Cantik dan bergaya! Itulah yang dilihat daripada adik-adik berbakat ini. Dengan keyakinan diri yang tinggi, mereka tampil memukau dalam busana bertemakan Hari Kebangsaan di Merdeka Fotoshoot 2024, Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Malaysia lalu. Walaupun masih muda, minat mereka dalam dunia peragaan fesyen sudah jelas kelihatan.
Mari kita lihat lagak gaya adik-adik ini!
Adik-adik yang berusia antara 7 hingga 12 tahun ini telah menunjukkan minat mendalam dalam bidang ‘modeling’, dan tidak hairanlah mereka tampil begitu profesional di hadapan kamera. Gaya, postur, dan keyakinan mereka seolah-olah mencerminkan bakat masa depan yang besar dalam industri fesyen negara.
Ads
Apa yang lebih menarik, setiap busana yang diperagakan turut disertakan dengan elemen patriotik seperti corak bendera Malaysia, jalur gemilang, bunga raya, dan lambang negara. Ini bukan sekadar acara peragaan biasa, tetapi ia turut mencerminkan semangat cintakan negara di kalangan kanak-kanak, yang secara tidak langsung membangkitkan rasa bangga terhadap Malaysia.
Ads
Bukan itu sahaja, semangat adik-adik ini telah disambut dengan beberapa penghargaan kepada mereka seperti ‘Best Catwalk’ dan ‘Best Smile’. Sambutan penonton di sekitar Dataran Merdeka juga amat menggalakkan, dengan ramai yang kagum melihat kemahiran peragaan yang dimiliki oleh kanak-kanak seusia mereka.
Ads
Setiap langkah dan pose yang diambil tampak begitu meyakinkan, menjadikan pengalaman ini sebagai satu permulaan yang baik untuk mereka terus mengasah bakat dalam dunia fesyen.
Tidak dinafikan, masa depan fesyen Malaysia semakin cerah dengan kehadiran generasi baru yang berbakat ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketika anak berjuang untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan, mak ayah juga perlu turut sama berjuang dibelakangnya bagi mendoakan yang terbaik buat anak.
Apa mak ayah boleh lakukan? Salah satunya adalah bersedekah sepanjang hari peperiksaan anak. Tip ini dikongsikan oleh Guru Cemerlang, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Melaka, Ustazah Aminah Mat Yusoff di akaun Facebooknya baru-baru ini.
“Terdapat lima amalan terbaik yang boleh dilakukan ibu bapa sepanjang anak-anak menduduki peperiksaan.
“Saya kumpulkan di sini segala amalan terbaik, hasil perkongsian sahabat-sahabat yang mempunyai anak cemerlang,” ujarnya.
1) Doa yang paling baik, rugi jika tidak amalkan
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
“Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa ‘anta taj-alul hazna idha shi’ta sahla”
Maksud: “Ya ALLAH, tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah dan engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakni kesusahan) itu mudah jika engkau mahukan” – Hadith diriwayatkan Ibnu Sinni & Ibnu Hibban
Semasa bacakan doa ini, niatkan dalam hati supaya anak-anak dipermudahkan menjawab soalan, dipermudahkan memahami kehendak soalan dan dikurniakan kekuatan oleh ALLAH untuk memberikan jawapan yang terbaik.
2) Sedekah mengikut jumlah hari peperiksaan
Pada hari-hari peperiksaan, ibu ayah dermalah dalam tabung masjid. Jika jumlah hari peperiksaannya tujuh hari maka infaq yang dilakukan juga tujuh kali.
Jumlah tidak semestinya banyak sebaliknya sedekahlah mengikut kemampuan. Ingat, jangan sampai rasa terbeban dan hilangnya keikhlasan.
Jangan lupa niatkan sedekah ini atas nama anak dengan tujuan merungkaikan segala kekusutan dan kepayahan yang dihadapi. Paling penting, mohon ALLAH kurniakan kesihatan yang terbaik buat mereka.
3) Baca al-Quran
Saya pernah kongsikan satu kisah di mana seorang ayah yang mengambil cuti sepanjang anaknya menghadapi peperiksaan. Bermula anaknya menjawab soalan sehingga selesai kertas pertama kedua dan seterusnya dia setia berada di kawasan sekolah.
Dalam kereta dia mengalunkan ayat suci al-Quran tanpa henti dan antara surah yang dibaca ialah surah Yasin.
Akhirnya usaha itu memberi kejayaan yang sangat cemerlang kepada anaknya iaitu dari 1A semasa percubaan melonjak kepada straight A dalam peperiksaan sebenar. Kuasa ALLAH, tidak ada yang mustahil untuk dicapai.
Saya selalu pesan pada murid, jangan takut untuk meminta yang hebat-hebat dari ALLAH, kerana ALLAH itu Maha Berkuasa untuk tunaikan permintaan kita. Sungguh tidak ada yang mustahil bagi Ya Rabb.
4) Belanja makan dan tunaikan hajat anak yatim
Belanja makan fakir miskin, anak yatim, kawan dan jiran. Boleh juga belikan air minuman dan kismis kemudian sedekahkan kepada rakan sekelas anak-anak kita.
Kemudian, tunaikan hajat dan permintaan anak yatim. Gembirakan hati mereka dan layani dengan perkara yang anak-anak ini suka. Setiap kebaikan yang ibu ayah lakukan demi anak mesti kesannya sangat hebat.
5) Puasa dan solat hajat
Doa orang yang berpuasa sangat mustajab. Lebih-lebih lagi jika ia dari seorang ibu dan bapa. Amalan ini sangat popular, selalu sangat dilakukan dan kesannya memang sangat hebat.
