Adik-adik suka berenang tak? Suka? Ha, kita ada satu akademi renang tau!
Boleh sertai kelas renang Super Saver di Sailfish Swim Academy sekarang!
Mesti ibu dan ayah kata “Mahal lah, tak payah lah masuk” Tak apa, jangan risau! Kini, Sailfish Swim Academy telah berusaha untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak, terutama dari keluarga B40 atau berpendapatan rendah, dapat belajar renang dan kemahiran keselamatan air.
Ads
Dengan hanya RM120 sebulan, adik-adik yang berumur lima sehingga 16 tahun mempunyai peluang untuk belajar kemahiran renang asas di lokasi-lokasi hebat seperti Tropicana, Berjaya, dan Bukit Kemuning.
Ads
Best sangat! Setiap minggu ada jurulatih yang berpengalaman yang akan ajar adik-adik.
Adik-adik boleh tingkatkan keyakinan, kecergasan dan belajar cara kekal selamat di dalam air.
Ads
Mana tahu, adik-adik berbakat dalam renang, boleh merealisasikan impian atau cita-cita adik sebagai juara renang masa depan, Sailfish Swim Academy adalah tempat terbaik untuk memulakan perjalanan renang adik-adik.
Jangan lepaskan peluang ini untuk belajar dan berkembang melalui aktiviti renang yang menyeronokkan. Daftar sekarang dan mulakan pengembaraan baru dalam sukan renang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap tahun, mesti ada satu hari yang budak-budak sekolah tunggu dengan penuh debaran. Hari merentas desa! Ada yang teruja nak lari, ada yang takut penat, ada juga yang cuma nak ikut kawan-kawan. Tapi sebenarnya, merentas desa sekolah rendah ni banyak kebaikan, bukan sekadar acara sukan biasa.
Bagi ramai murid, inilah pengalaman pertama mereka berlari jarak jauh di luar kawasan kelas. Walaupun nampak mencabar, aktiviti ini sebenarnya penuh dengan kenangan manis dan pelajaran penting untuk kehidupan.
Merentas desa ialah aktiviti berlari atau berjalan laju dalam jarak tertentu, biasanya dibuat di kawasan luar sekolah seperti padang, taman atau jalan kampung. Untuk murid sekolah rendah, jaraknya tidak terlalu jauh dan disesuaikan dengan kemampuan mereka.
Yang penting, murid digalakkan untuk sampai ke garisan penamat dengan selamat. Tak kisah siapa sampai dulu, yang penting berani cuba dan tak mudah putus asa. Itulah semangat sebenar merentas desa di sekolah.
Sebelum sertai merentas desa, ada beberapa benda penting yang murid perlu sediakan. Persiapan yang betul boleh buat pengalaman ini jadi lebih selesa dan menyeronokkan.
Pakai kasut sukan yang selesa. Jangan pakai kasut yang terlalu ketat atau licin kerana boleh menyebabkan kaki sakit atau tergelincir. Baju sukan pula mestilah ringan dan mudah menyerap peluh.
Malam sebelum acara, tidur awal supaya badan cukup rehat. Pada waktu pagi, makan sarapan ringan seperti roti, biskut atau pisang. Jangan berlari dengan perut kosong kerana boleh menyebabkan pening.
Selain itu, minum air secukupnya sebelum dan selepas larian. Badan yang cukup air akan lebih bertenaga dan tidak cepat letih.
Bila murid berlari, jantung akan berdegup lebih laju. Ini membantu menguatkan jantung dan melancarkan peredaran darah. Paru-paru juga bekerja dengan lebih baik kerana badan menarik nafas lebih dalam.
Aktiviti merentas desa sekolah rendah turut membantu menguatkan otot kaki, tangan dan seluruh badan. Murid yang aktif bergerak biasanya lebih cergas dan tidak mudah penat ketika belajar atau bermain.
Selain itu, murid yang aktif bersukan selalunya lebih sihat dan kurang risiko untuk jatuh sakit. Ini sangat penting dalam usia tumbesaran.
Merentas desa mengajar murid supaya tidak mudah mengalah. Apabila berasa penat, mereka belajar untuk teruskan langkah walaupun perlahan. Ini secara tidak langsung membina kekuatan mental dan keyakinan diri.
Bila berlari bersama kawan-kawan, murid akan rasa lebih berani. Ada yang memberi semangat, ada yang menunggu bersama di garisan penamat. Perasaan kebersamaan ini sangat bermakna.
Pengalaman ini membuatkan murid rasa dihargai, gembira dan lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Ramai murid takut menyertai merentas desa sekolah rendah kerana merasakan diri mereka tidak laju. Sebenarnya, tidak perlu menjadi juara untuk rasa bangga.
Berani mencuba, tidak berhenti di tengah jalan dan berjaya menghabiskan larian sudah cukup membanggakan. Cikgu dan ibu bapa biasanya lebih menghargai usaha berbanding kemenangan semata-mata.
Setiap murid ada keupayaan masing-masing, dan rerentas desa memberi peluang untuk semua mencuba tanpa tekanan.
