Kalau kamu peminat K-Pop, filem animasi terbaru KPop Demon Hunters mesti masuk dalam senarai wajib tonton! Bayangkan idola K-Pop yang menari di pentas, tapi pada waktu malam mereka berubah jadi pemburu iblis. Ceritanya penuh warna, aksi, dan muzik yang buat kamu tak boleh duduk diam. Mari kita lihat 10 fakta menarik KPop Demon Hunters yang pasti buat kamu teruja!
1. Idola K-Pop yang Sebenar Pemburu Iblis
Watak utama filem KPop Demon Hunters ialah kumpulan gadis HUNTR/X, Rumi, Mira dan Zoey. Siang hari mereka idola terkenal dengan jutaan peminat, tapi waktu malam mereka jadi pemburu iblis yang melindungi manusia. Bayangkan kalau BLACKPINK tiba-tiba muncul dengan pedang sihir, macam itulah rasanya!
2. Watak Diinspirasikan Daripada Idola K-Pop Sebenar
Pereka watak mendedahkan bahawa gaya rambut dan pakaian ahli HUNTR/X diinspirasikan daripada penyanyi sebenar seperti Lisa (BLACKPINK), Karina (aespa) dan IU. Itu sebabnya setiap karakter dalam KPop Demon Hunters nampak fashionable, bergaya dan penuh pesona idola sebenar.
3. Pertarungan Lawan Iblis yang Sangat Gempak
Aksi dalam KPop Demon Hunters tidak kalah dengan filem superhero! Ada pertarungan epik menggunakan pedang bercahaya, kuasa muzik, dan serangan tarian. Setiap kali mereka melawan iblis, lampu berkelip-kelip macam konsert sebenar. Memang ‘cool’ habis!
Ads
4. Cerita Sarat Nilai Persahabatan
Walaupun penuh aksi, mesej utama filem ini ialah tentang persahabatan dan kepercayaan diri. Rumi dan rakan-rakannya belajar bahawa kuasa sebenar datang dari hati yang berani dan semangat untuk melindungi orang lain, bukan sekadar populariti. Inilah salah satu sebab mengapa KPop Demon Hunters mendapat pujian ramai penonton muda.
5. Lagu “Golden” Jadi Lagu Paling Viral
Lagu tema filem ini, “Golden”, dinyanyikan oleh Ejae, Audrey Nuna dan Rei Ami. Lagu ini bukan saja menular di TikTok, tapi juga mencapai nombor satu Billboard Global 200! Irama pop-elektroniknya memang buat semua nak menari, menjadikan KPop Demon Hunters bukan sekadar filem, tapi fenomena muzik global.
Ads
6. Ada Haiwan Ajaib yang Comel
Watak sampingan yang ramai suka ialah Derpy si harimau kecil dan Sussie si burung cawai. Mereka membantu HUNTR/X dalam misi menentang iblis dan selalu buat penonton ketawa dengan aksi lucu mereka. Ramai peminat mahu patung mainan mereka dikeluarkan selepas menonton KPop Demon Hunters.
7. Animasi Cantik Macam Video Muzik
Pencahayaan, warna dan pergerakan watak dalam filem ini diinspirasikan daripada konsert K-Pop sebenar. Setiap babak dalam KPop Demon Hunters rasa seperti menonton video muzik interaktif penuh lampu neon, tarian dan gaya baju yang luar biasa.
Ads
8. Suara Watak Diisi Oleh Pelakon Terkenal
Watak Rumi disuarakan oleh Arden Cho, manakala Jinu diisi oleh Ahn Hyo-seop. Ada juga pelakon Hollywood terkenal seperti Ken Jeong dan Daniel Dae Kim! Gabungan suara mereka menjadikan KPop Demon Hunters penuh karakter dan emosi.
9. Filem Netflix Paling Banyak Ditonton
Dalam masa kurang dua bulan selepas tayangan, KPop Demon Hunters mencatat lebih 100 juta tontonan di Netflix! Ia kini menjadi filem animasi paling popular dalam sejarah platform itu. Ramai penonton menontonnya berulang kali kerana lagu dan wataknya sangat menyeronokkan.
