Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.
Barisan finalis Top 10 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023
Pun begitu di acara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies,12, Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.
Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!
Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.
Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.Penuh yakin menari tarian viral di TikTok, comel dengan aksi lincah menari. Selain tampil berbusana tradisonal, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.
Ads
Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka-teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.
Farisha dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama!
Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan ICE WATCH, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.
Ads
Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, Farisha bersama rakan-rakan Dewi yang lain. Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran foto Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH dan hadiah sampingan lain.
Ads
Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Rezeki tak pernah salah alamat. Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik Arman diperlekehkan oleh netizen gara-gara tidak memakai kasut sukan original daripada salah satu jenama terkenal.
Difahamkan kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut original buat anaknya. Pun begitu anak kecil ini amat menghargai pemberian ibunya.
Dek keprihatinan itu, stesen radio terkenal, Era FM menghadiahkan kasut sukan baharu buat adik Arman yang telah berjaya menarik perhatian warganet.
Arman dan keluarga terlebih dahulu di bawa ke konti radio dan ditemubual bersama ibunya.
“Saya rasa macam sedih sebab itu hadiah dari mak.
“Saya rasa macam sebak, walaupun copy original tapi ibu beli bukan murah,” kata adik Arman berkongsi ketika di konti radio.
Menerusi temubual itu, akui ibunya, anak kecilnya itu kelihatan murung selepas membaca komen-komen yang tidak sepatutnya ditinggalkan diruangan komen.
“Waktu dia baca tu, dia terus jadi murung dan terus tidur.
“Saya beli online campur postage tak sampai RM80,” katanya berkongsi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan sekeluarga di sebuah kedai kasut.
Tidak hanya Arman bahkan adik dan abangnya serta kedua ibu bapanya juga turut dibelikan kasut baru. Memang rezeki.
Rata-rata wargamaya memuji Tindakan anak kecil ini malah amat berterima kasih atas keprihatinan stesen radio berkenaan yang prihatin.
Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al-Quran. Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah.
Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi tip anak senang menghafal. Mudah saja caranya. Jom praktik pada anak.
Ni saya bagi lima cara mudah nak anak mudah hafal Al-Quran.
Ni saya praktik pada anak saya sendiri tau dan alhamdulillah memang laju dia hafal. Ada yang beberapa minit je dah hafal.
1. Cari satu potongan ayat pendek dari surah Al-Quran. Jangan terus minta anak hafal seluruh surah
2. Minta anak ulang-ulang baca sebanyak 10 kali ayat tersebut
3. Minta anak baca ayat tu dengan suara yang kuat tau. Anak kita ni ada sisi Auditory mereka yang mana kadang mereka lebih hafal apa yang mereka dengar daripada cuma melihat semata
4. Selepas dah habis baca 10 kali baru suruh anak mula menghafal. Masa tu kita akan tengok anak mudah betul nak hafal ayat Al-Quran tu.
Gambar hiasan
5. Kadang anak kita cuma perlu masa beberapa minit je untuk hafal sebab memori tu jadi kuat dengan “repetition” sepuluh kali bacaan di awal tadi
Cubalah sendiri nanti. Cuma nak lagi mudah gunalah buku Hafazan. Complete arahan dan cara mudah nak hafal semua ada.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menerima 12 jahitan selepas mengalami kecederaan serius akibat terlanggar cermin kaca di sebuah taman awam sekitar Pengerang, Johor, baru-baru ini.
Ibunya, Nurul Shazrina Roslee, 38, berkata, detik cemas yang menimpa anak sulungnya berlaku ketika mereka sekeluarga mengunjungi taman awam tersebut sekitar jam 9.30 malam untuk menyaksikan tarikan baharu di sana.
Kongsi Nurul Shazrina lagi, ‘mirror maze’ yang ditempatkan di taman awam itu berbentuk bulatan dengan lampu-lampu di sepanjang cermin yang menyebabkan keadaan menjadi keliru akibat pantulan kaca pada waktu malam.
“Pada mulanya, kami menyangka permukaan cermin itu akrilik, bukannya kaca yang boleh membahayakan pengunjung.
“Ketika sedang memegang dua anak kecil, saya melihat si sulung sudah berjalan ke depan sebelum terdengar bunyi hempasan kaca yang sangat kuat,” katanya berkongsi.
Sebaik berlari ke arah bunyi tersebut, Nurul Shazrina terkejut mendapati anaknya sudah dalam keadaan berlumuran darah.
“Kami segera membawa dia ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal. Anak saya memerlukan 12 jahitan di bahagian dahi, hidung, jari kanan, dan pergelangan tangan kiri akibat luka yang teruk.
“Setelah menjalani pemeriksaan X-ray dan membuka balutan, darah masih keluar sehingga kami terpaksa membawa dia ke hospital KPJ untuk rawatan lanjut. Walaupun tiada keretakan di kepala, serpihan kaca ditemui di dalam hidungnya.
“Selain itu, jari kanan anak saya yang digunakan untuk menulis memerlukan rawatan fisioterapi berterusan,” jelasnya lagi.
Pun begitu katanya, keadaan anaknya kini semakin pulih walaupun mempunyai parut yang kekal untuk jangka masa panjang.
Menyedari khilafnya yang perlu lebih peka ketika membawa anak, dia bagaimanapun terkilan kerana cermin itu diletakkan di kawasan awam malah membahayakan pengunjung.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan atas faktor keselamatan, dia membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Pengerang dan pihak berkuasa telah menutup kawasan tersebut sehari selepas kejadian.
“Saya berpandangan cermin kaca tidak sesuai atau munasabah diletakkan di taman awam atas faktor keselamatan. Tujuan aduan ini dibuat adalah demi meningkatkan kesedaran dan bukan untuk menyaman mana-mana pihak,” katanya.
Tirai malam Konsert Akhir The Chosen One XTRA 2025 disingkap dengan satu persembahan luar biasa Iaman dan kumpulan Saputra bukan sahaja memukau, malah menggegarkan...