Rerentas desa bukan sekadar aktiviti lari sampai penat. Ia tentang kesihatan, keberanian, persahabatan dan pengalaman baru yang menyeronokkan.
Jika ada rerentas desa sekolah rendah lagi selepas ini, jangan takut untuk sertai. Pakai kasut, tarik nafas, dan berjalan atau berlari mengikut kemampuan sendiri.
Yang paling penting, cuba dan nikmati keseronokannya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan watak animasi kesayangan ramai, BoBoiBoy. Kali ini, BoBoiBoy kembali lagi dengan misi besar bersama Air Selangor untuk mendidik generasi muda menjadi wira air negara melalui kempen menarik bertajuk Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy.
Watak animasi popular ini sekali lagi turun padang berganding bahu dengan Air Selangor untuk menjelajah ke 15 buah sekolah terpilih sekitar Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Misi utama kempen ini ialah menyemai kesedaran terhadap kepentingan penjimatan dan pemuliharaan air dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Melalui program ini, pelajar bukan sahaja didedahkan tentang kepentingan menjaga sumber air, tetapi juga berpeluang menyertai Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy. Aktiviti menarik dan interaktif ini direka khas bagi memberi kefahaman mendalam kepada generasi muda tentang bagaimana tindakan kecil boleh memberi impak besar terhadap alam sekitar.
BoBoiBoy dan Air Selangor terus komited meneruskan misi mendidik generasi muda. Kali ini, semua sekolah rendah dan menengah di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy 2025!
Selain meningkatkan kesedaran tentang penjimatan air, kempen ini turut menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM15,000 untuk mencantikkan sekolah yang berjaya menunjukkan semangat jimat air yang terbaik. Ia merupakan peluang hebat untuk sekolah memperbaiki kemudahan sambil memupuk nilai tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Jadi, apa tunggu lagi? Ajak rakan-rakan, guru, dan seluruh warga sekolah untuk sertai Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy! Setiap titisan air amat berharga — jadilah sebahagian daripada perubahan positif untuk bumi kita.
Ingat, jimat air hari ini, demi masa depan esok!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang budak lelaki berumur 12 tahun, Muhammad Naim Mohd Zahir Alam terkorban selepas menunjukkan keberanian yang sangat luar biasa apabila dia cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di sungai. Walaupun dia tidak pandai berenang, dia tetap terjun ke dalam air kerana tidak sanggup melihat rakannya dalam bahaya.
Ibu kepada Muhammad Naim, Maizatuakma Zakaria, berkongsi dengan suara yang penuh sebak. Katanya, rakannya selamat, tetapi anaknya pula tidak dapat diselamatkan. Hati siapa yang tidak hancur bila dengar kisah begini.
“Anak tidak pandai berenang, tapi dia tetap mahu selamatkan rakan. Rakan selamat tapi dia yang lemas.
“Saya dimaklumkan rakan dia mandi dan dua daripadanya lemas. Muhammad Naim telah turun ke dalam air untuk selamatkan rakannya itu dan sempat dihalang oleh salah seorang lagi rakan tapi dia tetap berbuat demikian,” katanya sebak.
Muhammad Naim pergi ke sungai bersama tiga orang rakannya selepas pulang dari sekolah. Dia masih memakai baju sekolah dan belum sempat makan atau minum. Bila dua orang rakannya hampir lemas, Muhammad Naim terus masuk ke sungai untuk membantu. Seorang lagi rakan sempat menahannya, tetapi dia tetap berani mencuba.
Keberanian Muhammad Naim sangat luar biasa. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kawan.
Di rumah, Muhammad Naim ialah anak ketiga daripada lima beradik. Dia sangat rapat dengan ayahnya dan selalu membantu keluarga. Beberapa hari sebelum kejadian, ibunya perasan sesuatu yang berbeza. Biasanya Muhammad Naim berbasikal ke sekolah, tetapi kebelakangan ini dia dihantar oleh ibunya. Dia juga sangat penyayang kepada adik bongsunya yang berumur lima tahun dan sering menemani adiknya ke sekolah.
Ada satu perkara kecil yang membuatkan ibunya sangat terkilan. Muhammad Naim pernah meminta dibelikan pakaian sukan baharu untuk sekolah. Namun permintaan itu ditangguhkan dan dia diminta memakai pakaian lama dahulu. Siapa sangka, itu antara permintaan terakhirnya.
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang. Selepas usaha mencari dan menyelamat dijalankan, jasad Muhammad Naim ditemui pada jam 5.25 petang.
Kisah ini mengajar kita bahawa keberanian itu sangat mulia, tetapi keselamatan diri juga sangat penting. Kalau berdepan dengan bahaya seperti air sungai yang deras, kita mesti segera minta bantuan orang dewasa atau pihak yang lebih mahir.
Muhammad Naim pergi sebagai seorang wira kecil. Keberaniannya akan sentiasa dikenang dan menjadi pengajaran buat kita semua agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan. Al-Fatihah buat Muhammad Naim.
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!