10. Ada Rancangan Sekuel dan Siri Animasi Mini
Disebabkan kejayaan besar, Netflix dan Sony sedang berbincang untuk buat sekuel dan juga siri mini animasi berdasarkan watak HUNTR/X. Jadi, peminat boleh nantikan lebih banyak aksi dan lagu baharu dalam KPop Demon Hunters 2 nanti!
Kesimpulan
KPop Demon Hunters ialah filem yang penuh tenaga, warna, dan muzik. Ia bukan saja menghiburkan, tetapi juga mengajar nilai persahabatan, keberanian, dan kepercayaan diri. Kanak-kanak dan remaja pasti sukakan gabungan K-Pop, sihir dan persahabatan yang unik dalam filem ini.
Gelagat anak-anak ni memang di luar dugaan. Kita pun ada masanya tak sangka apa yang anak boleh buat bila kita tak ada untuk pantau mereka. Anak zaman sekarang pun lebih advance dan pandai buat sesuatu dengan hanya memerhatikan ibu ayahnya.
MuaBellaz ada berkongsi sebuah video anak bongsunya, Wara, membuat ASMR. Kalau dilihat, Wara seperti membuka kamera sendiri untuk merakam dirinya. Video pendek itu ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mereka sukakan ASMR Wara.
Di dalam video tersebut Wara sempat bermain ‘peek a boo’ dan membuat bunyi-bunyian comel yang membuatkan ramai terhibur menonton videonya.
Bukan sekadar membuat bunyi, aksi comel Wara di hadapan kamera juga mencuit hati ramai.
Biarpun hanya berdurasi 36 saat dan baru saja 15 minit dikongsikan di media sosial MuaBellaz, video itu telah mendapat lebih kurang 15k tontonan. Awak ni Wara, memang ada aura!
Dulu, waktu mak ayah kita kecil, mereka seronok sangat bermain di luar rumah. Ada yang main kejar-kejar, main cop tiang, lompat getah, atau naik basikal keliling taman. Mereka ketawa, berpeluh dan gembira walaupun permainan mereka sangat simple! Aktiviti seperti main di taman buat mereka sihat dan ceria setiap hari.
Sekarang? Ramai antara kita lebih suka duduk dalam rumah, pegang telefon atau tablet. Tengok video lucu, main game, sampai lupa nak keluar main. Tapi… betul ke seronok macam tu? Kalau bandingkan dengan main di taman dan jumpa kawan, rasa seronoknya lain macam!
Kenapa Kita Suka Sangat Gajet?
Dalam otak kita ada satu bahan yang dipanggil dopamin. Bila kita tengok video, main game atau menang dalam permainan, otak keluarkan dopamin bahan yang buat kita rasa seronok! Tapi kalau terlalu banyak, otak kita jadi cepat bosan dengan benda lain.
Sebab itu bila mak suruh baca buku atau main di taman, kita rasa “eh, tak best pun”. Padahal bila dah keluar, jumpa kawan dan gelak sama-sama, kita akan rasa jauh lebih bahagia.
Macam Mana Nak Ubah?
Kita boleh cuba perlahan-lahan! Tak perlu terus berhenti guna gajet, tapi boleh mula kurangkan masa skrin sedikit demi sedikit.
Kurangkan masa gajet
Cuba guna gajet sekejap saja setiap hari. Lepas tu, buat aktiviti lain yang seronok seperti main di taman bersama kawan. Bila badan bergerak dan otak berehat daripada skrin, kita akan rasa lebih segar!
Main di luar rumah
Pergi taman, naik basikal, main bola, atau panjat gelongsor! Semua aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga baik untuk kesihatan. Bila main di taman, kita dapat udara segar dan tenaga baharu untuk terus aktif sepanjang hari.
