Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Cuti sekolah tambahan ini dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu A dan B. Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala Kumpulan B pula sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ads
Ini tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.
30 Oktober 2024 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
31 Oktober 2024 (Khamis) – Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)
Ads
30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)
Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan
Ads
Kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan oleh KPM adalah seperti berikut:
1. Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu)
2. Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad)
Wah nampaknya mak ayah sudah boleh merancang cuti-cuti dengan anak hujung bulan ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Apa makanan kegemaran korang? Coklat, fries, atau pizza? Memang sedap, tetapi adakah makanan yang korang suka itu memberi manfaat untuk kesihatan? Atau sebenarnya ia boleh merosakkan badan tanpa kita sedar? Mari kita lihat makanan mana yang baik untuk kesihatan dan mana yang perlu kita elakkan agar kita sentiasa sihat dan bertenaga!
Korang mesti tahu makanan seperti sosej, nuget, dan kentang goreng memang sedap, tetapi biasanya mengandungi bahan pengawet, pewarna, dan bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan tubuh kita. Pengambilan makanan proses yang kerap boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit. Sebaiknya, pilih makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk lebih khasiat.
Minuman manis dan minuman kotak sering menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang menyegarkan, namun ia mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Terlalu banyak gula boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes dan obesiti. Sebagai alternatif, pilih air kosong atau jus buah tanpa gula untuk kekal sihat.
Makanan segera dan hidangan bergoreng memang menggoda selera, tetapi penggunaan minyak berulang kali dalam penyediaannya boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Bahan dalam makanan ini juga sukar diproses oleh tubuh kita. Untuk kesihatan yang lebih baik, lebih baik makan makanan yang dimasak sendiri dengan bahan yang lebih segar dan sihat.
Mi segera dan snek berperisa sering mengandungi MSG dan garam natrium yang berlebihan. Pengambilan bahan-bahan ini dalam jumlah banyak boleh mengganggu fungsi tubuh dan menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang. Sebagai ganti, pilihlah snek sihat seperti kacang, buah-buahan, atau sayuran yang dipotong kecil.
Gula-gula dan makanan berwarna cerah sering mengandungi pewarna tiruan dan bahan kimia lain yang boleh memberi kesan negatif kepada otak dan tingkah laku kita. Pewarna tiruan ini kadang-kadang mengganggu kemampuan kita untuk fokus dan memberi kesan kepada mood. Sebaiknya, pilihlah makanan semulajadi dan yang kurang gula untuk kesihatan yang lebih baik.
Makanan-makanan ini boleh menjadi ‘racun senyap’ jika dimakan secara berlebihan. Jadi, mari kita bijak memilih makanan yang lebih sihat agar tubuh kita tetap sihat, bertenaga, dan kuat. Dengan makan makanan yang lebih sihat, kita dapat memastikan tubuh dan minda kita sentiasa dalam keadaan terbaik!
Pilih makanan yang lebih segar, kurang diproses, dan bebas dari bahan kimia berbahaya untuk kesihatan yang lebih baik. Elakkan pengambilan makanan tinggi gula, garam, dan lemak tidak sihat, dan pastikan kita makan dengan bijak. Dengan cara ini, kita dapat menjalani hidup yang lebih sihat, penuh tenaga, dan cerdas!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Hai adik-adik! Bulan September 2024 ni, Guardian Malaysia ada kempen best yang dipanggil Get.Set.Glow! Kempen ini untuk memupuk budaya penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sekeluarga.
Nak tahu tujuannya? Tujuan utama kempen ini adalah supaya adik-adik tahu betapa pentingnya menjaga kesihatan!
Kempen ini bukan untuk orang dewasa sahaja, kanak-kanak juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
Guardian Malaysia ada menawarkan promosi di kedai dan perkhidmatan farmasi. Selain daripada itu, ada juga promosi eStore, peraduan, dan diskaun termasuk produk-produk penjagaan kesihatan khas untuk kanak-kanak!
Menarik kan? Ibu dan ayah mesti suka!
Apa yang menarik ye? Kalau adik-adik nak tahu, ada video #MYWellbeingMatters di YouTube yang menampilkan doktor-doktor hebat seperti Dr Gayethri, Dr Kenny, Dr Wong, dan Dr Arunan. Hebat barisan doktor-doktor ni!
Banyak tip-tip penting mengenai penjagaan kesihatan yang bakal dikongsikan. Kanak-kanak pasti akan teruja untuk mendengar cerita-cerita menarik tentang kesihatan dari pakar-pakar ini!
Mereka akan ajar kita cara jaga badan dan minda supaya kita kekal sihat! Banyak juga produk yang ada di Guardian Malaysia yang baik untuk kanak-kanak.
Jangan rasa event ni untuk orang dewasa je tau! Jom ke Festival! Festival dari 10 hingga 16 September 2024, akan ada Festival Kesihatan Get.Set.Glow! di 1Utama.
