Kanak-kanak boleh berkembang sebagai pelajar yang lebih aktif apabila mereka berseronok dalam persekitaran permainan yang kondusif untuk pembelajaran.
Permainan otak terbaik ialah permainan yang boleh memberi tumpuan kepada bidang tertentu perkembangan anak anda.
Aktiviti permainan untuk kanak kanak ini memberi kesan positif kepada kemahiran motor, ingatan-ingatan lisan, pengecaman dan pengesanan corak, serta lain-lain lagi.
Ini antara yang paling mudah dan terbaik untuk perkembangan minda kanak-kanak :
Susun Suai Gambar (Jigsaw Puzzle)
Bermain puzzle merupakan antara permainan klasik kanak-kanak sejak dahulu lagi. Permainan ini sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus, pengesanan corak, pengecaman imej dan penyelesaian masalah.
Kanak-kanak juga boleh belajar tentang kerjasama untuk menyelesaikan tugasan, serta kemahiran penting yang berkaitan dengan kepuasan tertunda setelah menyelesaikan puzzle.
Bercerita Dengan Satu Perkataan
Ads
Anda boleh mengajak semua anak-anak anda atau kanak-kanak lain untuk bermain permainan ini. Berikan perkataan tertentu kepada setiap kanak-kanak dan minta mereka untuk membuat cerita ringkas dengan menggunakan perkataan tersebut.
Aktiviti ini boleh membantu mencetuskan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam diri kanak-kanak dan meningkatkan pemahaman mereka tentang bahasa.
Bermain Tanah Liat
Bermain tanah liat juga amat baik untuk perkembangan minda anak anda, lebih-lebih lagi tanah liat dengan pelbagai warna. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, tanah liat berwarna-warni sangat sesuai untuk mengajarkan mereka menentukan warna yang betul.
Selain itu, membentuk tanah liat dengan menggunakan tangan mereka sendiri dapat merangsang motor halus selain mengembangkan bakat kreatif anak anda.
Blok & Mainan Binaan
Ads
Pemainan blok dipercayai dapat merangsang pertumbuhan otak dalam semua aspek perkembangan. Malah ada kajian membuktikan kanak-kanak yang bermain blok secara kerap ketika berusia 3, 4 dan 5 tahun akan lebih baik dalam pelajaran matematik, khususnya algebra apabila berada di sekolah menengah.
Terdapat banyak pilihan blok dan set pembinaan yang menyeronokkan untuk dipertimbangkan, termasuklah blok kayu dan lego.
Mainan Budak #Pretend play
Pretend play atau role play, merupakan permainan dramatik yang mempunyai manfaat kognitif, sosial dan emosi yang terbaik.
Ads
Ini kerana melalui permainan seperti ini, contohnya bermain masak-masak, doktor atau guru, anak akan mula menerokai apa yang disukai, diminati dan menjelajahi dunia di sekeliling mereka. Permainan ini juga memberi peluang kepada anak untuk belajar sesuatu perkara baharu berkaitan kehidupan.
Kanak-kanak sedang membina kemahiran sosial dan emosi, menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks, belajar membaca isyarat sosial, berkongsi, bergilir-gilir dan banyak lagi apabila mereka terlibat dalam permainan dramatik.
Mainan yang menyokong permainan ini termasuk perabot saiz kanak-kanak, pakaian dan solekan, anak patung dan pakaiannya, makanan plastik, mesin tunai, alat permainan pengangkutan dan sebarang barangan kreatif membolehkan anak ‘berlakon’ (pretend).
Kit Seni & Kraf
Seni dan kraf merupakan antara permainan yang digemari kanak-kanak. Berikan anak kertas, pensel warna, krayon dan gunting yang selamat untuk mereka.
Lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila berjaya menghasilkan potongan bentuk unik. Berikan sokongan dan percayalah ia akan terus meningkatkan motivasi mereka untuk lebih berimaginasi dan menjadi kreatif.
Berikan putik kapas atau bebola kapas untuk dicelup dalam warna air dan lihat bagaimana mereka menghasilkan lukisan seperti Leonardo da Vinci junior.
Namun anda perlu memantau kerana anak mungkin ‘tergoda’ untuk menconteng dinding! Untuk menghindari perkara ini anda boleh menampal kertas besar pada dinding dengan menggunakan pita pelekat.
