Baru-baru ini, ramai pengguna TikTok terkejut dengan dua watak animasi yang pelik tapi lucu,Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala! Dua karakter AI ini memang kelakar, bukan saja membuat orang ketawa, tapi juga membuat ramai tertanya-tanya siapa mereka sebenarnya?

Kelakar Tapi Hati-Hati Dengan Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala!

Siapa Sebenarnya Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala?

Tung Tung Sahur ialah makhluk kayu yang membawa pemukul dan suka berdiri di hadapan pos ronda pada waktu malam. Macam menakutkan, kan? Sementara itu, Tralalero Tralala pula ialah seekor ikan jerung (hiu) yang mempunyai tiga kaki dan memakai kasut sukan biru! Aneh tapi benar. Kedua-dua watak ini dicipta menggunakan teknologi AI atau kecerdasan buatan. Sebab itu rupanya nampak pelik dan luar biasa!

Kenapa Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala Jadi Viral?

Semuanya bermula apabila video tentang dua watak ini dimuat naik di TikTok dan menjadi tular dengan pantas! Ramai yang menonton, meniru, dan membuat versi lucu mereka sendiri. Video asalnya mendapat lebih 49 juta tontonan! Wah, ramai betul yang tertarik dengan fenomena Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala ni!

Ads

Kelakar Tapi Hati-Hati Dengan Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala!

Bahaya Tersembunyi di Sebalik Fenomena Tung Tung Sahur

Walaupun nampak menghiburkan, video seperti ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak. Ada yang mungkin takut nak tidur malam, atau mula berasa risau bila nampak benda pelik di skrin.

Ads

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, Pn. Nurul Utami, jika anak-anak terlalu kerap menonton video yang menakutkan atau tidak mendidik, otak mereka boleh jadi ‘penat’ dan susah untuk fokus. Keadaan ini dipanggil brain rot. Ia boleh menyebabkan kanak-kanak cepat bosan belajar, kurang tumpuan, dan mudah marah.

Tips Bijak Menonton Video di TikTok

Supaya kita semua selamat dan gembira ketika menonton, jom ikut tips ni!

Ads
  • Tanya Ibu Bapa Dulu! Sebelum tonton video baru di TikTok atau YouTube, minta izin dan pendapat ibu bapa.
  • Pilih Video Bermanfaat. Cari video yang mengajar sesuatu seperti sains, seni, atau kisah haiwan.
  • Elak Video Seram. Kalau video tu nampak pelik atau menyeramkan, terus scroll je!
  • Banyakkan Aktiviti Seronok. Main di luar, membaca, atau melukis juga boleh jadi menyeronokkan tanpa skrin!

Kesimpulan: Jadilah Penonton Bijak di Era AI

Internet memang seronok, tapi kita mesti bijak memilih apa yang kita tonton. Jangan biarkan video pelik atau menakutkan seperti Tung Tung Sahur dan Tralalero Tralala ganggu hati dan fikiran kita. Jadilah pengguna media sosial yang pintar dan positif!

Dunia digital penuh warna-warni, tapi kebijaksanaan dan bimbingan ibu bapa menjadikan kita lebih selamat dan gembira!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi