Korang tahu tak? Sekarang ni ada berita yang memang buat ramai budak senyum lebar. Percaya atau tak, kanak-kanak pun boleh naik kereta api KTM secara percuma. Ya, betul betul percuma!
Mulai 1 Januari 2026, program MyRailLife akan jadi lebih best sebab ia dibuka kepada kanak-kanak seawal umur 4 tahun. Maknanya, adik-adik kecil pun boleh ikut naik tren tanpa perlu keluarkan duit. Best kan?
Berita ni mestilah buat ibu bapa pun rasa lega sebab kos pengangkutan boleh jadi lebih jimat, terutama untuk ke sekolah atau berjalan-jalan.
Apa Sebenarnya Pas MyRailLife Ni?
Pas MyRailLife ialah pas khas yang bagi peluang naik tren KTM tanpa had dan tanpa bayaran untuk golongan tertentu. Dengan pas ni, kita boleh naik beberapa perkhidmatan tren seperti:
✔️ Kaunter tiket di stesen KTM ✔️ Aplikasi rasmi KTMB, KITS Style ✔️ Mesin kios tiket di stesen terpilih (untuk kanak-kanak kecil)
Jangan lupa bawa dokumen penting macam MyKid, MyKad atau sijil lahir ya.
Kenapa Program Ni Memang Bagus?
Dengan adanya MyRailLife, budak-budak boleh ke sekolah dengan lebih mudah, ibu bapa pun tak perlu risau pasal tambang setiap hari. Selain jimat duit, kita juga boleh belajar guna pengangkutan awam dan jaga alam sekitar.
Pendek kata, naik tren percuma ni memang win-win untuk semua. Jadi, siapa dah tak sabar nak naik KTM lepas ni?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang selalu datang sekolah lewat atau tiba-tiba tak hadir? Lepas ni, masalah tu jadi lebih senang! Ada satu sistem bijak yang diperkenalkan oleh seorang Guru Besar ni, bukan je bantu murid jadi lebih berdisiplin, tapi mak ayah korang pun rasa lega. Tak perlu lagi risau atau tertanya-tanya anak datang sekolah ke tak. Semua jadi lebih teratur dan mudah!
Sistem bijak ini direka oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini, Cikgu Mohd Faruze, yang buat murid mungkin jadi lebih disiplin.
Sekarang ni, murid-murid di sekolah tu cuma perlu imbas kod QR bila sampai sekolah. Senang macam scan QR kat kedai! Sistem ni dipanggil StudentQR.
✔️ Datang awal? Dapat merit ⏰ Datang lewat? Direkod sebagai demerit ❌ Tak datang sekolah? Cikgu boleh tahu lebih awal
Bila semua direkod dengan jelas, murid pun jadi lebih peka dengan masa. Tak perlu cikgu asyik marah atau tegur hari-hari.
Dengan sistem ni, cikgu tak perlu tulis kehadiran banyak kali. Pihak sekolah pun senang nak tengok rekod murid yang selalu lewat atau tak hadir. Semua data kemas dan teratur.
Yang paling best, tak perlu bayar apa-apa pun. Murid cuma guna lencana QR sahaja dan ibu bapa pun tak keluarkan duit tambahan.
Ramai ibu bapa perasan anak-anak mereka mula berubah. Ada yang bangun awal sendiri, ada yang siap-siap cepat sebab tak nak dapat demerit.
Cikgu Mohd Faruze kata, sistem ni sangat praktikal dan berkesan. Bukan je digunakan di Malaysia, tapi juga di negara lain macam Indonesia dan Jepun.
Sekarang ni, cikgu-cikgu dari sekolah lain pun mula belajar cara ni supaya murid boleh jadi lebih berdisiplin sejak awal.
Kesimpulannya
Datang sekolah awal bukan sekadar ikut peraturan, tapi tanda kita murid yang bertanggungjawab. Kalau cara ni boleh buat sekolah jadi lebih seronok dan teratur, kenapa tak cuba, kan?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Benarlah aura si comel Muhammad Aniq Redzuan atau Bang Aji ini bukan biasa-biasa. Setiap kali melihat wajah dan keletah comelnya di media sosial hati tercuit rasa sayang. Apa lagi kala bertemu dengannya secara berdepan.
Pelawaan Bintang Kecil & Pa&Ma sebagai Cover Digital 2025 disambut baik oleh keluarga khusus bagi meninggalkan memori dizaman kecil buat anak mereka.
Bapanya, Mohd Redzuan Zainol berkongsi kisah istimewa anak kecil ini sehingga disayangi malah disenangi ramai orang.