Ada banyak aktiviti seronok untuk adik-adik seperti aktiviti luar, Glow Walk sejauh 3-km dengan lampu-lampu cantik! Selain itu, terdapat bengkel, kelas kesihatan, senaman, dan aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.
Ada juga Kids Corner yang penuh aktiviti menarik untuk belajar tentang kesihatan sambil bermain.
Jadi, jom sertai keseronokan ini bersama keluarga anda. Daftarlah segera untuk bengkel dan kelas menarik di laman web Heyjom. Tempat adalah terhad, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk membawa anak-anak anda meneroka dunia kesihatan dengan penuh keceriaan di Get.Set.Glow!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang kenal tak dua adik-beradik yang selalu buat orang senyum bila tengok gambar mereka? Inilah dia Lara Alana dan adiknya Lyla Amina, dua permata hati kepada pasangan pelakon popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Nama Lara Alana & Lyla Amina makin kerap disebut kerana wajah mereka yang hampir sama dan kecomelan yang sukar dinafikan.
Kalau tengok sekali imbas, mesti ramai yang akan berkata, “Eh, ni kembar ke?” Walaupun jarak umur mereka berbeza, ramai peminat kata wajah Lara dan Lyla memang seiras. Mata bulat yang bersinar, senyuman manis yang mencuri tumpuan, serta raut wajah lembut seakan sama. Memang comel.
Antara sebab utama Lara Alana & Lyla Amina sering dibandingkan ialah kerana wajah mereka yang hampir sama. Dari kecil lagi, Lara sudah dikenali sebagai kanak-kanak yang ceria, berani ke hadapan kamera dan penuh keyakinan. Malah Lara juga cukup dikenali ramai dan pengikut media sosialnya juga ramai. Kini, apabila Lyla Amina pula semakin membesar, ramai mula perasan yang adiknya itu seolah-olah mengikut jejak langkah kakaknya.
Setiap kali Scha Alyahya berkongsi gambar atau video mereka di media sosial, ruangan komen pasti dipenuhi dengan reaksi peminat. Ada yang berkata “macam copy paste”, ada juga yang berseloroh mengatakan “adik ikut muka kakak seratus peratus”. Perkara ini menunjukkan betapa kuatnya persamaan antara dua beradik ini di mata orang ramai.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga selebriti, Lara Alana & Lyla Amina tetap menjalani kehidupan kanak-kanak yang sederhana dan normal. Mereka bebas bermain, ketawa dan menikmati masa bersama ibu bapa tanpa tekanan dunia glamor. Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga sering menekankan kepentingan keluarga dan masa berkualiti bersama anak-anak.
Inilah yang membuatkan ramai ibu bapa kagum dengan cara pasangan ini membesarkan anak-anak mereka. Lara dan Lyla tidak kelihatan terlalu dimanjakan dengan kemewahan, sebaliknya membesar sebagai kanak-kanak yang ceria, manja dan dekat dengan keluarga.
Seiring pertambahan usia, Lara Alana kini semakin matang dan jelas menunjukkan sifat seorang kakak yang penyayang. Dia sering dilihat menjaga dan melayan adiknya dengan penuh kelembutan. Sikap ini membuatkan ramai tersentuh dan memuji cara didikan yang diterapkan oleh ibu bapanya.
Dalam banyak perkongsian di media sosial, Lara dilihat lebih berdikari dan yakin. Perubahan ini menjadikan Lara Alana contoh yang baik kepada kanak-kanak lain, terutama dari segi keyakinan diri dan hubungan adik-beradik.
Sementara itu, Lyla Amina pula semakin aktif, petah bercakap dan penuh dengan gelagat mencuit hati. Setiap senyuman dan aksi spontan Lyla sering membuatkan peminat tersenyum. Kecomelannya yang semula jadi menjadikan dia cepat mendapat perhatian ramai, terutamanya apabila bergambar bersama kakaknya.
Ramai yang bersetuju bahawa gabungan Lara Alana & Lyla Amina dalam satu gambar pasti mencuri tumpuan. Aura positif dan keceriaan mereka membuatkan sesiapa sahaja yang melihat akan rasa gembira.
Kisah Lara Alana & Lyla Amina membesar bersama-sama ini bukan sekadar tentang wajah yang seiras. Ia juga tentang kasih sayang, kebersamaan dan sokongan dalam keluarga. Melihat mereka membesar dengan penuh kegembiraan memberi inspirasi kepada ramai ibu bapa dan kanak-kanak lain.
Siapa tahu, suatu hari nanti Lara dan Lyla mungkin akan menjadi ikon atau inspirasi kepada generasi muda. Apa yang penting, mereka terus membesar sebagai diri sendiri, yakin, ceria dan dikelilingi kasih sayang keluarga.
Melihat perjalanan Lara Alana & Lyla Amina ini benar-benar membuatkan kita tersenyum dan menghargai keindahan hubungan adik-beradik yang penuh kasih.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!