Cuti sekolah dah nak dekat? Tak tahu nak buat apa? Jangan risau, dapat 5 aktiviti yang menarik dan tidak membosankan yang boleh adik-adik lakukan cuti sekolah ini!

Antara aktiviti yang menarik ialah:
Berkemah di Rumah:


Adik-adik ingat berkhemah ni tak sesuai dekat rumah ke? Kalau adik-adik nak tahu, berkhemah ini tidak hanya di luar seperti sungai atau pantai tau. Kita boleh berkhemah di rumah juga.

Mesti best kan, sebab adik-adik boleh belajar memasang khemah. Nak pasang khemah dekat mana ni? Khemah boleh dipasang di ruang tamu atau halaman belakang, sambil berkhemah, adik-adik boleh menonton cerita menarik dan makan bersama keluarga. Jangan lupa aktiviti BBQ bersama-sama, boleh makan banyak-banyak!

Jelajah Alam Semula Jadi:


Adik-adik suka alam semula jadi? Alam semula jadi ni apa? Alam semula jadi ni benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi dipermukaan muka bumi ni!

Jadi, adik-adik boleh meluangkan masa dengan berjalan kaki di taman, hutan, atau pantai. Mesti adik-adik suka haiwan dan tumbuh-tumbuhan kan! Nikmati keindahan alam sambil bersenam. Selain itu, adik-adik dapat mempelajari lebih mendalam tentang alam semula jadi. Suka kan?

Belajar Kemahiran Baru:


Adik-adik tak nak keluar rumah? Adik-adik boleh memanfaatkan cuti sekolah dengan belajar sesuatu yang baru seperti bermain alat muzik, menulis blog, atau mengambil gambar.

Jangan lupa adik-adik boleh minta pertolongan dengan ibu dan ayah tau! Dengan ini, adik-adik boleh memanfaatkan bakat yang ada, ibu bapa juga boleh merealisasikan bakat-bakat terpendam anak-anak!

Berkebun:


Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menanam pokok atau bunga di halaman rumah ketika cuti sekolah ini.

Macam best kan? Adik-adik boleh belajar tentang tanaman sambil menghias rumah dengan hijau-hijauan! Tumbuh-tumbuhan kan bagi kita oksigen. Nanti adik-adik boleh lah hirup udara yang segar dan sihat!

Tonton Movie:


Eh, ada cerita baharu lah dekat pawagam! Adik-adik kena ajak keluarga pergi tengok bila cuti sekolah ni. Bestnya, nikmati movie baharu bersama-sama keluarga sambil makan popcorn!

Sertai Aktiviti Sukarelawan:


Ibu dan ayah boleh bawa anak-anak mengikuti dalam program sukarelawan di komuniti. Dekat aktiviti ini, adik-adik boleh membantu orang yang dalam kesusahan dan Selain membantu orang lain, ini juga memberi kepuasan dan pengalaman berharga.