Ada anak yang mengakui mudahnya mereka menjawab soalan malah urusan lain juga ALLAH permudahkan. Sebenarnya segala usaha dan amalan di atas adalah bukti bahawa ibu bapa sedang meredai segala usaha yang dilakukan oleh seorang anak.
Daripada reda ibu bapa, anak-anak akan mendapat reda ALLAH dan ini adalah resipi sebenar kejayaan seorang anak.
Sumber: Ustazah Aminah Mat Yusoff
Foto: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak tengok kawan korang berubah jadi idola terkenal? Haa kali ni, ada sorang murid Darjah 1 yang betul-betul buat semua orang ternganga sebab dia muncul jadi… Mini TokTi! Ya, gaya persis Datuk Seri Siti Nurhaliza!
Sekolah dia buat satu program best gila, nama dia ‘Jejak Inspirasi Tiru Tokoh’. Murid-murid boleh pilih ikon yang mereka suka dan tiru gaya idol tu. Ada yang jadi doktor, ada jadi angkasawan, tapi… kakak kecil ni pilih TokTi. Memang berani!
Mekap? On point. Kostum? Cun melecun. Gaya? Memang macam TokTi buat konsert!
Mula-mula, dia sebenarnya malu sangat nak naik pentas. Padahal dah siap comel-comel. Ibu dia cakap kat dia, “Bayangkan ibu ada depan. Nyanyi untuk ibu sebab itu lagu kegemaran ibu.” Terus mood dia berubah.
Lepas tu… boom! Dia naik pentas, berdiri sorang-sorang dan nyanyi lagu “Menamakanmu Cinta”. Dari suara kecik comel tu, terus satu dewan bersorak macam kat Stadium Bukit Jalil.
Cikgu pun terkejut tengok budak tujuh tahun boleh confident macam tu.
“Good job, kakak… we love you!” tulis ibu dia bangga sangat.
Yang lagi best, persembahan Mini TokTi ni sampai dapat perhatian Rozi Sang Dewi, pengurus TokTi sendiri. Dia siap tinggalkan pesan, “Tahniah, belajar rajin-rajin tau!”
Akhirnya, keberanian kakak kecil ni berjaya buat dia menang tempat JOHAN dalam pertandingan tu. Fuhh… memang layak!
Aktiviti macam ni bukan saja fun. Ia juga boleh:
Tahniah Mini TokTi! Siapa tahu… satu hari nanti, dia pula yang berdiri di pentas besar!
Selepas persembahan tu, ramai kawan-kawan dia mula rasa semangat untuk cuba benda baru. Ada yang kata mereka pun nak tiru ikon masing-masing dengan lebih yakin tahun depan. Guru-guru pun nampak kesan positif, budak-budak jadi lebih berani, lebih aktif, dan lebih cepat nak volunteer dalam kelas. Semua ini bermula daripada keberanian kecil yang ditunjukkan oleh Mini TokTi.
Ibu bapa lain pun berkongsi perasaan bangga kerana program sebegini bukan sekadar hiburan, tetapi satu platform untuk anak-anak mencuba, salah, belajar dan berkembang. Kadang-kadang, bakat kanak-kanak muncul pada saat mereka berani mencuba sesuatu yang di luar zon selesa.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, ibu kepada seorang murid sekolah rendah yang juga pelakon dan usahawan terkenal, Aunty Tya Arifin, berjaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi satu video di TikTok yang cukup menyentuh hati.
Video tersebut memaparkan kehadiran Aunty Tya Arifin di sekolah anak seawal jam 7 pagi. Ketika itu, kebanyakan ibu bapa lain mungkin masih sibuk menyiapkan anak, menyediakan sarapan atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Namun, Aunty Tya sudah berada di sekolah dengan senyuman dan semangat yang luar biasa.
Kehadiran awal Aunty Tya bukan sekadar untuk menghantar anak ke sekolah. Sebaliknya, dia datang dengan satu tujuan yang sangat bermakna iaitu untuk membantu menjayakan jamuan kelas anaknya.
Dia membawa pelbagai jenis makanan untuk potluck kelas. Setiap hidangan disusun rapi supaya mudah diambil oleh murid-murid. Tidak cukup dengan itu, Tya turut membantu menghias sudut bergambar agar semua murid dapat merakam kenangan bersama rakan sekelas.
Antara perkara yang dilakukan oleh Aunty Tya termasuk menyusun meja makanan, memastikan makanan diletakkan dengan kemas, serta membantu mengemas meja dan loker sebelum aktiviti bermula.
Perkara-perkara kecil ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, tetapi hakikatnya ia memberi kesan besar kepada kelancaran aktiviti dan keselesaan murid-murid. Tidak hairanlah ramai yang menggelarkan Aunty Tya sebagai ibu superhero.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan suasana kelas yang penuh keceriaan. Murid-murid bermain permainan, makan bersama dan ketawa tanpa henti. Jamuan itu bukan sahaja mengenyangkan perut, tetapi juga mengeratkan hubungan sesama rakan.
Pengalaman seperti ini pasti menjadi kenangan manis yang akan diingati oleh murid-murid hingga dewasa. Kehadiran Aunty Tya Arifin di sekolah anak secara langsung memberi warna kepada hari persekolahan mereka.
Rata-rata warganet yang menonton video tersebut meninggalkan komen positif. Ramai yang memuji sikap rendah hati dan kesediaan Tya untuk turun padang membantu pihak sekolah.
Ada juga yang menyatakan bahawa apabila ibu bapa sanggup terlibat secara aktif, guru-guru akan berasa lebih dihargai dan murid pula berasa disayangi. Hubungan antara ibu bapa, guru dan murid menjadi lebih erat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!