Ads
Home Berita Luar Negara Roblox Diharamkan di Iraq, Risiko Bahaya Terhadap Kanak-Kanak

Roblox Diharamkan di Iraq, Risiko Bahaya Terhadap Kanak-Kanak

0
Roblox Diharamkan di Iraq, Risiko Bahaya Terhadap Kanak-Kanak

Permainan atas talian popular, Roblox sememangnya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Tidak hairanlah apabila Roblox diharamkan di Iraq selepas kerajaan negara itu mendapati platform tersebut mengandungi pelbagai kandungan berisiko kepada golongan bawah umur.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Komunikasi Iraq, platform permainan video dari Amerika Syarikat (AS) itu didakwa mengandungi kandungan berunsur seksual, penghinaan agama serta risiko ugutan dalam talian terhadap kanak-kanak bawah umur.

Roblox Diharamkan di Iraq, Risiko Bahaya Terhadap Kanak-Kanak

Sebab Roblox Diharamkan di Iraq

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Roblox yang terkenal dengan ciri khas membenarkan pemain mencipta permainan mereka sendiri, berulang kali dituduh gagal melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak. Langkah pengharaman Roblox di Iraq diambil bagi melindungi ketenteraman sosial, memelihara nilai moral serta menjamin keselamatan pengguna internet di negara tersebut.

Ads

Langkah Kerajaan Iraq Melindungi Kanak-Kanak

Kementerian Komunikasi Iraq menjelaskan bahawa keputusan mengharamkan Roblox dibuat selaras dengan keputusan Mahkamah Agung negara itu. Ia bertujuan mengekang penyebaran kandungan yang berpotensi memudaratkan pengguna muda serta menjaga kestabilan sosial.

Platform berpusat di California, AS itu didakwa mengandungi kandungan berunsur seksual, aktiviti ugutan, penggunaan bahasa kesat dan kata-kata lucah. Selain itu, ia turut dikatakan menimbulkan pelbagai risiko terhadap keselamatan dan sosial masyarakat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Ads

Roblox Diharamkan di Iraq, Risiko Bahaya Terhadap Kanak-Kanak

Risiko dan Kesan Terhadap Pengguna Muda

Salah satu punca utama Roblox diharamkan di Iraq ialah cirinya yang membolehkan komunikasi secara langsung antara pengguna. Situasi ini mendedahkan golongan muda kepada cubaan eksploitasi, ugutan serta pendedahan terhadap kandungan yang tidak sesuai dengan usia mereka.

Ads

Kementerian turut menegaskan bahawa langkah pengharaman tersebut bukan sahaja untuk menjaga keselamatan pengguna bawah umur, tetapi juga bagi memastikan masyarakat terpelihara daripada pengaruh negatif yang boleh menjejaskan nilai moral dan akhlak.

Pengharaman ini menunjukkan kesungguhan kerajaan Iraq dalam mengawal kandungan digital yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyatnya, khususnya kanak-kanak yang merupakan kumpulan paling mudah terdedah dalam dunia siber.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sumber: Berita Harian

Ads
SeeNI ×