Bagi kanak-kanak yang baru mencuba untuk berpuasa pastinya satu cabaran buat mereka. Apa kata kita bantu anak-anak dengan bacakan doa mudah ini. Pasti anak boleh tahan lapar sampai caktu berbuka. Jom cuba!
Menerusi perkongsian di laman TikTok itu, doa hilangkan dahaga yang boleh dibaca selepas bersahur adalah surah al-Kautsar dan diulangi sebanyak 7 kali. Dengan izinNya, anda tidak akan rasa haus sehingga waktu berbuka.
Selain itu, anda juga boleh amalkan minum air nabeez ketika bersahur dan meningkatkan pengambilan protein. Hal ini kerana ia dapat membantu hidrasikan tubuh badan.
Minuman sunnah ini bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan, terutama dalam tempoh berpuasa.
Pada suatu masa, di zaman Nabi Ibrahim AS, terjadi peristiwa yang amat bererti dan mengandung pelajaran berharga bagi kita semua. Kisah ini menceritakan tentang keteguhan iman Nabi Ibrahim a.s dalam menghadapi ujian yang luar biasa.
Nabi Ibrahim alaihissalam hidup di tengah-tengah masyarakat yang menyembah berhala. Patung-patung yang tidak bernyawa ini dijadikan sembahan, termasuk oleh keluarga Nabi Ibrahim sendiri.
Namun, dengan kepekaan rohani yang tinggi, Nabi Ibrahim merasa ada yang salah dengan cara tersebut. Beliau mulai bertanya-tanya tentang pencipta alam semesta yang sebenarnya, yang kemudian membawanya pada keimanan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Sang Pencipta yang Maha Esa.
Ketika Nabi Ibrahim menyampaikan seruan keimanan kepada masyarakatnya, beliau mendapat tentangan keras. Bahkan, kerana seruannya itu, Nabi Ibrahim dianggap sebagai ancaman oleh pemerintah negeri, yang saat itu dipimpin oleh Raja Namrud, seorang penguasa yang terkenal kejam.
Akibatnya, Nabi Ibrahim ditangkap dan dijatuhi hukuman untuk dibakar hidup-hidup.
Namun, ketika Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak, Allah Subhanahu Wa Ta’alamemerintahkan api tersebut menjadi sejuk dan tidak membahayakan Nabi Ibrahim.
Ini merupakan mukjizat yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT dan perlindungan-Nya kepada hamba yang beriman.
Pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini sangat mendalam. Pertama, kisah ini mengajarkan kita tentang pentingnya bertanya dan mencari kebenaran.
Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak menerima begitu saja apa yang diwarisi dari budaya dan tradisi, melainkan mencari kebenaran dengan pertanyaan-pertanyaan serius.
Kedua, kisah Nabi Ibrahim a.s juga mengajarkan kita tentang keberanian dalam memegang teguh kebenaran. Meskipun dihadapkan pada ancaman dan bahaya yang nyata, Nabi Ibrahim tetap berdiri teguh dengan keimanannya.
Terakhir, kisah ini mengingatkan kita bahawa dalam menghadapi masalah atau ujian, kita harus selalu mengingat Allah SWT dan meminta pertolongan kepada-Nya.
Seperti Nabi Ibrahim yang tetap tenang dan tawakal ketika menghadapi ujian, kita juga diajak untuk memiliki kepercayaan yang kuat kepada Allah SWT dalam setiap situasi.
Kisah Nabi Ibrahim a.s dan api yang marak ini merupakan salah satu dari banyak kisah dalam Islam yang kaya akan hikmah dan pelajaran.
Mari kita ambil inspirasi dari keteguhan dan keimanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam menjalani hidup ini dengan penuh keberanian dan kepercayaan kepada allah SWT.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih.
“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook petang semalam.
Menurut Armizan, jualan ini meliputi pelbagai barangan seperti pakaian sekolah, pakaian kokurikulum, kasut, alat tulis dan keperluan lain yang boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan.
Berikut merupakan info grafik lokasi bagi Perlis dan Putrajaya sepanjang bulan Febuari untuk Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ tahun ini mengikut negeri.
Perlis
Putrajaya
Manakala negeri-negeri lain adalah seperti berikut:
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...