
Bayangkan, umur baru sembilan tahun tapi dah berjaya daki Gunung Kinabalu. Gunung paling tinggi di Malaysia pula tu. Ramai orang dewasa sendiri pun mengaku penat, kaki lenguh dan hampir nak putus asa sebab laluan yang mencabar serta cuaca yang susah dijangka.
Tapi semua itu langsung tak melemahkan semangat seorang kanak-kanak hebat bernama Ayden. Ayden ialah anak sulung kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah. Walaupun usianya masih muda, Ayden berjaya buktikan bahawa kanak-kanak pun boleh capai perkara luar biasa kalau ada semangat dan disiplin.

Ironkid Cilik Sertai Pendakian
Menerusi perkongsian Bella Astillah di Instagram, pendakian kali ini jadi lebih istimewa bila Ayden turut serta bersama ibunya dan Ahli Parlimen, YB Syed Saddiq. Ramai yang terkejut dan kagum melihat keupayaan Ayden mendaki gunung setinggi itu dengan penuh keyakinan.
“Tahun ni special sebab ada Ironkid join sekali. Super impressed with Ayden. Empat jam di depan yang lain. Relax ja,” tulis Syed Saddiq dalam kapsyennya.

Terry Pernell Kagum Semangat Ayden
Bukan itu sahaja, seorang pencipta kandungan dari Amerika Syarikat, Terry Pernell turut meluahkan rasa kagum melihat Ayden mendaki Gunung Kinabalu dengan begitu bertenaga sehingga berjaya sampai ke puncak.
Apa yang buat ramai lebih kagum, Ayden bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah sangat berdisiplin dan fokus sepanjang pendakian. Walaupun baru berusia sembilan tahun, Ayden berjaya meninggalkan orang dewasa di belakangnya.

Inspirasi Untuk Mendaki
Ayden benar-benar jadi inspirasi kepada kanak-kanak lain. Umur bukan halangan untuk mencuba, yang penting berani, berusaha dan percaya pada diri sendiri. Siapa tahu, satu hari nanti korang pula yang berdiri bangga di puncak impian sendiri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