Luangkan masa dengan keluarga dan kawan
Baca buku dengan mak ayah, main sama-sama dengan adik, atau sembang dengan kawan di sekolah. Hubungan jadi lebih rapat, dan kita belajar menghargai masa bersama tanpa gangguan skrin.
Dunia Sebenar Lagi Seronok!
Kita kadang-kadang tak sedar, dunia di luar skrin sebenarnya sangat indah. Bila kita main di taman, kita boleh dengar burung berkicau, rasa angin sejuk dan tengok awan bergerak perlahan di langit.
Cuba bayangkan kalau hari-hari tengok skrin, kita mungkin terlepas semua keindahan tu. Bila kita keluar dan jumpa kawan, ada pelbagai cerita dan gelak ketawa yang tak boleh diganti dengan video atau permainan dalam telefon.
Kita Semua Boleh Cuba!
Mula dengan langkah kecil. Kurangkan skrin, banyakkan main di taman, dan sentiasa senyum! Dunia luar menunggu kita dengan pelbagai warna dan cerita. Setiap kali kita keluar bermain, kita bukan saja menjaga kesihatan tubuh, tapi juga menjaga hati dan minda.
Ingat, bila kita main di taman dan jumpa kawan, kita sedang cipta kenangan indah yang akan kekal dalam ingatan. Dunia sebenar ini jauh lebih berharga daripada apa yang kita lihat di skrin. Jadi, jom keluar, hirup udara segar dan nikmati masa bersama kawan serta keluarga. Itulah keseronokan sebenar yang tak boleh kita dapat dari gajet!
Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest dianjurkan. Kemeriahan dapat disaksikan sepanjang BK Mini Fest 2023 di mana acara ini telah menghimpunkan lebih 2000 orang kanak-kanak!
Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN
Bagi memulakan BK Mini Fest 2023, acara pertama yang diadakan adalah Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN yang melibatkan lima buah sekolah sekitar Shah Alam menghantar wakil untuk perbarisan serta pertandingan Haka. Setiap sekolah melibatkan 50 orang murid yang mewakili badan beruniform pilihan mereka.
Badan beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pengakap dari SK Seksyen 19 serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dari SK Seksyen 9.
Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri. Selesai pertandingan kawad kaki, kesemua pasukan diminta untuk menghantar 10 orang wakil mewakili badan beruniform mereka untuk mempersembahkan Hakka. Ternyata kesemua peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk pertandingan ini.
Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.
Perasmian BK Mini Fest Meriah
Menariknya acara Himpunan Badan Beruniform Mega X PTPTN ini kerana turut diserikan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar yang telah berkongsi tentang tip kejayaan beliau.
Selain itu, kehadiran Dr. Sheikh Muszaphar juga adalah untuk merasmikan BK Mini Fest 2023 bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn. Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim serta Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar Ahmad.
Dewi Cilik Bintang Kecil Pertama Dinobatkan
Pada sebelah petang 19 Ogos 2023, acara diteruskan dengan pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Dari 200 penyertaan yang diterima, akhirnya seramai 10 orang kanak-kanak perempuan berusia 8-12 tahun telah dipilih sebagai finalis Top 10 Dewi Cilik.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Para juri yang bertanggungjawab untuk menobatkan gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 pada hari itu adalah Pn. Norfarhati Abdul Hakim yang merupakan pengasas Mewah Rose dan juga pernah memenangi pertandingan Miss Catwalk 2012 serta Pensyarah Senior dalam jurusan seni fesyen dari UiTM Shah Alam iaitu En. Faizal Hamid.
Selain itu, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae turut menjadi juri untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan buat Nur Farisha Dania yang telah dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama! Pemenang tempat kedua pula adalah Nur Zara Aamily Binti Nazri manakala Syazwina Bt Mohd Taib meraih tempat ketiga pertandingan ini.
Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Putri Diana Ellysa yang dipilih sebagai Dewi Aktif dan Putri Nur Nariesya Eizeanies yang diberikan gelaran Dewi Foto Terbaik.
Pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN
Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN yang mendapat sambutan memberangsangkan. Seramai 200 orang kanak-kanak untuk dua kategori (Kategori A: 5-7 tahun dan Kategori B: 8-12 tahun) telah menyertai pertandingan ini.
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemederkaan yang unik. Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN) serta selebriti popular Yana Samsudin.
20 Finalis BK Fantastic X Karihome Tonjol Bakat
Kanak-kanak milenial mempunyai potensi yang sangat besar.Oleh itu, Bintang Kecil telah menganjurkan BK Fantastic X Karihome yang mendapat sehingga 500 penyertaan kanak-kanak dari serata Malaysia. Akhirnya 20 orang telah terpilih untuk ke peringkat akhir.
Pelbagai jenis bakat yang dipertaruhkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat muzik, sukan dan banyak lagi. Dengan persediaan rapi serta keyakinan tinggi, kesemua 20 persembahan para peserta telah memukau hadirin yang ada.
Tiga orang juri telah diberikan kepercayaan untuk memilih pemenang. Selain Miss Jessie yang mewakili Karihome, dua lagi juri lain adalah Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Pakar Motivasi) serta penyanyi, komposer dan pelakon terkenal iaitu Mark Adam turut bertanggungjawab untuk mengadili persembahan setiap peserta.
Tahniah diucapkan buat juara BK Fantastic X Karihome iaitu penari dari Kumpulan Putera Arts Talent Production, pemenang tempat kedua Mika Adam Mikael yang bermain violin serta Nurdania Batrisya menduduki tempat ketiga dengan persembahan nyanyian.
Putaran Mega BK Mini Fest 2023 Tawar Hadiah Menarik
Salah satu daya tarikan untuk BK Mini Fest 2023 adalah acara Putaran Mega BK Mini Fest yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Kepada pembeli barangan Karihome atau pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM20 ke atas, berpeluang untuk membuat putaran roda.
Sekiranya mereka menerima tiket emas untuk ke Putaran Mega BK Mini Fest, mereka berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperi komputer riba, baucar percutian, beg berjenama mewah, baucar membeli-belah dan banyak lagi. Tahniah kepada Pn. Nor Hafida kerana berjaya memenangi hadiah utama yang berupa komputer riba tajaan Acer!
Aktiviti Untuk Ibu Di Mini Stage
Bukan sahaja aktiviti di pentas utama, BK Mini Fest turut memberi ruang kepada para ibu untuk ‘me-time’ di pentas mini. Pada hari Sabtu telah diadakan acara Lindungi Anak Anda! bersama tiga orang panel jemputan iaitu Kaunselor Laktasi Pn. Noorfazila Abdul Rahman, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin serta Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr. Hajah Azuraida Shahadan.
Selain itu pada hari Ahad pula telah diadakan Mama Zumba Sweat It Out! bersama Zin Belle dan 30 orang para ibu yang telah berzumba beramai-ramai di pintu masuk utama Plaza Shah Alam. Selepas berzumba, mereka kemudiannya mendengar perkongsian tentang diet dari Pegawai Dietetik bertauliah, Pn. Laila Fadhilah Omar dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Banyak Tarikan Lain
Selain pelbagai acara menarik di pentas utama dan pentas mini, terdapat banyak aktiviti lain yang ada di Plaza Shah Alam selama dua hari BK Mini Fest 2023 berlangsung.
Booth seperti zoo mini dari Farm In The City, lukisan muka, inai, gula-gula kapas serta kolam bola dari Poolkidz, booth KUEH yang turut menaja makanan di setiap aktiviti Mini Stage dan banyak lagi turut mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang. Diharapan penganjuran acara BK Mini Fest 2023 dapat memberi manfaat kepada kesemua yang hadir memberikan sokongan.
Pempengaruh Aqil Zulkiflee meraikan birthday sebulan anaknya, Ayana Aqila, di atas rumah bot yang dihias cantik. Idea sambutan ini mencuri perhatian ramai dengan gaya romantik dan unik!