Bayangkan kamu tinggal di dunia ajaib bernama Oz, ada istana hijau yang bersinar, tongkat sakti, dan lagu-lagu indah berterbangan di udara. Di situlah bermulanya kisah dua penyihir perempuan yang sangat berbeza, tetapi akhirnya menjadi sahabat sejati dalam Wicked: For Good.

Wicked: For Good, Kisah Dua Penyihir Belajar Erti Kawan Sejati!
Bakal ditayangkan pada 20 November 2025.

Elphaba dan Glinda: Dua Watak, Dua Dunia

Dalam filem Wicked: For Good arahan Jon M. Chu yang bakal ditayangkan pada 20 November nanti kita jumpa semula dua sahabat lama iaitu Elphaba dan Glinda.

Elphaba mempunyai kulit berwarna hijau! Ramai orang takut padanya hanya kerana rupanya lain daripada orang lain. Tetapi sebenarnya, dia baik hati dan berani menentang ketidakadilan di Oz.

Glinda pula cantik, sopan dan digelar “Glinda the Good”. Semua orang suka padanya kerana senyumannya manis dan pakaiannya cantik. Tapi jauh di hati, Glinda mula tertanya-tanya adakah dia benar-benar “baik”, atau hanya berpura-pura untuk menyenangkan orang lain?

Wicked: For Good, Kisah Dua Penyihir Belajar Erti Kawan Sejati!

Ads

Kawan Tak Semestinya Sama

Dalam Wicked: For Good, Elphaba dan Glinda menunjukkan bahawa kawan sejati tak semestinya sama. Kadang-kadang mereka bergaduh, salah faham dan memilih jalan berbeza. Tetapi hati mereka tetap saling mengingati antara satu sama lain.

Elphaba berjuang untuk kebenaran dan haiwan yang ditindas. Glinda pula cuba mengubah sistem dari dalam. Mereka berdua sedar bahawa kebaikan boleh datang dalam banyak bentuk, dan keberanian bukan hanya tentang melawan, tetapi juga tentang memaafkan.

Dunia Ajaib Oz yang Menakjubkan

Kalau kamu suka Frozen atau Encanto, kamu pasti akan suka dunia Oz! Ada istana hijau berkilauan, langit ungu yang cantik, dan makhluk ajaib yang bercakap.

Ads

Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Elphaba dan Glinda sangat menyentuh hati, terutama lagu “For Good” yang menceritakan tentang erti persahabatan dan ucapan terima kasih.

Setiap babak dalam Wicked: For Good penuh warna dan bunyi magik seolah-olah kamu sendiri terbang di atas penyapu sihir!

Ads

Wicked: For Good, Kisah Dua Penyihir Belajar Erti Kawan Sejati!

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Wicked: For Good

  • Jangan menilai orang dari rupa. Walaupun Elphaba berkulit hijau, dia berhati paling baik.
  • Kawan sejati saling membantu walau berbeza. Glinda dan Elphaba berbeza dunia, tapi tetap saling menyayangi.
  • Berani jadi diri sendiri. Elphaba tak pernah malu jadi berbeza. Itu yang menjadikannya istimewa!

Sesuai Untuk Kanak-Kanak?

Ya! Wicked: For Good sesuai untuk kanak-kanak 9 tahun ke atas, terutama yang suka cerita fantasi dan muzik.

Tapi kerana ada sedikit babak sedih dan menakutkan, elok ditonton bersama ibu bapa supaya mereka boleh bantu jelaskan bahagian sukar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Wicked: For Good mengajar kita bahawa kawan sejati boleh mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Walaupun kita berbeza warna kulit, suara atau perangai, yang penting ialah hati yang jujur dan berani.