
Tirai malam Konsert Akhir The Chosen One XTRA 2025 disingkap dengan satu persembahan luar biasa Iaman dan kumpulan Saputra bukan sahaja memukau, malah menggegarkan pentas bertenaga! Di bawah bimbingan jurulatih hebat, Naqiu, mereka berjaya menyinar dengan gabungan vokal mantap dengan susunan pentas yang menghiburkan. Membawa pulang gelaran juara dan hatrik anugerah malam itu. Kehebatan mereka yang dibuktikan melalui lagu Ayuh, Evo, Joget Angan Tak Sudah dan Ya La Dan (lagu asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini) menjadi titik tumpuan!
Menjadi juara bukanlah sekadar gelaran tetapi sebuah kemenangan disulami pengiktirafan mereka membawa pulang RM40,000 beserta trofi kejuaraan. Lebih manis, persembahan mereka diangkat sebagai Persembahan Terbaik dan diberi bonus tambahan RM10,000, yang menambah kemanisan malam kemenangan itu.
Tidak ketinggalan, Naqiu merangkul gelaran Coach Terbaik, lengkap dengan trofi dan wang tunai RM10,000, selepas berjaya menyemarakkan kreativiti dan kekuatan vokal anak didiknya di pentas akhir. Sementara itu, pasukan Achey yang diwakili Rayyan dan Dahlya menduduki tempat kedua membawa pulang RM30,000, diikuti Alif dan Yusof dari pasukan Usop di tempat ketiga dengan RM20,000 dan pasangan Iman & Adawiya dari pasukan Nikki di tempat keempat dengan hadiah RM10,000.

Konsert akhir tersebut disiarkan secara langsung dari Visual Three Studio, dengan barisan juri profesional bertaraf legenda Datuk Ramli MS, Datuk M. Nasir, Datuk Awie dan Sharifah Shahirah yang memberikan ulasan kritikal dan membakar semangat peserta sepanjang malam. Hos untuk malam penuh emosi ini adalah Nabil Ahmad dan penonton boleh menyaksikannya di Astro Ceria (saluran 611), juga distrim melalui Astro GO dan sooka.

Kemenangan Iaman & kumpulan Saputra bukan sahaja menandakan kejayaan sebuah kumpulan bakat cilik, tetapi juga simbol bahawa bakat, keberanian dan demonstrasi seni pentas yang padu mampu menambat hati juri dan penonton. Persembahan mereka mencerminkan evolusi dalam pertandingan bakat bukan sekadar nyanyian, tetapi sebuah pengalaman seni penuh tenaga, gandingan vokal dan keaslian. Memang layak lah mereka menjadi penggerak utama juara The Chosen One XTRA 2025.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







