Dalam episod BK Explorer kali ini, team Bintang Kecil (BK) telah mencabar 2 ahli BK Skuad iaitu Dhania dan Farha untuk merentap dalam Laser Battle di Laser Battle, Tropicana Garden Mall.
Sebelum memulakan pertarungan, macam biasa kami diberikan sedikit penerangan mengenai permainan ini oleh pihak Laser Battle.
Ads
Sebelum memulakan permainan, kami diminta untuk memakai vest keselamatan.
Ads
Jadi korang jangan risau kerana faktor keselamatan memang dititik berat kepada setiap peserta.
Ads
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan kembar empat, Firas, Noah, Farouq dan Naaz yang pernah tular ketika mereka lahir kini sudah pun melangkah ke alam persekolahan.
Keempat-empat mereka cukup bersemangat bangun awal pagi untuk melangkah di hari pertama mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Abdul Rahman 1.
Ujar ibunya, Sharisa Hussein, 38, yang juga seorang arkitek, keempat-empat anaknya cukup bersemangat untuk ke sekolah.
“Alhamdulillah. Selepas membuat persiapan empat minggu, akhirnya kembar kami menjejaki darjah satu,” kongsinya.
Katanya, dia dan suami, Saifuddin Hilmi, 39, yang juga jurutera teknologi maklumat serta ibu mentua, Zainab Abdullah Harun, 60, bangun seawal 5 pagi bagi membuat persiapan untuk empat cahaya matanya termasuk menyediakan bekal makanan.
“Saya akui sangat teruja melihat anak melangkah ke alam persekolahan, walaupun sebelum ini saya hantar mereka ke tadika, namun perasaan itu tidak sama,” katanya.
Empat anak citarasa berbeza, sebulan buat persiapan
Menurutnya, bagi mempersiapkan empat kembarnya ke sekolah, dia dan suami sudah pun membuat persiapan lebih awal agar tidak kelam kabut.
“Kami ambil masa sebulan untuk menyediakan kelengkapan dan semua persiapan ini memakan kos RM2,000. Kembar kami akan pilih beg sekolah ikut citarasa masing-masing.
“Mereka tidak sabar untuk bersekolah, kerap bertanya bila mahu ke sekolah,” katanya.
Menurutnya, dia juga akan meminta guru untuk mengasingkan anaknya kepada dua kelas supaya mereka akan lebih fokus dalam pembelajaran.
Sharisa berkata, keluarganya memberi tumpuan terhadap prestasi akademik kembar itu sejak tadika, malah dia dan suaminya akan bergilir-gilir meluangkan masa untuk memantau pendidikan anaknya.
“Kami juga dibantu dengan idea kreatif daripada ahli keluarga untuk menyediakan kuiz, sesi melukis dan sebagainya bagi memupuk minat dalam pelajaran.
“Kembar kami memiliki cita-cita berbeza… Firas mahu jadi doktor, Noah pula pakar arkeologi, Farouq (anggota bomba) dan Naaz (juruterbang).
“Sebagai ibu bapa kami akan memberi semangat dan dorongan kepada mereka mengikut minat masing-masing,” katanya yang melatih anaknya supaya lebih berdisiplin dengan menyediakan jadual harian.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Nugget yang rangup, sosej yang masin, dan kentang goreng yang krup krup memang susah nak ditolak. Baru nampak atas meja pun dah buat perut rasa lapar. Tak pelik pun kalau budak-budak selalu minta makanan ni, sebab rasanya memang sedap dan senang dimakan.
Tapi pernah tak terfikir, kenapa mak ayah selalu pesan jangan makan selalu? Rupanya, makanan seperti nugget sosej dan kentang goreng ni ada cerita lain yang kita kena tahu.
Nugget dan sosej biasanya dibuat melalui proses yang panjang. Dalam proses tu, banyak garam dan lemak ditambah supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama. Bila kita makan terlalu kerap, badan akan rasa cepat haus, mudah letih dan kurang bertenaga walaupun tak buat aktiviti berat.
Bagi kanak-kanak, pengambilan nugget sosej dan kentang goreng secara kerap boleh ganggu keseimbangan tenaga harian mereka. Badan jadi cepat lesu, susah nak fokus di sekolah dan kurang aktif semasa bermain.
Kalau dibiarkan lama-lama, tabiat ni boleh buat badan susah nak kekal sihat bila dah besar nanti.
Badan kanak-kanak sedang membesar setiap hari. Tulang makin panjang, otot makin kuat, otak pun tengah belajar banyak benda baharu. Semua ni perlukan nutrien yang cukup seperti protein, vitamin dan mineral.
Walaupun nugget dan sosej ada daging, kebanyakannya sudah diproses dan dicampur dengan bahan lain. Zat penting yang badan perlukan jadi tak sebanyak makanan segar seperti ikan, ayam, telur, sayur dan buah.
Sebab itu, jika nugget sosej dan kentang goreng dijadikan makanan harian, badan mungkin kenyang tetapi sebenarnya masih “lapar” nutrien.
Kentang goreng memang cepat buat perut rasa kenyang, tapi rasa tu tak tahan lama. Minyak yang banyak buat badan rasa lapar semula dalam masa singkat.
Sebab tu ada budak yang baru lepas makan kentang goreng, tak lama lepas tu dah minta snek lagi. Badan sebenarnya masih perlukan makanan yang betul untuk beri tenaga tahan lama.
Kalau selalu makan makanan masin dan rangup, lidah kita akan terbiasa dengan rasa yang kuat. Lama-kelamaan, makanan sihat seperti sayur dan buah akan terasa hambar walaupun sebenarnya baik untuk badan.
Bila keadaan ni berlaku, kanak-kanak akan lebih cenderung memilih nugget sosej dan kentang goreng berbanding makanan rumah yang dimasak segar.
Tak perlu berhenti terus. Makan boleh, tapi biarlah sekali-sekala. Lebih baik kalau nugget dibuat sendiri, dimasak secara bakar atau guna air fryer supaya kurang minyak.
Hidangkan bersama nasi, sayur dan buah supaya makanan jadi lebih seimbang. Dengan cara ni, nugget sosej dan kentang goreng masih boleh dinikmati tanpa menjejaskan kesihatan.
Nugget, sosej dan kentang goreng memang sedap, tapi bukan makanan harian. Bila kita tahu bila masa sesuai untuk makan dan bila masa perlu pilih makanan lain, itu tanda kita bijak jaga badan sendiri.
Sedap itu penting, tapi sihat itu lebih berharga.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mak ayah mana yang tidak rungsing bila anak tidak dengar kata dan keras hatinya. Mak ayah boleh amalkan doa-doa tertentu sebagai amalan harian untuk lembutkan hati anak.
Cuba amalkan doa-doa ini bagi melembutkan hati mereka. Yakinlah dengan kuasa doa.
Selain sentiasa doakan mereka dalam setiap solat kita, doa dan amalan yang dikongsikan oleh ustazah cantik manis kita ini harus kita amalkan. Ada 5 doa dan amalan yang patut kita cuba. Jangan culas.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah kita ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!