Cuti sekolah pun bermula, Seorang budak lelaki, bernama Aiman. Dia yang tidak pernah menyangka bahawa cuti sekolah pada kali ini sangat istimewa.

Pada suatu hari, Aiman bersama keluarganya bercuti di sebuah pulau kecil yang sunyi.

Pulau itu dikelilingi pantai yang indah dan hutan yang menghijau, jauh dari kesibukan kota.

Setibanya di sana, Aiman bertemu dengan Arif, seorang kanak-kanak yang mesra yang berasal dari pulau tersebut. Mereka pun menjadi kawan baik.

Arif membawa Aiman menjelajah pulau itu.

Di pantai, mereka bermain di gigi air, menangkap ikan kecil, dan Aiman belajar cara menggunakan jaring ikan daripada Arif.

Ads

Kehidupan di kampung nelayan ini sangat berbeza dengan kehidupan bandar, dan Aiman teruja dengan pengalaman baru ini.

Suatu hari, Arif mengajak Aiman masuk ke dalam hutan.

Mereka menemui sebuah gua tersembunyi yang penuh dengan lukisan purba di dinding.

Ads

“Ini sejarah nenek moyang kami,” Jelas Arif.

Aiman terpegun melihat lukisan-lukisan tersebut, yang menceritakan kisah penduduk pulau yang menghargai alam dan hidup secara sederhana.

Semasa pulang ke bandar, Aiman merenung pengalaman yang dilaluinya.

Ads

Dia belajar bahawa keindahan tidak hanya terletak pada kemewahan atau teknologi moden, tetapi juga pada alam dan cara hidup yang selari dengan alam sekitar.

Percutian di pulau ini mengajarnya pelajaran yang akan diingati seumur hidup.

Kesimpulannya, Aiman tidak hanya menikmati masa lapang di tempat baharu tetapi masih mempelajari untuk menghargai alam dan kehidupan sederhana.

Pengalaman ini juga mengajar Aiman bahawa hubungan yang erat dengan alam semula jadi dapat memberi nilai yang tidak ternilai.

Adik-adik, jangan lupa ajak keluarga untuk bercuti di tempat-tempat yang menarik tau!

Penuhkan masa adik-adik ketika cuti sekolah ini!