MENINGKATKAN SEMANGAT DAN MENYEBARKAN POSITIVITI DI
PUSAT VAKSINASI KANAK-KANAK
Ads
Sempena pembukaan semula sekolah pada akhir Mac, Susu Goodday, salah satu jenama susu kegemaran Malaysia sejak 1968, telah melancarkan kempen Goodday’s Happee PPVs. Bertujuan untuk menceriakan pengalaman vaksinasi kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka, Goodday’s Happee PPVs ialah kempen yang diteruskan daripada kempen Goodday’s Happee PPEs yang telah diadakan pada November-Disember 2021.
Ads
Goodday’s Happee PPVs akan menceriakan stesen vaksin untuk menjadikannya mesra kanak-kanak khas buat si kecil yang akan divaksinasi. Stesen vaksin warna-warni yang dihiasi karya-karya menarik yang direka oleh rakan sebaya mereka dijadikan tumpuan utama. Selain itu, si kecil akan diberikan accomplishment board apabila gambar mereka diambil di photo booth.
Ads
Kempen Goodday’s Happee PPVs juga telah mengubah rupa PPV di WTC KL, Axiata Bukit Jalil, MMU dan Emporis Kota Damansara untuk suasana yang lebih mesra kanak-kanak. Tambahan pula, Susu Goodday yang enak dan berkhasiat juga akan diedarkan kepada kanak-kanak sebaik sahaja mereka selesai menerima vaksinasi di pusat-pusat vaksinasi tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=GmMAwEQmvQI
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kadang kita tak perasan sikap kita sebagai mak ayahlah yang membuatkan anak mula hilang keyakinan dirinya sendiri.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu fahami dan jadikan ilmu yang berguna untuk kita mendidik anak kita. Ikuti perkongsian beliau.
Tiga sifat toksik ni kalua mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut.
1. Stonewalling
Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:
* Tak jawab soalan anak
* Sengaja lambat jawab soalan anak
* Tak cakap apa-apa
* Terus tinggalkan anak
* Tak ambil serius atau merendah-rendahkan apa yang anak cuba bualkan. Contoh: “Papa suka makan apa? Kita jawab, “entah, apa-apa jela.”
Bila perangai macam ni berulang, anak rasa lagi baik cakap dengan dinding. Sekurang-kurangnya cakap dengan dinding, taklah rasa sakit hati.
2. Tak ada sebarang reaksi pada wajah dan abaikan anak. (Expressionless & being ignored)
Contoh: Balik rumah je, anak semangat nak cerita tentang benda baru yang dia belajar dari buku. Kita pun buat-buat dengar sampai habis. Tapi sampai ke sudah tak bagi apa-apa respon.
Yang buat anak jadi keliru ialah air muka mak ayah tak ada reaksi langsung, lepas tu diam je.
Yang sebenarnya kita tak focus pun pada cerita anak. Sambil dengar sambal tu tengok cerita Korea. Katanya nak luang masa dengan anak tapi tangan pegang telefon ralit balas mesej whatapps.
Maksud beri perhatian pada anak ialah kita 100% focus pada anak Waktu itu. Kita adalah betul-betul ‘present’ di hadapan si kecil kita itu.
3. Gaslighting
Maksudnya kita meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. Contohnya anak balik asrama, dia mengadu ada Budak lain asyik pegang-pegang dia. Tapi kita jawab,”biasalah tu. Tak ada apalah.”
Atau anak balik dari rumah pengasuh kata itu dan ini. Kita pun kata anak kita cakap yang bukan-bukan.
Si kecil kita pun jadi keliru dengan apa yang berlaku dan hilang rasa percaya pada diri sendiri. Dia akan fikir semua pendapat dia memang tak penting.
Bila tiga sifat mak ayah ini diulang setiap hari,
* Anak jadi tak percaya pada diri sendiri
* Keyakinan diri yang sangat rendah
* Selalu buat keputusan hidup yang salah akibat asyik dengar cakap orang lain
* Asyik kritik diri sendiri (self criticism)
* Tak tahu cara urus dan kawal emosi sendiri
Bila anak ni besar dan berkeluarga, mereka akan buat perkara yang sama pada anak sendiri.
Jangan tidakkan apa yang anak kita rasa. Acknowledge apa yang mereka rasa dengan cara pandang, dengar dan peluk mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dulu, waktu mak ayah kita kecil, mereka seronok sangat bermain di luar rumah. Ada yang main kejar-kejar, main cop tiang, lompat getah, atau naik basikal keliling taman. Mereka ketawa, berpeluh dan gembira walaupun permainan mereka sangat simple! Aktiviti seperti main di taman buat mereka sihat dan ceria setiap hari.
Sekarang? Ramai antara kita lebih suka duduk dalam rumah, pegang telefon atau tablet. Tengok video lucu, main game, sampai lupa nak keluar main. Tapi… betul ke seronok macam tu? Kalau bandingkan dengan main di taman dan jumpa kawan, rasa seronoknya lain macam!
