Korang tahu tak? Sekarang ni ada berita yang memang buat ramai budak senyum lebar. Percaya atau tak, kanak-kanak pun boleh naik kereta api KTM secara percuma. Ya, betul betul percuma!
Mulai 1 Januari 2026, program MyRailLife akan jadi lebih best sebab ia dibuka kepada kanak-kanak seawal umur 4 tahun. Maknanya, adik-adik kecil pun boleh ikut naik tren tanpa perlu keluarkan duit. Best kan?
Berita ni mestilah buat ibu bapa pun rasa lega sebab kos pengangkutan boleh jadi lebih jimat, terutama untuk ke sekolah atau berjalan-jalan.
Apa Sebenarnya Pas MyRailLife Ni?
Pas MyRailLife ialah pas khas yang bagi peluang naik tren KTM tanpa had dan tanpa bayaran untuk golongan tertentu. Dengan pas ni, kita boleh naik beberapa perkhidmatan tren seperti:
Program ni diwujudkan supaya lebih ramai pelajar dan kanak-kanak biasa naik pengangkutan awam, selain membantu keluarga berjimat.
Laluan Tren Yang Boleh Digunakan
Dengan Pas MyRailLife, korang boleh naik tren di laluan-laluan ni:
Shuttle Timuran (DMU) • Gemas ke Tumpat
KTM Komuter Lembah Klang • Pelabuhan Klang – Tanjung Malim • Batu Caves – Pulau Sebang
Ads
KTM Komuter Sektor Utara • Padang Besar – Butterworth • Padang Rengas – Butterworth
Banyak pilihan kan? Boleh pergi jauh-jauh naik tren!
Gambar Sumber: KTM Berhad.
Siapa Yang Boleh Dapatkan Pas Ni?
Pas MyRailLife ni khas untuk:
Kanak-kanak umur 4 hingga 6 tahun
Pelajar sekolah rendah dan menengah
Pelajar Tingkatan 6
Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar
Syarat penting, mestilah warganegara Malaysia.
Ads
Cara Nak Dapatkan Pas MyRailLife
Senang je! Korang boleh dapatkan pas ni melalui:
✔️ Kaunter tiket di stesen KTM ✔️ Aplikasi rasmi KTMB, KITS Style ✔️ Mesin kios tiket di stesen terpilih (untuk kanak-kanak kecil)
Jangan lupa bawa dokumen penting macam MyKid, MyKad atau sijil lahir ya.
Kenapa Program Ni Memang Bagus?
Dengan adanya MyRailLife, budak-budak boleh ke sekolah dengan lebih mudah, ibu bapa pun tak perlu risau pasal tambang setiap hari. Selain jimat duit, kita juga boleh belajar guna pengangkutan awam dan jaga alam sekitar.
Pendek kata, naik tren percuma ni memang win-win untuk semua. Jadi, siapa dah tak sabar nak naik KTM lepas ni?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang suka main slime tak? Yang boleh tarik panjang, tekan-tekan dan buat bentuk pelik-pelik tu. Slime memang jadi mainan kegemaran ramai kanak-kanak sebab teksturnya yang lembut dan kenyal. Tapi tahu tak, sebenarnya Play-Doh pun boleh jadi slime tau!
Tak perlu beli barang mahal atau bahan susah dicari. Dengan sedikit kreativiti, kita boleh hasilkan slime Play-Doh guna barang yang memang ada di rumah. Aktiviti ni bukan saja menyeronokkan, malah selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Jom kita buat sama-sama!
Senang je bahannya, mesti mak ayah pun senyum tengok sebab kosnya rendah dan mudah disediakan.
Ambil Play-Doh dan koyakkan jadi cebisan kecil. Lagi kecil cebisannya, lagi senang nak gaul dan lembutkan nanti. Langkah ni penting supaya air suam mudah meresap ke dalam Play-Doh.
Tuang sedikit demi sedikit air suam ke dalam mangkuk. Jangan terus tuang banyak kerana Play-Doh boleh jadi terlalu lembik. Untuk slime Play-Doh yang cantik, kawal jumlah air dengan perlahan.
Gaul menggunakan sudu atau tangan sehingga Play-Doh mula berubah tekstur jadi lebih lembut dan kenyal. Masa ni memang menyeronokkan sebab boleh tekan-tekan dan rasa perubahan teksturnya.
Letakkan beberapa titis minyak bayi atau minyak masak. Minyak membantu slime Play-Doh jadi lebih licin, lembut dan tidak melekat di tangan. Tambah sedikit demi sedikit untuk hasil terbaik.
Uli dan tarik adunan sehingga teksturnya betul-betul menyerupai slime. Kalau masih keras, tambah sedikit air. Kalau terlalu melekat, tambah sedikit minyak sehingga dapat tekstur slime Play-Doh yang sempurna.
