Sejak malam tingkap dapur diketuk, Amir jadi makin takut. Dia dah tak berani jalan seorang diri dekat belakang rumah. Tapi entah kenapa… sungai itu macam semakin dekat dengan hidup dia. Macam semakin ‘mencari’ dia. Dalam kepala Amir, dia hanya terbayang satu perkara iaitu mata hitam di tingkap itu bukan bayangan biasa.
Surat Dari Dasar Sungai
Pada pagi yang mendung, Amir turun ke dapur untuk ambil air. Bila dia buka peti sejuk, dia terpandang sesuatu dekat tepi pintu.
Ada secebis kertas basah yang melekat di lantai. Amir tunduk, ambil perlahan. Tulisan di kertas itu comot, macam ditulis dengan jari yang sejuk dan berair.
“Jangan takut. Tolong aku.”
Amir terus terjatuh kertas itu. “Mak! Mak! Siapa tulis ni?”
Mak datang, tengok kertas itu, tapi dia nampak kosong. “Amir… ni kertas kosong ja. Mana yang kamu baca tadi?”
Amir terdiam. Tadi jelas ada tulisan. Sekarang hilang. Mak ketawa kecil. “Kamu penat sekolah ni. Pergi rehat.”
Amir ambil kertas itu semula. Bila dia pegang, kertas itu terasa dingin, sejuk macam baru diangkat dari air. Dia tahu tulisan tadi bukan mimpi.
Ads
Kawan Hilang
Petang itu, Farid datang ke rumah Amir.
“Amir, kau perasan tak Azim tak datang sekolah hari ni?”
Amir terus rasa jantung jatuh. “Takkan dia…”
Farid angguk perlahan. “Mak dia cakap Azim keluar rumah sekejap malam tadi. Lepas tu… tak balik.”
Amir rasa tangan dia sejuk. Hanya satu tempat Azim berani pergi malam malam. Sungai.
Mencari Azim
Amir dan Farid berlari ke belakang rumah. Sungai nampak tenang, macam biasa. Tapi Amir perasan sesuatu pelik.
Ads
Ada jejak kaki kecil dari tanah menuju ke tepi sungai. Jejak itu berhenti di hujung batu besar. Tapi tak ada jejak balik. Farid mula gelisah. “Amir… kau rasa Azim… jatuh?”
Amir tak jawab. Dia hanya pandang ke permukaan air. Itu saat dia nampak. Ada dua bayang dalam air. Satu bayang budak. Satu lagi seakan tangan panjang yang memegang bahunya.
Amir mundur ke belakang. “Farid… kita kena balik. Sekarang.”
Tapi sebelum sempat mereka lari, sesuatu berlaku. Air tenang itu tiba tiba berkocak kuat. Pluuup! Pluuup! Pluuuuup! Seolah olah ada seseorang cuba naik dari dasar. Farid menjerit kecil dan lari dulu. Amir kaku.
Dari tengah sungai, Amir nampak kepala kecil terangkat sedikit. Rambutnya basah, melekat pada dahi.
Azim. Tapi matanya… bukan seperti Azim yang Amir kenal. Kosong. Hitam. Azim membuka mulut perlahan.
Ads
“Amir… jangan tinggalkan aku.” Suara itu bukan suara Azim.
Ia suara dari dalam air. Tangan pucat itu muncul di sebelah kepalanya, memegang bahunya erat, seolah olah tak mahu lepaskan. Amir terus lari tanpa menoleh.
Malam Terakhir Sebelum Sesuatu Terjadi
Malam itu, Amir tak boleh tidur. Dia hanya duduk atas katil, tunggu apa apa yang bakal muncul. Bayangan mata hitam di tingkap petang tadi masih menghantui mindanya.
Tepat jam dua pagi, dia terdengar bunyi yang ditakuti. Tok… tok… tok… Tok… tok…
Ketukan di tingkap dapur. Kali ini, ketukannya lebih kuat. Lebih laju. Macam seseorang sedang mengetuk sambil menggigil. Amir perlahan lahan keluar bilik. Dia hampiri tingkap dapur. Dengan tangan terketar, dia buka langsir sedikit.
Dan dia nampak…Bukan tangan. Bukan bayang. Tetapi… sepasang mata hitam memandang tepat ke arah dia dari luar tingkap. Mata yang sama seperti Azim di sungai.
Sebelum Amir sempat jerit, suara itu berbisik.
“Amir… tolong aku.”
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Musim cuti sekolah ini pastinya ada mak ayah yang mula buntu mencari pelbagai idea untuk membuat aktiviti bersama anak-anak.
Tanpa menggunakan modal yang banyak, anak-anak sebenarnya boleh melakukan pelbagai aktiviti di rumah. Paling utama pastikan masa mereka di isi dengan aktiviti berfaedah yang baik untuk peringkat usia mereka.
Berikut beberapa idea aktiviti untuk anak-anak semasa cuti sekolah yang sesuai mengikut peringkat usia dari 3 hingga 10 tahun mengikut kesesuaian aktiviti.
Aktiviti Seni dan Kraf
* Melukis atau mewarna: Sediakan bahan lukisan dan biarkan mereka meluahkan kreativiti.
* Membuat kraf tangan: Buat barang-barang kreatif seperti bunga kertas, kad ucapan, atau mainan dari bahan kitar semula.
* Membaca Buku: Pilih beberapa buku yang menarik dan sesuai untuk umur mereka. Anda juga boleh buat sesi pembacaan bersama untuk merangsang minat mereka terhadap buku.
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti mudah seperti mewarna dan membuat bentuk-bentuk dari tanah liat atau kertas warna.
Untuk anak 7-12 tahun: Membuat kraf yang lebih kompleks seperti origami, membuat kad ucapan, atau projek kraf yang melibatkan beberapa bahan.
Aktiviti di Luar
* Berjalan atau berbasikal di taman: Membawa anak-anak ke luar rumah untuk beraktiviti fizikal dapat membantu mereka kekal aktif.
* Bermain di taman permainan: Mainan seperti buaian, gelongsor, atau memanjat sangat menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Permainan seperti berjalan atau berbasikal di sekitar taman, serta permainan seperti bola, frisbee, atau bermain pasir.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti lebih aktif seperti berbasikal jauh, permainan bola sepak, bola tampar, atau bermain di taman permainan dengan lebih bebas.
Sains Eksperimen Mudah
*Buat eksperimen sains yang mudah seperti membuat gunung berapi mini atau mencampur bahan-bahan untuk melihat reaksi.
Untuk anak 5-8 tahun: Eksperimen mudah seperti membuat gunung berapi menggunakan baking soda dan cuka atau membuat slime.
Untuk anak 9-12 tahun: Eksperimen yang lebih kompleks seperti membuat roket air, eksperimen fizikal dengan bahan seperti magnet, atau eksperimen kimia asas.
Masak Bersama
Libatkan mereka dalam aktiviti memasak, seperti membuat kek, biskut, atau pizza sendiri. Mereka akan seronok dan belajar sesuatu yang baru.
Untuk anak 3-6 tahun: Aktiviti masak yang mudah seperti menghias kek, membuat biskut, atau memasak pizza menggunakan bahan siap.
Untuk anak 7-12 tahun: Mereka boleh membantu lebih banyak dalam proses memasak seperti mencampurkan bahan atau mengadun, serta menyediakan hidangan yang lebih kompleks.
Permainan Papan (Board Games)
Main permainan papan seperti Monopoli, Scrabble, atau permainan keluarga lain untuk merapatkan hubungan dan mengasah kemahiran berfikir mereka.
Untuk anak 4-6 tahun: Permainan papan mudah seperti “Candyland” atau “Snakes and Ladders”.
Untuk anak 7-12 tahun: Permainan yang lebih strategik seperti “Monopoly”, “Catan”, atau “Scrabble”.
Tonton Filem Pendidikan
Pilih filem atau dokumentari yang bermanfaat dan mendidik, sambil memberi peluang untuk mereka belajar perkara baru dengan cara yang menyeronokkan.
Untuk anak 3-6 tahun: Filem animasi pendidikan yang ringan, seperti “Sesame Street” atau “Dora the Explorer”.
Untuk anak 7-12 tahun: Dokumentari atau filem yang mengajar tentang sains, sejarah, atau alam semula jadi.
Latihan Fizikal di Rumah
Lakukan senaman ringan atau yoga bersama-sama untuk memastikan mereka kekal aktif walaupun berada di rumah. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama anak-anak semasa cuti sekolah. Paling penting, pastikan aktiviti itu menyeronokkan dan mendidik!
Untuk anak 3-6 tahun: Senaman ringan yang melibatkan gerakan besar, seperti lompat bintang, menari, atau berjalan seperti haiwan.
Untuk anak 7-12 tahun: Aktiviti senaman seperti yoga atau latihan kekuatan sederhana yang mereka boleh ikut.
Banyak aktiviti yang boleh disesuaikan dengan pelbagai peringkat umur, dan yang penting adalah memastikan aktiviti itu menarik serta sesuai dengan tahap perkembangan mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Cuti sekolah tambahan ini dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu A dan B. Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala Kumpulan B pula sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ini tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.
30 Oktober 2024 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
31 Oktober 2024 (Khamis) – Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)
30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)
Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan
Kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan oleh KPM adalah seperti berikut:
1. Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu)
2. Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad)
Wah nampaknya mak ayah sudah boleh merancang cuti-cuti dengan anak hujung bulan ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Tiga beradik di Kelantan, Tan Xavier, 12, Tan Xaden, 11, dan Tan Xarel, 8 kanak-kanak berbangsa Cina menarik perhatian ramai apabila turut sama menyertai Majlis Khatan Perdana 2025 di Hospital Tanah Merah (HTM), Kelantan baru-baru ini.
Tiga beradik itu ditemani bapa mereka, Tan Wee Lee dan ibu, Tan Bee Kam, mereka tidak kekok bersama-sama kanak-kanak Melayu lain mandi air semburan dari kenderaan bomba seawal jam 8 pagi.
Ketiga-tiga beradik itu juga begitu teruja untuk bersunat malah bangun seawal jam 5 pagi kerana tidak sabar untuk menjalani prosesnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dengan suka rela meminta untuk berkhatan tanpa paksaan kerana pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan mereka beragama Islam.
“Ramai ahli keluarga kami yang berkhatan kerana bertujuan menjaga kesihatan dan kebersihan.
“Saya mendapat tahu daripada rakan sekampung yang memaklumkan mengenai program berkenaan dan terus mendaftarkan ketiga-tiga anak kami,” kata ibu, Tan Bee Kam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Husin berkata, seramai 50 kanak-kanak menyertai program berkhatan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan HTM.
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Cari tempat cuti sekolah paling fun? Ini senarai 7 lokasi terbaik untuk anak-anak – dari Legoland, Zoo Negara hingga Escape Penang. Semua penuh aktiviti menarik dan sesuai untuk percutian keluarga!