Dalam otak kita ada satu bahan yang dipanggil dopamin. Bila kita tengok video, main game atau menang dalam permainan, otak keluarkan dopamin bahan yang buat kita rasa seronok! Tapi kalau terlalu banyak, otak kita jadi cepat bosan dengan benda lain.
Sebab itu bila mak suruh baca buku atau main di taman, kita rasa “eh, tak best pun”. Padahal bila dah keluar, jumpa kawan dan gelak sama-sama, kita akan rasa jauh lebih bahagia.
Kita boleh cuba perlahan-lahan! Tak perlu terus berhenti guna gajet, tapi boleh mula kurangkan masa skrin sedikit demi sedikit.
Cuba guna gajet sekejap saja setiap hari. Lepas tu, buat aktiviti lain yang seronok seperti main di taman bersama kawan. Bila badan bergerak dan otak berehat daripada skrin, kita akan rasa lebih segar!
Pergi taman, naik basikal, main bola, atau panjat gelongsor! Semua aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga baik untuk kesihatan. Bila main di taman, kita dapat udara segar dan tenaga baharu untuk terus aktif sepanjang hari.
Baca buku dengan mak ayah, main sama-sama dengan adik, atau sembang dengan kawan di sekolah. Hubungan jadi lebih rapat, dan kita belajar menghargai masa bersama tanpa gangguan skrin.
Kita kadang-kadang tak sedar, dunia di luar skrin sebenarnya sangat indah. Bila kita main di taman, kita boleh dengar burung berkicau, rasa angin sejuk dan tengok awan bergerak perlahan di langit.
Cuba bayangkan kalau hari-hari tengok skrin, kita mungkin terlepas semua keindahan tu. Bila kita keluar dan jumpa kawan, ada pelbagai cerita dan gelak ketawa yang tak boleh diganti dengan video atau permainan dalam telefon.
Mula dengan langkah kecil. Kurangkan skrin, banyakkan main di taman, dan sentiasa senyum! Dunia luar menunggu kita dengan pelbagai warna dan cerita. Setiap kali kita keluar bermain, kita bukan saja menjaga kesihatan tubuh, tapi juga menjaga hati dan minda.
Ingat, bila kita main di taman dan jumpa kawan, kita sedang cipta kenangan indah yang akan kekal dalam ingatan. Dunia sebenar ini jauh lebih berharga daripada apa yang kita lihat di skrin. Jadi, jom keluar, hirup udara segar dan nikmati masa bersama kawan serta keluarga. Itulah keseronokan sebenar yang tak boleh kita dapat dari gajet!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kehilangan ibu, Akiko Okumura yang meninggal dunia pada Jumaat lalu meninggalkan kesan yang begitu besar buat anaknya, Sky Taizo Okumura dan suami, Ridzuan.
Menerusi sepotong video yang dikongsi, Sky dan bapanya dilihat bersahur buat pertama kalinya tanpa hidangan hebat saban tahun buat mereka.
Pun begitu bagi membolehkan Sky yang sudah terbiasa dengan makanan ibunya, pelakon Zarina Zainuddin turut menyediakan sahur makanan Jepun buat Sky.
Zarina dilihat menyediakan beberapa jenis juadah sahur Sushi khas untuk Sky dan buah seperti tembikai serta mangga. Sky yang berbaju merah pula dilihat cuba menikmati sahur yang telah disediakan.
Zarina memberitahu dia telah membeli Sushi untuk Sky pada malam berikutnya dan meminta maaf kerana tidak mampu masak makanan Jepun seperti ibu Sky.
Menerusi sesi live dan perkongsian video suaminya, Akiko bukan sekadar seorang ibu yang penyayang, tetapi juga seorang cef berbakat yang menjadi idola ramai wanita. Hidangan sahurnya bukan sahaja kreatif bahkan disajikan dengan penuh kasih sayang setiap tahun. Tidak hairanlah ramai yang ternanti-nantikan kemunculan pasangan ini setiap kali Ramadan.
Zarina yang juga anak saudara kepada Ridzokumura, tampil menggalas tanggungjawab berat ini.
“Assalamualaikum selamat berpuasa semua. Pertama kali bersahur bersama Sky dan pakcik saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan Ramadan buat mereka tanpa Akiko di sisi.
“Saya belikan Sushi untuk awak malam semalam tapi kedai sudah hampir tutup,” katanya yang turut mempelawa nasi buatnya.
Dalam suasana penuh kasih sayang, Sky dan bapanya difahamkan bermalam di kediaman Zarina, memberikan mereka ruang untuk merasai kehangatan keluarga di bulan penuh keberkatan ini.
Terdahulu Jumaat lalu, Ridzuan mengumumkan pemergian isterinya, namun punca kematian tidak didedahkan. Jenazah Akiko telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, Selangor, pada hari Sabtu.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!