Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ads
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Ads
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Ads
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan. Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.
Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini.
LELAKI MABUK PANDU MYVI
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian jam 7.10 pagi itu berlaku ketika Perodua Myvi dipandu suspek dalam perjalanan dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang.
“Pemandu itu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan telah melanggar murid berkenaan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami patah ibu jari kaki kanan serta luka di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, bertindak atas kejadian itu, polis menahan pemandu kereta terbabit yang berusia 28 tahun.
Menurutnya, ujian saringan yang dilakukan mendapati bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah.
“Suspek direman bermula Khamis sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sabit kesalahan pemandu boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
The Chosen One cetus fenomena lagi! Tahun lepas, program realiti baharu nombor satu di Malaysia ini telah mencipta fenomena setelah menjangkau lebih dari 3.5 juta penonton di kaca televisyen.
Juga masih ingat lagi, nama adik Amir Sisi yang merupakan kanak-kanak berusia 12 tahun dari perkampungan orang asli di Gerik, Perak yang telah dinobatkan sebagai juara musim pertama.
Kejayaannya tular sehingga mencatatkan lebih 235 juta tontonan di TikTok, sekaligus membuktikan potensi bakat generasi muda Malaysia!
Musim Ke Dua
Kini, Astro sekali lagi tampil dengan program pencarian bakat, ‘The Chosen One 2024’, yang bakal menemui penonton mulai 20 September.
Program ini akan bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan akan turut disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104).
Setelah kejayaan musim pertamanya yang mencetuskan fenomena luar biasa, ‘The Chosen One 2024’ dijangka menarik perhatian lebih ramai penonton.
Melonjakkan Bakat Generasi Baharu
Selaras dengan aspirasi Astro untuk melahirkan bintang masa depan, musim kedua ‘The Chosen One 2024’ kembali menampilkan format yang sama, tetapi dengan intensiti yang lebih hebat.
Mengekalkan format lalu, musim kedua turut menggandingkan peserta yang berbakat dalam nyanyian dengan penyanyi popular tanah air yang menggalas tugas sebagai coach mereka.
Daripada ribuan yang mencuba nasib, 16 peserta berusia antara 11 hingga 17 tahun telah dipilih melalui uji bakat seluruh negara.
Daripada jumlah itu, hanya 8 peserta yang berjaya memikat hati para coach selebriti dan akan dipilih sebagai pasangan duet mereka. Setiap pasangan akan berentap di pentas utama untuk meraih gelaran juara musim ini.
Barisan Juri & Coach Hebat untuk Musim Yang Lebih Epik
Musim ini menyaksikan kepulangan juri legenda, Dato’ Awie, ikon rock Malaysia, yang akan terus menghangatkan pentas bersama penyanyi bersuara emas dan pemenang pelbagai anugerah, Jaclyn Victor.
Bersama-sama mereka, pengacara program Jihan Muse, seorang pelawak dan pelakon popular, akan bergandingan dengan personaliti radio ERA, Haziq Hussni, bagi mengendalikan setiap episod dengan penuh jenaka dan kejutan.
Bukan itu sahaja, musim kedua ini juga menampilkan barisan penyanyi ternama Malaysia sebagai coach yang akan mengasah bakat peserta. Antaranya ialah Tomok, Aepul Roza, Amir Jahari, Sufian Suhaimi, Suki Low, Adira Suhaimi, Wany Hasrita, serta pasangan kembar berbakat besar, Firdaus & Fahimi Rahmat.
Kesemua mereka bersedia memberikan tunjuk ajar dan membawa peserta ke tahap yang lebih tinggi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemunculan bintang masa depan dalam ‘The Chosen One 2024’. Adakah anda bersedia untuk menyaksikan siapa yang akan dinobatkan sebagai juara musim ini? Saksikan malam ini di Astro Ceria dan Astro Ria!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Zaman sekarang, makin ramai kanak-kanak yang menghidap penyakit yang dahulunya hanya dikaitkan dengan orang dewasa, termasuk kolesterol tinggi.
Perkongsian daripada Dietitian , Nur Hafizah M Sobri ini membuka mata ramai apabila seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikesan mempunyai berat badan berlebihan dan bacaan kolesterol yang tinggi.
BARU UMUR 5 TAHUN ADA KOLESTEROL TINGGI Makin muda pesakit zaman ni
Teringat kes ni, sebab anak tersebut akan masuk darjah 1 tahun ni. Dirujuk kepada saya sebab berat badan berlebihan (55kg) dan bacaan kolesterol (6.2) . Ditanya kepada mak yang datang sekali anak makan apa Setiap hari ada je makanan fast food Kalau bukan buat dekat rumah macam goreng nugget hotdog masa pagi, beli dekat kedai drive through yang berdekatan dengan rumah Dua dua mak ayah kerja maka alasan tidak sempat untuk masak sebagai alasan untuk membeli makanan fast food.
. Ditanya anak makan apa selain yang mak sebut Kerap minum air manis macam air teh O dan sirap yang nenek buat Kerap beli jajan dan gula gula dengan atok Anak dijaga oleh atok nenek waktu mak ayah ke kerja dan jaraaaaang main dekat luar…banyak masa duduk dalam rumah tengok tv dan main phone. . Kadang kadang dewasa dalam keadaan IN DENIAL Anak makan banyak tandanya sihat Anak bambam tandanya berselera Anak besar tandanya kuat Tidaaaaakkkkkkkkk… Itu merosakkan anak namanya… . Ni antara tips yang saya beri kepada mak dan anak tersebut, buat satu satu Untuk mak
1. Buat sekali seminggu homemade nugget/chicken chop/ pes simple untuk masak sepanjang minggu 2. Sentiasa standby buah buah di rumah 3. Jika perlu beli dari luar, beli hat ada nasi dan berlauk..wajib ada sayur.
Untuk anak 1. Jam 5-7ptg keluar rumah. Buat la apa apa, main bola ke congkak ke baling selipar ke..tak boleh duduk dalam rumah 2. Cari botol cantik 1L dan perlu habiskan air kosong dari botol tersebut baru boleh minum air manis 3. Duit beli jajan minta masukkan dalam tabung untuk beli bola dan gol.
Perlu berhenti praktis kita anak anak yang bambam adalah anak anak yang sihat. Pembetulan: maaf typo berat adik ni..patut 55kg bukan 65kg.