Cukup sekali tragedi, selamatkan anak-anak! Bahaya trend gula-gula bentuk vape & picagari! Pastinya kita masih belum lupa kejadian pilu yang meragut nyawa seorang kanak-kanak akibat pengambilan gula-gula gummy yang berbahaya. Satu nyawa melayang, satu keluarga kehilangan insan tersayang cukup untuk membuka mata kita semua tentang bahaya makanan yang kelihatan ‘tidak bersalah’ ini.
Demi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang, langkah tegas diambil dengan melarang sebarang makanan berbahaya, termasuk kemunculan gula-gula berbentuk peranti vape dan jarum suntikan membanjiri pasaran tempatan yang kemungkinan akan dijual atau dibawa ke sekolah.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow meluahkan kebimbangan apabila trend itu dilihat semakin membimbangkan kerana produk berkenaan menyerupai alat vape dan jarum suntikan sebenar, dengan rekaan warna-warni yang menarik perhatian kanak-kanak.
“Corak dan reka bentuk gula-gula ini boleh mendorong kanak-kanak meniru tabiat merokok apabila meningkat usia. Lebih membimbangkan, ada yang direka seperti jarum suntikan, menyerupai picagari yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.”
Ads
“Gula-gula ini bukan sekadar manisan biasa, tetapi boleh menjadi titik permulaan kepada ketagihan vape dan rokok. Ibu bapa mungkin tidak menyedari risiko ini dan membelinya untuk menenangkan anak-anak mereka,” ujarnya
Katanya lagi, pihaknya bimbang jika tanpa kawalan produk gula-gula itu yang memasuki pasaran tempatan sejak enam bulan lalu dan semakin popular dalam kalangan kanak-kanak meningkatkan risiko ketagihan terhadap vape serta rokok pada usia muda.
Ads
“Tanpa kawalan, lebih banyak produk serupa akan membanjiri pasaran. Jika dibiarkan, kanak-kanak yang membesar dengan gula-gula berbentuk vape ini mungkin akan beralih kepada produk sebenar seperti e-rokok dan rokok konvensional.”
Dia berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengharamkan penjualan produk ini demi kesihatan generasi akan datang.
KPM Larang Jualan Gula-Gula Berbentuk Vape
Ads
Kementerian Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.
“KPM memberi jaminan bahawa makanan berbahaya tidak akan dijual dalam kawasan sekolah namun kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Kesihatan diperlukan bagi mengawal penjualan makanan itu di luar kawasan sekolah.”
Beliau menegaskan, KPM tidak mahu murid terdedah kepada makanan yang tidak sihat dan berbahaya sama ada di dalam atau luar sekolah.
Tahukah anda bahawa kandungan gula yang tinggi dalam makanan adalah punca karies gigi. Snek sihat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anak anda dengan cara berikut:
Kurangkan Gula, Kurangkan Karies – Pilih snek rendah gula seperti buah-buahan segar, sayuran rangup, dan yogurt tanpa gula untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi.
Jadikan snek sihat sebagai pilihan utama dalam diet harian anak anda. Dengan snek yang betul, anda bukan sahaja melindungi gigi mereka, tetapi juga menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
TIP PILIHAN MAKANAN YANG SIHAT UNTUK PENJAGAAN GIGI
1.Buah-buahan Segar
Epal, strawberi, pir, pisang, atau buah beri, kaya dengan serat dan manis secara semula jadi.
2.Sayuran Rangup
Lobak merah, timun, atau saderi
3.Yogurt Tanpa Gula
Penuh kalsium dan baik untuk gigi, tambah buah untuk rasa lebih sedap!
4.Keju
Rendah gula, tinggi kalsium, bantu kekalkan kekuatan gigi si manja.
5.Kacang atau Bijirin Tanpa Gula
Memberi tenaga dan rasa kenyang lebih lama tanpa merosakkan gigi.
Menyediakan makanan sihat untuk anak adalah langkah penting dalam memastikan mereka membesar dengan sihat dan cergas. Dengan pilihan yang tepat, kita boleh membantu anak memperoleh nutrisi yang mereka perlukan untuk perkembangan optimum.
Dalam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan makanan tidak sihat, adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa membuat keputusan yang bijak. Berikut adalah 5 tip mudah untuk menyediakan makanan sihat yang bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga menarik minat anak-anak.
1.Pilih Bahan Segar
Utamakan penggunaan bahan makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein tanpa lemak. Ini memastikan anak mendapat nutrisi yang optimum.
2.Variasi Warna
Sajikan makanan dengan pelbagai warna. Warna yang berbeza menunjukkan pelbagai nutrisi, jadi cuba masukkan sayuran dan buah-buahan pelbagai warna dalam hidangan.
3.Kurangkan Gula dan Garam
Elakkan menambah gula dan garam yang berlebihan dalam makanan. Sebaliknya, gunakan rempah dan herba untuk memberikan rasa tanpa menambah kalori yang tidak sihat.
4.Makanan Snek Sihat
Sediakan snek sihat seperti yogurt rendah lemak, kacang, atau potongan buah. Ini dapat membantu mengelakkan anak daripada memilih snek tidak sihat.
5.Libatkan Anak dalam Memasak
Ajak anak untuk membantu di dapur. Ini dapat meningkatkan minat mereka terhadap makanan sihat dan memberi mereka pengetahuan tentang pemilihan bahan yang baik.
Dengan mengikuti tip-tip di atas, kita dapat memastikan anak-anak mendapat pemakanan yang seimbang dan sihat. Makanan yang baik bukan sahaja memberikan nutrisi, tetapi juga membentuk tabiat makan yang positif dari usia muda.
Ingatlah, setiap usaha yang kita lakukan hari ini akan memberikan kesan besar terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka di masa depan. Mari kita bersama-sama memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita!
Pelakon Fatin Afeefa kelihatan sebak ketika menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian, ke sekolah agama untuk mendalami ilmu al-Quran.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh pihak pusat tahfiz di TikTok, dapat dilihat Adam melafazkan janji di hadapan kedua ibu bapanya.
Dalam lafaz tersebut, Adam berjanji akan berusaha menyelesaikan hafalannya dalam tempoh setahun serta berharap agar perjalanannya menjadi seorang hafiz dipermudahkan.
“Ia adalah tangisan penuh makna, lahir dari lubuk hati seorang ibu dan ayah di dunia realiti, saat menghantar anak mereka ke tahfiz.
“Perjuangan kini bermula. Beruntunglah ibu bapanya dikurniakan anak yang berada di jalan menghafal Quran. Tahniah Puan Fatin Afeefa dan suami kerana telah memilih untuk berada dalam perjuangan ini bersama anak.
“Moga Allah permudahkan langkah mereka,” tulis Akademi al-Quran Akmal di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu serta kagum dengan cara Fatin Afeefa dan Opai yang bersungguh-sungguh mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang dapat berbakti kepada agama.
Sekadar info, Adam adalah anak daripada hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami Fatin namun, dia mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan perkahwinan itu secara terperinci kepada umum.
Pada 21 Disember 2013, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Adam dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia sebelum memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017 dan berpisah dengan baik.
Dia kemudiannya membina mahligai dengan Aliff pada Disember 2022 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Korang suka filem apa? Filem animasi bukan sekadar hiburan untuk si kecil, tetapi juga cara yang menyeronokkan untuk mendidik, mengajar nilai murni dan menyalakan imaginasi mereka.