Aktiviti membuat slime Play-Doh bukan sekadar permainan biasa. Ia membantu perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental.
DIY slime Play-Doh memang mudah, murah dan sangat menyeronokkan. Ia sesuai untuk aktiviti hujung minggu, waktu cuti sekolah atau masa berkualiti bersama keluarga. Tak perlu gadget, tak perlu skrin, cukup tangan dan imaginasi.
Selamat mencuba kawan-kawan. Jangan lupa tunjukkan hasil slime Play-Doh korang pada mak ayah. Mesti mereka bangga tengok kreativiti korang!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak, majlis graduasi tadika selalunya penuh dengan ucapan formal, muzik sayu dan sesi bergambar bersama mak ayah. Kebanyakannya hampir sama dari tahun ke tahun. Tapi lain benar dengan majlis graduasi tadika Bir Ali Taman Maluri dan Bir Ali Taman Melati Utama kali ini. Bukan sekadar lain, tapi memang luar biasa sampai buat ramai ternganga.
Sebab apa ia jadi bualan ramai? Sebab cikgu-cikgu di tadika ini berjaya menghidupkan suasana graduasi dengan satu idea yang sangat kreatif dan relevan dengan dunia hari ini, iaitu menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI.
Menerusi video yang tular di TikTok akaun Bir Ali Maluri Melati, majlis graduasi kanak-kanak berusia enam tahun ini tampil berbeza apabila graduasi tadika guna AI diperkenalkan secara kreatif. Ia bukan sekadar gimik, tetapi benar-benar memberi kesan emosi kepada semua yang hadir.
Setiap kali nama seorang murid dipanggil naik ke pentas untuk menerima sijil, skrin besar di belakang pentas akan memaparkan video AI yang menggambarkan cita-cita mereka apabila dewasa nanti. Detik itu sahaja sudah cukup buat satu dewan bersorak dan tersenyum bangga.
Ada murid yang muncul sebagai anggota polis lengkap beruniform, ada yang menjadi juruterbang, doktor, angkasawan, guru dan pelbagai lagi kerjaya hebat. Paling menarik, visual AI tersebut bukan sekadar gambar pegun, tetapi video bergerak yang kelihatan hidup dan realistik.
Melalui pendekatan graduasi tadika guna AI ini, kanak-kanak bukan sahaja diraikan, malah impian kecil mereka divisualkan seolah-olah benar-benar menjadi kenyataan di hadapan mata.
Gabungan idea kreatif cikgu-cikgu Gen Z dengan imaginasi hebat murid Gen Alpha nyata menjadi. Suasana dewan bertukar riuh dengan sorakan dan tepukan gemuruh, terutamanya apabila ibu bapa melihat impian anak-anak mereka divisualkan dengan begitu cantik dan menyentuh hati.
Bukan sedikit yang tersenyum bangga, malah ada yang mengalirkan air mata kerana terharu. Bagi ramai ibu bapa, momen ini menjadi kenangan graduasi yang sukar dilupakan sepanjang hayat.
Ruangan komen di TikTok turut dibanjiri dengan pujian. Ramai warganet memuji keberanian pihak tadika yang berani mencuba pendekatan moden dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Ada juga yang menyatakan idea graduasi tadika guna AI ini pernah dilihat di luar negara, dan mereka gembira apabila tadika tempatan mula melangkah ke arah yang sama.
Cikgu-cikgu di tadika ini dianggap sangat “up to date”, kreatif dan memahami dunia kanak-kanak masa kini yang membesar seiring dengan teknologi digital.
Lebih daripada sekadar majlis tamat persekolahan awal, pendekatan ini sebenarnya memberi kesan psikologi yang positif kepada kanak-kanak. Ia menyuntik keyakinan dalam diri mereka untuk terus berani bermimpi, menetapkan matlamat dan percaya bahawa impian itu boleh dicapai suatu hari nanti.
Dalam masa yang sama, ia juga membuktikan bahawa teknologi, termasuk AI, boleh digunakan dengan cara yang sangat positif dalam dunia pendidikan jika dimanfaatkan dengan betul.
Pendek kata, apabila guru benar-benar memahami dunia kanak-kanak dan berani keluar dari kebiasaan, pengalaman yang dicipta bukan sahaja menyeronokkan, malah terus dekat di hati. Inisiatif graduasi tadika guna AI ini wajar dijadikan inspirasi kepada institusi pendidikan lain.
Tahniah kepada cikgu-cikgu hebat Tadika Bir Ali. Usaha kecil ini memberi impak besar dan membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak boleh diraikan dengan cara yang lebih bermakna, kreatif dan relevan dengan masa depan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!