita rasa sihat lah kan ada serdak oren sekali. Rupanya ‘sihat’ dengan gula.
9. Okay yang ini last. Ramai kita tak bagi anak minum saya rasa. Cuma nak bagitahu, ada 13 sudu kecil gula dalam ni. Terus tak payah beli langsung ye, mak ayah pun jangan. Ini toksik.
Korang yang ada anak yang dah pandai membaca, savelah semua gambar ni. Kalau anak susah nak dengar kita cakap, korang tunjuk gambar ni bagitahu ada banyak sangat gula dalam minuman fav diorang. Nak sihat tak boleh minum banyak air manis.
Bagi ilmu pada anak, insyaAllah makin lama diorang pandai pilih yang baik dan tolak yang buruk.
Bila kita minum minuman manis terlalu kerap, badan akan cepat letih, gigi boleh rosak, dan berat badan pun mudah naik. Malah, bila besar nanti, boleh menyebabkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Gula berlebihan dalam tubuh boleh menyebabkan tenaga tidak stabil, cepat lapar, dan gangguan metabolisme. Pengambilan minuman manis yang berterusan juga boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan risiko obesiti meningkat.
Senang saja! Berikut beberapa cara mudah untuk bantu kita dan anak-anak elak daripada terlalu banyak gula:
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!