Baru berusia tujuh tahun, si cilik Alisya Zehra Mohd Izuan yang baru berusia 7 tahun sudah memperoleh lebih 60 pingat buat dirinya menerusi kejuaraan menyertai pertandingan catur.
Ujar ibunya, Zahidahtul Kamaliah Saharun, 37 anak kecilnya itu sudah mula bermain catur seawal usia empat tahun apabila kerap ‘mengganggu’ abangnya, Muhammad Aiman Zarif, 11, bermain catur.
Apabila umurnya menjaukau usia lima tahun dia sudah mula menunjukkan potensi diri malah mula mengumpul pingat melalui acara itu.
Paling membanggakan, kanak-kanak cilik itu selaku Juara Catur Kebangsaan U8G turut bakal menyertai pertandingan di Greece daripada 12 hingga 18 April ini.
Ads
“Pada mulanya, jurulatih catur di sekolah Aiman iaitu Ismail Ahmad nampak potensi pada dirinya menyebabkan saya dan suami, Mohd Izuan Mustaffa, berusia 38 tahun, bersetuju untuk menghantarnya menjalani kelas peribadi dengan Ismail.
Zahidahtul yang juga guru berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu sudah menyertai lebih 70 pertandingan catur termasuk secara dalam talian.
“Antara pertandingan yang pernah disertainya adalah Annual Russian House Open Chess Tournament 2025, Pearl Point Shopping Mall 2025 dan 18th IGB Malaysian Chess Festival.
Ads
“Dalam kebanyakan pertandingan disertai, Alisya dinobat juara kategori bawah tujuh tahun atau kategori bawah 12 tahun,” katanya.
Menurut Zahidahtul, beliau dan suami sentiasa memberi sokongan kepada Alisya dengan menghantarnya ke kelas peribadi serta membawanya menyertai pertandingan catur hampir setiap minggu.
“Sebagai persiapan mewakili Malaysia, Alisya sedang menjalani latihan intensif dengan jurulatihnya yang dijalankan setiap Ahad bermula jam 9 pagi hingga jam 4 petang.
Ads
“Malah, Alisya juga membuat latihan menyelesaikan minimum 100 ‘puzzle’ setiap hari selain menyertai pertandingan catur dalam talian,” katanya.
Zahidahtul berkata, Alisya bertekad untuk mengumpul 100 pingat dan piala dalam pertandingan catur pada tahun ini. Malah katanya lagi, anak kecilnya itu berhasrat untuk bergelar Women Grand Master (dalam catur) yang pertama di Malaysia.
“Kami berharap Alisya dapat mengharumkan nama negara pada pertandingan antarabangsa bulan depan dan berjaya mencapai cita-citanya bergelar Women Grand Master,” katanya.
Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.
Siapa sangka puteri tunggal Mawi dan pelakon Ekin, Cahaya Malaika sudah meningkat remaja dan kini sudah pun berusia 12 tahun.
Menerusi satu video yang dimuat naik Mawi Bersama Cahaya, anak kecil itu kini sudah pandai merias wajah dan menjaga penampilan diri.
“Dah pandai berbedak,” tulis Mawi menerusi kapsyennya.
Cahaya yang ketika itu sedang memakai bedak kompak kelihatan tersipu malu apabila menyedari dirinya dirakam bapanya.
Wajah ayunya yang semakin membesar dilihat cukup cantik sempurna, mewarisi kecantikan daripada kedua-dua ibu dan bapanya.
Malah penampilan sopan, berhijab serta tutur katanya yang sopan tambah sejuk mata yang memandang.
Biarpun berstatus anak selebriti namun penampilan gadis kecil molek ini sederhana. Tak hairanlah dipuji ramai.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji penampilan Cahaya yang saling tak tumpah seperti bapanya. Iras wajahnya cukup ayu dan cantik.
Tidak lagi berharap anak kedua
Baru-baru ini, kepada portal berita Mawi dan Ekin berkongsi bahawa masing-masing tidak lagi berharap kehadiran cahaya mata baharu atas faktor usia.
“Kami dah pasrah dan reda. Lagipun, Cahaya tidak mahu adik lagi.
“Dia okay sebab kembar saya Ain ada dua anak yang hampir sebaya dengannya. Jadi, hidup dia tidak sunyi,” katanya.
Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum kelahiran Cahaya.
Terdahulu Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran Cahaya Malaika pada Februari 2012.
Musim kedua program realiti “The Chosen One” kini memasuki minggu kelima, dan kali ini para penonton teruja dengan kejutan tiada penyingkiran dilakukan! Keputusan ini menjadikan suasana lebih mendebarkan, dengan semua peserta berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka untuk persembahan minggu seterusnya.
Hebat Show Budak Flat Kiki!
Kiki Fateeha, anak didik Aepul Roza sekali lagi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama. Persembahan lagu Budak Flat yang dipopularkan oleh Amran Ra bukan sekadar memikat hati juri tetapi juga penonton di rumah. Kiki, dengan gaya vokalnya yang unik membuktikan bahawa dia adalah pesaing yang perlu diperhatikan.
Datuk Awie. Beliau memuji kemampuan pitching Kiki, menegaskan bahawa suaranya tidak goyah walaupun memnyanyi sambil menari. Pujian turut diberikan kepada Aepul yang berjaya mengeluarjan potensi hebat Kiki.
Juri jemputan yang juga merupakan komposer hebat, Ajai, turut memberi kredit kepada persembahan penyanyi cilik tersebut.
Atikah & Azry Tak Kurang Hebat
Selain itu, Atikah Rose yang membawakan lagu Problems dan Haa Tepuk berjaya mendapat kedudukan tempat kedua. Kata Datuk Awie, dia dapat melihat tenaga dan aura anak didik Adira Suhaimi ini berbeza dari persembahan sebelumnya.
Azry pula mendapat tempat ketiga dengan percaturan mempersembahkan nyanyian lagu Standing Next To You oleh Jungkook BTS. Kata Ajai, suara Azry sangat jarang didengari dan mengatakan bahawa dirinya seorang yang ‘gifted’.
Anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week
Para penonton kini boleh mengundi persembahan kegemaran setiap minggu selepas rancangan ini tamat melalui laman we www.thechosenone.com.my.
Peserta dan coach yang menerima undian tertinggi akan memenangi anugerah Gempak ERA The Chosen One Of The Week yang akan diumumkan di platform media sosial Astro Gempak dan Astro Ceria.
Untuk pengetahuan, The Chosen One 2024: Evolusi Bintang Baharu akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104).
Di tengah keheningan hutan yang luas, hiduplah seekor gajah yang besar dan kuat. Namun, disebalik kekuatannya, tersembunyi rasa kesepian yang mendalam.
Gajah itu tidak memiliki sahabat untuk berbahagi cerita dan kegembiraan. Dalam kesedihannya, gajah memutuskan untuk berjalan mencari sahabat. Perjalanannya dimulai dengan bertemu seekor monyet yang lincah, namun monyet tersebut menolak untuk berkawan dengannya dengan alasan gajah terlalu besar.
Kemudian, gajah bertemu dengan musang dan rusa, yang sama-sama menolaknya kerana takut akan kebesaran dan kekuatan gajah. Namun, takdir membawa cerita yang berbeza ketika ada khabar angin mengatakan bahawa harimau ingin memakan kesemua haiwan di dalam hutan.
Gajah, dengan hati yang berani, memutuskan untuk berhadapan dengan harimau tersebut. Dengan kekuatan dan keberaniannya, gajah berhasil menghalau harimau itu dan menyelamatkan semua haiwan di hutan.
Keberanian gajah merubah pandangan semua haiwan terhadap dirinya. Mereka menyedari bahawa kekuatan gajah tidak hanya luaran, tetapi juga hatinya yang besar dan berani.
Haiwan-haiwan di hutan pun akhirnya menerima gajah sebagai sahabat mereka.
Kisah gajah mencari sahabat ini mengajarkan kita tentang pentingnya keberanian, belas kasihan, dan tidak menghakimi orang lain dari luar sahaja. Gajah, yang awalnya kesepian kerana penolakan, akhirnya diterima dan dihargai kerana tindakannya yang mulia
Oddah Anak Angkat Tok Ti kini semakin mencuri perhatian dengan bakat nyanyian dan keperibadian menawan. Dalam temubual eksklusif, Oddah kongsi kisah nasihat Dato' Siti, tekanan dunia seni, serta semangatnya untuk terus berjaya.