Korang terfikir tak ada dua guru mengajar dalam kelas? Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan pendekatan baharu dalam sistem pendidikan negara melalui Kurikulum Persekolahan 2027, dengan melaksanakan kaedah pengajaran berpasukan atau co-teaching di mana melibatkan dua guru mengajar dalam satu kelas secara serentak.

Langkah transformasi pendidikan ini dijangka mampu meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran, menjadikan suasana bilik darjah lebih menyeronokkan, interaktif, dan membantu pelajar memberi tumpuan dengan lebih baik. Kaedah co-teaching juga dilihat sebagai strategi terbaik dalam memperkukuh kualiti PdP di sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Kaedah Co-Teaching Mulai 2027: Dua Guru Dalam Satu Kelas!

Dua Guru, Satu Matlamat

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa kaedah co-teaching memberi peluang kepada guru untuk berkreativiti dan saling melengkapi dalam perancangan serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Ads

“Dalam kaedah ini, dua guru bekerjasama sepenuhnya dalam satu kelas, bukannya guru dan pembantu pengajar. Gabungan dua tenaga pendidik akan menjadikan suasana PdP lebih menarik dan berkesan,” katanya.

Kaedah co-teaching ini telah diuji menerusi uji rintis melibatkan 130 guru, dan hasilnya menunjukkan maklum balas yang sangat positif terhadap pembaharuan yang dirancang. Ramai guru menyatakan bahawa pendekatan ini membantu mereka memahami gaya belajar pelajar dengan lebih mendalam serta memberi peluang kepada pelajar untuk lebih fokus dalam kelas.

Subjek Baharu: Alam dan Manusia

Pendekatan co-teaching akan digunakan untuk mata pelajaran baharu, Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu di Tahap I sekolah rendah. Subjek ini menggabungkan pelbagai disiplin ilmu  Sains, Bahasa, dan Sosial bagi membolehkan pelajar belajar secara lebih holistik dan bersepadu.

Ads

Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan, tetapi juga memahami bagaimana pelbagai aspek kehidupan saling berkait, sekaligus menggalakkan pemikiran kritikal dan kemahiran berfikir aras tinggi. Kaedah co-teaching dalam subjek ini membolehkan guru dari bidang berbeza bekerjasama untuk memberi pemahaman menyeluruh kepada pelajar.

Kaedah Co-Teaching Mulai 2027: Dua Guru Dalam Satu Kelas!

Ads

Pembentukan Karakter Dalam Semua Subjek

Selain itu, KPM turut memperkenalkan Program Pembentukan Karakter, diperuntukkan selama 60 minit seminggu dalam jadual waktu persekolahan. Program ini bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk menghayati nilai positif, membentuk tingkah laku baik, serta mengamalkan adab dan akhlak dalam kehidupan seharian. Pendekatan co-teaching dijangka memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat ini melalui penyampaian nilai yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Dengan pelaksanaan co-teaching pada tahun 2027, sistem pendidikan Malaysia bakal melangkah ke era baharu yang lebih kolaboratif, dinamik, dan berfokus kepada pembangunan pelajar secara holistik. Ia bukan sahaja tentang dua guru dalam satu kelas, tetapi dua minda yang bersatu untuk satu matlamat iaitu membentuk generasi masa depan yang seimbang, berilmu, dan berakhlak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi