
Korang yang di Tahun 4 sekarang dah sedia ke? Menurut pengumuman oleh Perdana Menteri, murid Tahun 4 di sekolah rendah akan bakal menduduki ujian penilaian atau peperiksaan yang akan bermula tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penilaian itu akan dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan.

Empat Subjek Sahaja
Kata Perdana Menteri lagi, ia merangkumi empat subjek sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains manakala untuk tingkatan tiga meliputi subjek sejarah bermula 2027.
“Guru-guru ingat tahun ini ada ujian darjah empat, mengapa nak tunggu Darjah Enam.
“Kita buat penilaian ini supaya kita tahu, dua tahun iaitu murid darjah lima dan enam, mereka mempunyai ruang untuk perbaiki sebelum memasuki tingkatan satu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di Putrajaya, hari ini.
View this post on Instagram
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







