20 Ogos 2023, menyaksikan persembahan cukup memukau dari barisan peserta Top 20 BK Fantastic X Karihome bersempena BK Mini Fest 2023. Kesemua peserta tampil dengan aksi dan kreativiti tersendiri dalam menzahirkan kemahiran luar biasa serta bakat yang cukup hebat.
Tiga juri yang dijemput hadir iaitu Mark Adam, Dr Tengku Asmadi dan wakil dari Karihome, Miss Jessie sepakat memilih Kumpulan tarian dari Putera Arts Talent Production sebagai juara Fantastic X Karihome 2023. Kumpulan tarian Putera Arts Talent Production ini berjaya merangkul gelaran juara dengan membawakan persembahan tarian zapin moden yang cukup unik dan memukau. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 beserta barangan dari Karihome.
Tempat kedua pula dimenangi oleh peserta cilik, adik Miika Adam Mikael yang berjaya menambat hati penonton dengan petikan biolanya yang cukup mengasyikkan. Baru berusia enam tahun namun anak kecil ini mempamerkan bakat yang sangat luar biasa. Tidak hairanlah adik Miika berjaya meraih tempat kedua dengan hadiah kemenangan wang tunai, RM1000 berserta barangan Karihome.
Ads
Pemenang tempat ketiga BK Fantastic X Karihome pula dimenangi oleh adik Nurdania Batsisya Adyzunfa membawakan lagu ‘Sampai Bila’ nyanyian asal Misha Omar membuatkan penonton terpegun dengan lontaran suara juga gimik persembahannya. Adik Dania membawa pulang hadiah wang tunai, RM500 beserta barangan Karihome.
Ads
Kesemua 20 peserta akhir memberikan persembahan terbaik, antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan drum, gitar elektrik, skateboard, silat, nyanyian dan tarian.
BK Fantastic X Karihome yang dibawakan oleh Karihome ini telah berlangsung hampir sebulan yang lalu di mana peserta perlu menjalani sesi uji bakat secara online dan berjaya mengumpulkan hampir 500 peserta yang menghantar penyertaan secara, namun hanya 50 peserta sahaja yang layak untuk ke peringkat separuh akhir dan hanya 20 peserta sahaja di pilih ke peringkat akhir.
Ads
Kesemua anak-anak yang menghantar penyertaan mempunyai bakat serta potensi yang besar. Sesuai dengan kelebihan KARIHOME yang merupakan susu penuh nutrisi untuk pertumbuhan yang optimum dan mengekalkan sistem imunisasi yang baik.
Karihome merupakan produk susu kambing yang diformulasikan dengan SN-2 palmitate, yang menjadi satu-satunya susu kambing dengan formulasi ini di Malaysia! Pengambilan susu Karihome ini juga dapat membantu mengurangkan masalah kolik serta meningkatkan kualiti tidur anak. Selain bagus untuk usus, formulasi ini juga baik untuk menguatkan imuniti serta perkembangan otak dan kemahiran motor. KARIHOME juga mengandungi 400% lebih DHA yang dapat meningkatkan pembelajaran kognitif serta bagus untuk kesihatan mata.
Bila hidung anak berdarah, bukan hanya anak sahaja yang cemas bahkan mak ayah sekali pun turut cemas bila melihatkan keadaan anak. Jangan begini, sebaliknya tenangkan diri.
Menurut Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Dr Ezairy M. Sallih, tenangkan diri dahulu dan kemudian barulah menguruskan hidung anak yang berdarah. Paling penting jangan cemas.
“Doktor, anak saya selalu berdarah hidungnya. Macam mana nak buat ni?”
Rintihan seperti ini amat selalu saya peroleh daripada ibu bapa. Mereka sudah tentu bimbang jika masalah ini terlalu kerap berlaku kepada anak-anak.
Apabila berlaku tiba-tiba sahaja di rumah atau di mana-mana sekali pun, apakah langkah pantas yang perlu ibu bapa tahu bagi menghentikan pendarahan ini?
Ikut 3 langkah penting ini. Ulang sehingga pendarahan berhenti.
✅ Bertenang
Bertenang dan lakukan langkah seterusnya satu persatu. Gelabah hanya akan membuatkan anda melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
✅ Duduk dan tundukkan kepala
Dudukkan anak dan tundukkan kepalanya ke bawah untuk mengelakkan darah daripada masuk ke saluran pernafasan. Baringkan anak dan dongakkan kepalanya.
✅ Picit dan ‘compress’ hidung
Kemudian picit dan ‘compress’ hidung daripada luar selama 10 minit. Ulangi langkah ini. Jika pendarahan masih lagi berlaku, bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat untuk rawatan lanjut.
Jika tiada tanda pendarahan akan berhenti, segera bawa ke fasiliti kesihatan terdekat.
Dr Ezairy M. Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Ramai ibu dan guru-guru yang selalu mengeluh kerana anak-anak kecil sukar untuk memberi fokus kepada apa yang sedang dilakukan.
Daya fokus kanak kanak sebenarnya adalah agak singkat iaitu antara 10 hingga 15 minit sahaja.
Jadi sebagai ibubapa atau pendidik, jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak anak kecil untuk memberi focus atau perhatian pada sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan. Bagaimanapun daya fokus ini boleh dirangsang atau dipupuk supaya ia berlaku lebih lama dari biasa.
Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau pendidik bagi merangsang atau meningkatkan daya fokus kanak-kanak yang dikongsi oleh pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr Mahani Razali.
Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang berminat dan mereka akan hilang fokus.
Sebagai ibubapa dan guru pastikan aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menarik minat kanak kanak.
Bagi memastikan aktiviti tersebut adalah menyeronokkan, ibubapa dan pendidik boleh berbincang dengan kanak-kanak apakah jenis aktiviti yang akan dilakukan. Minta pendapat kanak kanak juga dalam menyediakan bahan dan perancangan aktiviti.
-Pastikan aktiviti tersebut dilakukan dalam suasana yang kondusif atau selesa serta wujud perasaan selamat pada kanak-kanak.
– Pastikan ruang tempat melakukan aktiviti adalah bersih selesa dan pada suhu yang bersesuaian. Ruang yang panas akan menyebakan kanak-kanak cepat hilang fokus.
-Berikan arahan dengan menggunakan ayat-ayat yang mesra dan bukan berbentuk ugutan.
-Beri masa kepada kanak kanak untuk menyiapkan sesuatu aktiviti, bukan memaksa dengan keras.
Jika sebelum kerajaan memberikan tol percuma untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan namun berbeza kali ini.
Kerajaan menerusi Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan potongan bayaran tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025, lapor Bernama.
Menerusi kenyataan media Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi, pemberian diskaun tersebut akan mula berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan berakhir pada jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa).
Potongan tol ini hanya melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata keputusan ditetapkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, membabitkan implikasi kewangan ditanggung kerajaan berjumlah RM20.08 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...