Muhammad Aniq yang dilahirkan pada 10 Ogos 2021 ini benar-benar mampu membuatkan ramai cair. Malah Bang Aji yang kini menginjak usia empat tahun rupanya seorang anak yang cukup disenangi oleh keluarga.
Berkongsi kisah Bang Aji di waktu kecil, ujar bapanya, Bang Aji satu-satunya anaknya yang paling kecil dengan berat 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
Malah kongsi bapanya lagi, Bang Aji yang dilahirkan waktu PKP ketika itu meninggalkan banyak memori buatnya dan isteri.
“Berbanding abang dan dua kakaknya, berat Bang Aji boleh saya katakan paling kecil dengan 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
“Sama macam bayi lain, Bang Aji membesar macam biasa cuma dia memang suka minum susu.
“Saya masih ingat lagi waktu Bang Aji lahir, waktu tu zaman PKP jadi nak tak nak semua benda kena buat sendiri termasukkan mencukur rambutnya waktu bayi.
“Disebabkan bidan tak boleh datang ke rumah, saya buat sendiri, saya pegang kepala dan cukur rambut Bang Aji sendiri,” kongsi bapanya lagi.
Disebalik perwatakan Bang Aji yang begitu bersahaja, rupanya anak kecil kesayangan ramai ini memiliki karakter yang cukup kelakar bila berada di rumah.
Bahkan kata bapanya, Bang Aji juga sering membuatkan mereka sekeluarga terhibur dengan gelagat comelnya. Ada sahaja yang dilakukan yang tidak terjangkau dek akal.
“Setiap benda yang dia buat di rumah, dari kecil lagi memang kelakar.
“Boleh saya katakan setiap pergerakan Bang Aji memang kelakar malah dia paling ramah berbanding abangnya,”ujarnya lagi.
Sentuhan kreatif berpengalaman dan penuh magis dari jurugambar @newbornbytakara membuahkan hasil cukup magis bila mana setiap aksi dan keletah comel Bang Aji dipotretkan sebaiknya oleh jurukamera berpengalaman ini dengan cukup sempurna.
Paling membanggakan, Bang Aji yang sudah terbiasa dengan kamera ini mampu bekerjasama dan memberikan pose yang cukup menarik untuk dipotretkan.
Bang Aji muncul dengan gaya yang cukup matang dan bersahaja. Cukup dengan hanya tersenyum manis dan memberikan sedikit gaya, aura Bang Aji sudah berjaya dirakam dengan cukup sempurna. Memang hebat!
Kata bapanya lagi, jika diminta untuk muncul dikamera, Bang Aji tidak lokek malah boleh memberi kerjasama dengan baik ketika merakam aksinya menerusi video-video mereka di media sosial.
Tambah bapanya lagi, dia dan keluarga yang pada mulanya agak terkejut dengan penerimaan wargamaya terhadap anaknya namun kini sudah mula terbiasa.
Malah dia sendiri tidak menyangka penangan video pertamanya bersama anak keempatnya itu mendapat perhatian ramai.
“Video yang viral tu sebenarnya saja saya rekod dan tak sangka view video nyanyian mendapat perhatian ramai.
“Bila view tinggi, saya post lagi video Bang Aji dan semuanya tinggi. Bermula dari saat itu saya mula merakam dan post video Bang Aji di media social.
“Jujurkan saya sendiri jarang bermain media social dan pada mulanya kami sekeluarga agak terkejut dengan sambutan ramai pada Bang Aji tapi kami mula membiasakan diri.
“Saya tak nafikan Bang Aji ada aura dan daya tarikan untuk orang lain nak tengok dan suka Bang Aji. Dulu zaman tak ada Tik Tok tapi lain sekarang dengan kuasa Tik Tok yang begitu besar.
“Sekarang ini jujurnya kalau nak keluar berjalan terutama ke mall, saya biasanya pakaikan dia dengan topi tapi biasanya orang tetap kenal dia.
“Saya dan isteri tak ada masalah pun cuma kadang kala Bang Aji sendiri kurang selesa apatah lagi kalau disentuh orang ramai,” katanya lagi.
Akui bapanya lagi, tempias populari Bang Aji turut dirasai ahli keluarga lain.
“Kadang-kadang ada kawan-kawan anak lain yang suka datang hendak tengok Bang Aji dirumah. Begitu juga dengan kawan-kawan neneknya yang sentiasa menjadi peminat setia Bang Aji,” konsinya lagi.
Bagi memastikan anak bongsunya ini tidak terlepas momen berharga di waktu kecilnya, sebagai bapa dia sentiasa memastikan Bang Aji ada ruang untuk dirinya sendiri terutama ketika bermain.
“Biasanya kalau saya nak ke mana-mana, saya akan bawa team saya sendiri untuk pastikan Bang Aji terjaga.
“Contohnya kalau dia nak main di event, saya bawa ramai supaya masing-masing boleh kawal Bang Aji dan tidak menghalang apa yang Bang Aji suka.
“Boleh saya katakan bila berada dalam situasi macam ini tidaklah menjadi satu halangan buat kami, cuma Bang Aji sendiri kalau nak kemana-mana mesti dengan saya. Apa-apa dia cari ayah dulu,” ujarnya lagi.
Si comel Muhammad Aniq ini rupanya bakal memasuki alam persekolahan bermula awal tahun hadapan. Semoga Bang Aji terus sihat dan memasuki alam persekolahan dengan baik dan cemerlang.
Menutup kisah penuh inspirasi ini, Bang Aji kini bersedia memasuki alam persekolahan awal tahun hadapan. Semoga si comel penuh aura ini terus sihat, membesar dengan bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Memang benar, aura Bang Aji tak boleh lawan – pesonanya buat semua yang melihat terus cair!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Treasure Hunt dalam rumah memang aktiviti yang paling best kalau korang nak rasa macam detektif sebenar! Pernah tak korang rasa macam nak jadi detektif dalam cerita kartun? Ala… yang pegang kaca pembesar, ikut jejak kaki misteri, kemudian jumpa harta karun tersembunyi. Ha, cuti sekolah ni korang boleh jadi detektif sebenar hanya dengan bermain dalam rumah saja. Tak payah keluar rumah pun, tapi tetap rasa macam pengembaraan besar.
Treasure Hunt ialah permainan mencari barang berdasarkan clue atau petunjuk. Mak ayah akan sembunyikan 10 barang kecil, dan tugas korang ialah cari semua harta karun tu secepat mungkin! Siapa jumpa paling banyak? Dialah Master Detective! Yang bestnya semua orang boleh main, adik, abang, kakak, mak dan ayah pun boleh join aktiviti Treasure Hunt dalam rumah ni.
Untuk faham petunjuk, korang kena fikir, teka, bayangkan tempat dan cari. Ini melatih otak untuk berfikir dengan lebih kreatif dan logik.
Kadang barang tu betul-betul dekat depan mata tapi korang tak perasan! Treasure Hunt ajar korang untuk lebih sabar, teliti dan fokus.
Ini masa untuk gelak sama-sama, jerit excited sama-sama, dan celebrate kemenangan bersama. Bonding time paling best!
Bila main Treasure Hunt, korang akan bergerak, berlari, mencari dan bukan duduk depan tablet atau TV saja.
Bila korang berjaya jumpa barang berdasarkan clue, perghh rasa macam detektif pro!
Mak ayah boleh pilih barang kecil yang selamat, contohnya:
Kemudian, tulis clue ringkas dan tampal atau serahkan kepada pemain.
“Ada benda tersembunyi di tempat yang kita guna untuk tengok cerita kartun.”
➡ Kawasan TV!
“Hari-hari kita tidur di sini. Tapi harta karun tidur di bawahnya.”
➡ Bawah katil!
“Tempat baju bersidai, ada sesuatu sedang bersembunyi.”
➡ Rak baju / penyidai kecil.
Clue boleh jadi kelakar, misteri atau berbentuk teka-teki. Lagi banyak kreativiti, lagi meriah permainan Treasure Hunt dalam rumah ni!
Clue ditulis seperti peta lanun. Barang yang dicari: syiling mainan, peta mini, pedang mainan.
Clue ditulis dalam bentuk mesej rahsia. Contoh: gunakan kod warna, emoji atau tulisan terbalik.
Semua harta karun berada di dapur. Clue: “Cari di tempat yang selalu bunyi ‘tik tik tik’.” (Tepi dapur gas)
Kalau dah namanya Treasure Hunt mestilah ada pemenang kan? Minta mak ayah korang sediakan hadiah comel. Tak payah hadiah mahal. Semua ini buat permainan jadi lagi meriah!
Treasure Hunt nampak simple, tapi ia penuh gelak, penuh debaran, penuh teamwork dan penuh kenangan. Yang paling penting ia buat masa keluarga jadi sangat bermakna. Daripada duduk bosan, lebih baik jadi detektif hebat cuti sekolah ni! Siapa tahu mungkin korang akan jadi Master Detective sebenar dalam keluarga nanti dengan seronoknya Treasure Hunt dalam rumah ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!