Di tengah keheningan hutan yang luas, hiduplah seekor gajah yang besar dan kuat. Namun, disebalik kekuatannya, tersembunyi rasa kesepian yang mendalam.
Gajah itu tidak memiliki sahabat untuk berbahagi cerita dan kegembiraan. Dalam kesedihannya, gajah memutuskan untuk berjalan mencari sahabat. Perjalanannya dimulai dengan bertemu seekor monyet yang lincah, namun monyet tersebut menolak untuk berkawan dengannya dengan alasan gajah terlalu besar.
Kemudian, gajah bertemu dengan musang dan rusa, yang sama-sama menolaknya kerana takut akan kebesaran dan kekuatan gajah. Namun, takdir membawa cerita yang berbeza ketika ada khabar angin mengatakan bahawa harimau ingin memakan kesemua haiwan di dalam hutan.
Ads
Gajah, dengan hati yang berani, memutuskan untuk berhadapan dengan harimau tersebut. Dengan kekuatan dan keberaniannya, gajah berhasil menghalau harimau itu dan menyelamatkan semua haiwan di hutan.
Ads
Keberanian gajah merubah pandangan semua haiwan terhadap dirinya. Mereka menyedari bahawa kekuatan gajah tidak hanya luaran, tetapi juga hatinya yang besar dan berani.
Ads
Haiwan-haiwan di hutan pun akhirnya menerima gajah sebagai sahabat mereka.
Kisah gajah mencari sahabat ini mengajarkan kita tentang pentingnya keberanian, belas kasihan, dan tidak menghakimi orang lain dari luar sahaja. Gajah, yang awalnya kesepian kerana penolakan, akhirnya diterima dan dihargai kerana tindakannya yang mulia
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Hajat seorang anak kecil yang ingin membuang air kecil tidak berjaya apabila cedera selepas dipatuk ular sawa yang bersembunyi di mangkuk tandas di rumahnya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati.
Menerusi laporan Berita Harian, kejadian dilaporkan jam 11 pagi ketika kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Hadi masuk ke tandas di bilik tidur utama kediaman empat tingkat itu.
Ibunya, Adibah Aziz berkata anak lelakinya itu dipatuk ular berkenaan ketika membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil.
“Masa itu saya sedang memasak di dapur sebelum terdengar anak saya menjerit dan meluru keluar dari bilik dengan darah sedang menitik-nitik.
“Dia (Hadi) memaklumkan telah dipatuk ular sebelum saya keluar meminta bantuan jiran-jiran untuk segera menghubungi ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Ketika kejadian hanya saya, Hadi dan seorang lagi anak saya berusia setahun berada di rumah,” katanya kepada BH lewat malam tadi.
Adibah berkata, anaknya itu kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang sebelum ditahan untuk rawatan susulan.
“Hadi mengalami kecederaan pada celah kelengkang dan tangan akibat terkena gigitan ular sawa itu. Alhamdulillah doktor memaklumkan dia berada dalam keadaan stabil.
“Saya tidak menafikan faktor kediaman kami yang terletak berhampiran dengan Zoo Negara serta dikelilingi kawasan hutan menjadi sebab ular banyak ditemui di kawasan kediaman kami,” katanya.
Sementara itu, APM Daerah Gombak memaklumkan pihaknya bergegas ke lokasi pada jam 12.45 tengah hari sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang rasa penting ke cari sekolah terbaik untuk kita belajar? Mestilah penting sebab sekolah yang terbaik boleh membantu kita jadi lebih baik dari sistem pembelajaran hinggalah buat aktiviti.
Jadi apa agaknya sekolah terbaik di Malaysia? Untuk ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak yang bakal melangkah ke Tahun 1, senariai sekolah terbaik ini diharapkan boleh membantu.
Pemilihan sekolah rendah terbaik di Malaysia bukan lagi soal akademik semata-mata. Ibu bapa hari ini lebih bijak menilai aspek keseluruhan termasuk pembangunan sahsiah, aktiviti kokurikulum, kemudahan pembelajaran moden serta persekitaran yang positif. Semua ini penting bagi membentuk anak yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga matang dari segi emosi dan sosial.
Berikut senarai 8 sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 yang sering menjadi tumpuan ibu ayah kerana prestasi akademik yang konsisten, suasana pembelajaran kondusif dan pendekatan holistik dalam mendidik generasi muda.
Sekolah ini antara yang paling berprestij di ibu kota. SK Seri Bintang Utara dilengkapi kemudahan pembelajaran moden termasuk makmal komputer berteknologi tinggi dan pendekatan berasaskan STEM. Sekolah ini juga aktif dalam pertandingan robotik dan inovasi antarabangsa, menjadikan muridnya berfikiran kreatif dan progresif.
Alamat: Jalan 3/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Menjadi kebanggaan rakyat Kelantan, SK Zainab (2) terkenal dengan budaya disiplin tinggi dan pencapaian akademik yang mantap. Muridnya bukan sahaja aktif dalam bidang akademik, malah menyerlah dalam kokurikulum seperti bahas, nasyid dan pidato. Sekolah ini menitikberatkan nilai sopan santun dan akhlak mulia dalam setiap aktiviti.
Alamat: Jalan Telipot, Kampung Kesina Dua, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Sekolah ini menonjol kerana kejayaan pelajarnya dalam bidang inovasi dan teknologi. SK Bandar Uda (2) sering menjadi wakil negeri dalam pertandingan rekacipta dan memiliki program khas yang mengasah daya fikir kreatif pelajar. Ia juga antara sekolah pilihan utama di selatan tanah air.
Alamat: Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
SK Bukit Damansara sinonim dengan komuniti ibu bapa yang aktif dan kerjasama erat antara guru serta PIBG. Sekolah ini menekankan keseimbangan antara akademik, seni dan sahsiah. Suasana pembelajarannya yang ceria dan dinamik menjadikan anak-anak seronok datang ke sekolah setiap hari.
Alamat: Jalan Beringin, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Sekolah ini sering mendapat perhatian kerana pendekatan pengajaran moden dan program literasi digital untuk murid tahap awal. SK TTDI (1) bukan sahaja menekankan akademik, tetapi juga pembangunan karakter dan kemahiran sosial pelajar melalui pelbagai aktiviti kokurikulum.
Alamat: Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Sekolah Convent Muar mempunyai sejarah panjang dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berakhlak dan cemerlang. Pendekatan pendidikannya menekankan nilai moral, kepimpinan dan kesopanan — menjadikan ia antara sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 di negeri Johor.
Alamat: 100, Jalan Daud, Taman Sri Maharani, 84000 Muar, Johor
Sekolah ini semakin menyerlah dengan peningkatan prestasi akademik saban tahun serta penglibatan aktif dalam program STEM dan sains pertanian. SK Seri Biram turut menjadi contoh sekolah luar bandar yang berjaya memupuk semangat komuniti dan gotong-royong antara ibu bapa, pelajar dan guru.
Alamat: Jalan Engku Muda Mansor, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang
Bagi ibu ayah yang menetap di luar Semenanjung, dua sekolah ini antara pilihan terbaik. SK Tanjung Aru (II) di Sabah dan SK Dato Keramat di Pulau Pinang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang menerusi pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan inovasi komuniti. Anak-anak di sini dilatih berfikir secara kritikal dan bekerjasama dalam kumpulan.
Memilih sekolah rendah terbaik di Malaysia 2026 untuk anak bukan sekadar tentang keputusan peperiksaan. Ia tentang memilih tempat yang mampu membentuk anak menjadi insan beradab, berdikari dan berdaya saing. Luangkan masa untuk meninjau sekolah, berbual dengan guru, serta lihat sendiri suasana persekitarannya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi kanak-kanak yang baru mencuba untuk berpuasa pastinya satu cabaran buat mereka. Apa kata kita bantu anak-anak dengan bacakan doa mudah ini. Pasti anak boleh tahan lapar sampai caktu berbuka. Jom cuba!
Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, doa hilangkan dahaga yang boleh dibaca selepas bersahur adalah surah al-Kautsar dan diulangi sebanyak 7 kali. Dengan izinNya, anda tidak akan rasa haus sehingga waktu berbuka.
Selain itu, anda juga boleh amalkan minum air nabeez ketika bersahur dan meningkatkan pengambilan protein. Hal ini kerana ia dapat membantu hidrasikan tubuh badan.
Minuman sunnah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam tempoh berpuasa.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!