Adib Sufyan Hafaz 30 Juzuk Dalam 5 Bulan, Hebatnya!

Adib Hafaz 30 juzuk dalam masa hanya lima bulan 10 hari, satu pencapaian luar biasa yang membuat ramai kagum. Siapa sangka, pada usia 13 tahun, seorang pelajar Tingkatan 1 dari SMKA Tok Bachok mampu mencapai sesuatu yang begitu besar? Nama remaja hebat ini ialah Adib Sufyan Suhaimi, dan kisahnya benar-benar memberi inspirasi.

Siapa sangka, umur baru 13 tahun, tapi dah ada pencapaian yang buat semua orang kagum! Seorang pelajar Tingkatan 1 dari SMKA Tok Bachok, namanya Adib Sufyan Suhaimi, berjaya hafaz 30 juzuk Al Quran hanya dalam lima bulan 10 hari! Bukan calang-calang tau… ini rekod paling hebat sekolah tu setakat ini. Memang luar biasa!

Adib Sufyan Hafaz 30 Juzuk Dalam 5 Bulan, Hebatnya!
Tahniah Adib Sufyan.

Macam Mana Adib Boleh Hebat Sangat?

Adib bukan jenis cakap nak hafaz, tapi tak buat apa. Dia memang berdisiplin setiap hari.

Antara rutin hariannya:
* Ulang baca ayat hafazan
* Tulis balik ayat Al Quran untuk kuatkan ingatan
* Jaga pemakanan, tak makan benda masam supaya badan lebih segar

Katanya lagi,
“Untuk hafaz Quran kita kena ada niat, dan kena sungguh-sungguh. Setiap hari saya cuba hafaz 8 hingga 9 helai muka surat dan saya elakkan makanan masam,” katanya ketika ditemui.

Ads

Fuhh, dengar pun dah penat… tapi Adib tetap buat dengan semangat! Inilah semangat yang patut dicontohi, terutama bagi sesiapa yang nak mengekalkan motivasi dalam perjalanan ilmu masing-masing. Kisah Adib yang hafaz 30 juzuk ini membuktikan bahawa disiplin harian boleh menghasilkan sesuatu yang besar.

Ada Idola Yang Jadi Pencetus Semangat

Kata Adib, dia sebenarnya dapat inspirasi daripada ketua pengawas sekolahnya yang pernah hafaz 30 juzuk dalam masa dua tahun. Bila tengok orang lain boleh buat, Adib pun pasang tekad. Hasilnya? Dia berjaya siapkan hafazan lebih cepat daripada seniornya.

Itulah namanya semangat tak mudah mengalah! Ramai pelajar sebenarnya boleh berjaya seperti Adib, asalkan mempunyai contoh tauladan yang baik dan kemahuan yang kuat.

Ads
Adib Sufyan Hafaz 30 Juzuk Dalam 5 Bulan, Hebatnya!
Diraikan dalam satu majlis.

Majlis Penghargaan Paling Meriah

Disebabkan prestasi luar biasa tu, sekolah buat majlis khas untuk meraikan Adib. Dan yang paling best… Adib dapat sumbangan wang tunai daripada YaPEIM dan tajaan umrah daripada Qashwa Travel! Rezeki anak yang gigih berusaha. Majlis ini turut menunjukkan betapa usaha seperti Adib ini dihargai oleh masyarakat dan institusi pendidikan.

Program Insentif Hafazan Yang Mantap

Menurut YaPEIM, Adib ialah salah seorang daripada 200 pelajar sekolah itu yang dapat insentif hafazan. Jumlah keseluruhan sumbangan ialah RM45,000 daripada YaPEIM dan MAIWP.

Ads

Program ni dibuat untuk galakkan lebih ramai pelajar rapat dengan Al Quran. Usaha baik macam ni memang patut dicontohi! Bila program sebegini dijalankan secara konsisten, lebih ramai boleh mencapai kejayaan seperti Adib..

Apa Pengajaran Untuk Kita?

Kisah Adib tunjuk:
✔️ Umur bukan halangan
✔️ Disiplin boleh buat kita capai benda besar
✔️ Sokongan keluarga dan guru sangat penting
✔️ Bila ada niat dan kerja kuat, Allah bukakan jalan

Kalau Adib boleh hafaz 30 juzuk dalam masa singkat, kita pun boleh capai impian kita sendiri. Mungkin bukan hafazan, tapi cita-cita kita dalam pelajaran, sukan, seni atau apa saja. Yang penting, jangan putus asa!

 

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads