Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
Ads
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Ads
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
Ads
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Bukan saja remaja, jogger pants kids ni memang jadi pilihan ramai sekarang! Nampak cool dan relaks saja bila keluar jalan-jalan dengan famili dan kawan-kawan. Tapi apa kelebihan jogger pants ni dan apa istimewanya gaya macam ni? Jom kita tengok fakta menarik tentang seluar bergaya ni!
Pernah tak kamu terfikir, kenapa seluar yang kamu pakai untuk bermain atau bersenam tu dipanggil jogger pants kids? Jom kita bongkar rahsia nama dan keunikan seluar popular ni!
Perkataan “jogger” datang daripada perkataan “jog”, yang bermaksud berlari perlahan atau berjoging. Dahulu, seluar ini direka khas untuk orang yang suka berjoging, sebab itulah dinamakan jogger pants!
Jogger pants kids mula terkenal kerana ia selesa, ringan, dan mudah digerakkan, sangat sesuai untuk aktiviti seperti bermain di taman, bersukan di sekolah, atau bersantai di rumah. Ia bukan sekadar seluar, tapi gaya hidup aktif yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Jogger pants ni nampak macam seluar sukan biasa, tapi kalau kamu perhatikan betul-betul, ada beberapa ciri khas yang buatkan ia lain daripada seluar lain:
Sekarang, jogger pants kids bukan saja untuk berjoging, tapi juga jadi fesyen harian. Ada pelbagai warna dan corak daripada hitam klasik, kelabu, hingga warna terang seperti biru, merah jambu, dan hijau!
Ada yang ada poket depan dan belakang, ada juga yang bertulis kata semangat seperti “Be Brave” atau “Run Fast”. Gaya ni bukan sahaja comel, tapi juga memberi keyakinan kepada si kecil untuk aktif dan ekspres diri dengan lebih bebas.
Sebab utamanya mestilah selesa dan senang bergerak! Anak-anak suka berlari, melompat, menari, dan bermain, jadi jogger pants kids memang sesuai. Tak payah risau tersangkut atau panas.
Malah, ramai pelajar pakai jogger pants kids masa hari Pendidikan Jasmani (PJ) sebab ia senang dipakai dan tak melekit bila berpeluh. Tambahan pula, rekaannya yang ringan membuatkan mereka bebas bergerak sepanjang hari.
Jadi, sekarang kamu tahu kenapa seluar itu dinamakan jogger pants kids! Ia bukan sekadar seluar untuk berjoging, tapi simbol keselesaan dan gaya aktif. Lain kali bila kamu pakai jogger pants, ingat ya kamu sedang bergaya seperti atlet kecil yang bersedia untuk beraksi!
Korang tahu tak, anak kepada angkasawan negara kita, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, baru-baru ini terbang jauh ke Universiti Oxford, United Kingdom?
Nama dia Sophea Natasha, atau mesra dipanggil Tasha. Walaupun baru berusia 12 tahun, Tasha terpilih menyertai program kepimpinan selama seminggu di universiti terkenal itu. Bukan sambung belajar ya, tapi pengalaman istimewa yang sangat bermakna.
Wah, hebatnya Tasha!
Menerusi satu perkongsian menyentuh hati di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi detik pertemuan ringkas bersama anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Apa yang buatkan ramai tersentuh, beliau baru sahaja tiba dari Sukan SEA di Thailand sebagai pengurus skuad taekwondo negara. Tanpa berehat, beliau terus bergegas ke Pintu C22 semata-mata untuk bertemu Tasha sebelum anaknya berlepas.
Walaupun masa yang ada sangat singkat, momen itu cukup bermakna buat seorang ayah yang penuh rasa rindu dan kasih sayang. Dalam kesibukan menjalankan tugas negara, keluarga tetap menjadi keutamaan.
“Hari ini Tasha berlepas ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai program kepimpinan selama seminggu. Syukur, sempat juga berjumpa di lapangan terbang,” tulis beliau ringkas tetapi penuh emosi.
Sebagai seorang ayah, Dr Sheikh Muszaphar tidak lupa mengiringi langkah anaknya dengan doa yang mendalam. Beliau berharap pengalaman berada di salah sebuah universiti terbaik dunia itu menjadi pembakar semangat buat Tasha.
“Semoga Oxford menjadi sumber inspirasi buatnya agar suatu hari nanti belajar di sana, berani memasang impian yang tinggi, terbang setinggi-tingginya menuju kecemerlangan dan kejayaan di dunia serta di akhirat. Aamiin,” luahnya penuh harapan.
Kisah Tasha ini memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta pengalaman hebat. Dengan usaha, disiplin dan sokongan keluarga, impian besar boleh mula dibina sejak kecil.
Siapa tahu, suatu hari nanti korang pula yang menjejakkan kaki ke universiti hebat dan membawa nama Malaysia ke seluruh dunia.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak jadi situasi macam ni? Seorang kawan datang dan cakap, “Pinjam pemadam kejap boleh?”
Kita pun hulur tanpa fikir panjang sebab tak nak nampak kedekut. Niat kita baik, cuma nak tolong kawan. Tapi lepas tu…pemadam tu senyap je. Esoknya tak nampak. Lusa pun masih tak pulang.
Masa tu hati mula rasa tak sedap. Nak minta balik, rasa segan. Tak minta, barang kita pula terus hilang.
Inilah situasi biasa yang ramai alami apabila berdepan dengan masalah kawan pinjam barang tak pulang.
Perlu kita faham satu perkara penting. Pinjam maksudnya guna sekejap dan pulangkan semula.
Pinjam bukan bermaksud boleh simpan terus. Pinjam juga bukan tanda barang itu sudah jadi milik sendiri.
Dalam kebanyakan kes, kawan sebenarnya bukan berniat jahat. Kadang-kadang mereka benar-benar terlupa.
Sebab itu, kita tak perlu terus marah. Apa yang kita perlu buat ialah ingatkan dengan cara yang baik dan beradab.
Ramai yang berdepan masalah kawan pinjam barang tak pulang sebab rasa serba salah.
Antara sebab biasa:
* Takut kawan kecil hati
* Tak nak nampak berkira
* Risau hubungan jadi renggang
Sedangkan hakikatnya, meminta balik barang sendiri bukan satu kesalahan. Ia cuma cara kita menjaga hak dan tanggungjawab diri sendiri.
Tak perlu marah. Tak perlu meninggikan suara. Cukup guna ayat yang ringkas dan lembut, contohnya:
– “Eh, pemadam aku yang kau pinjam hari tu ada dengan kau tak?”
– “Boleh pulangkan pembaris aku? Aku nak guna sekarang.”
Sambil cakap tu, senyum sedikit dan kekalkan nada suara yang tenang. Biasanya, kawan akan terus teringat dan pulangkan.
Cara ini sangat berkesan untuk situasi macam ni tanpa menjejaskan persahabatan.
Kalau dah beberapa kali diingatkan tetapi masih tak dipulangkan, kita ada beberapa pilihan yang lebih selamat:
Terutama untuk pelajar sekolah, cikgu boleh bantu ingatkan dengan cara yang lebih berhemah.
Langkah ini nampak kecil, tapi sangat berkesan untuk elakkan kes kawan pinjam barang tak pulang berulang.
Pinjamkan hanya barang yang kita tak kisah sangat atau, belajar berkata “nanti dulu” dengan sopan.
Menjadi kawan baik bukan bermaksud kita perlu berkorban semua benda. Kita boleh berkongsi, dan pada masa yang sama, menjaga barang sendiri.
Apabila kita berani bersuara dengan cara yang baik, kita sebenarnya sedang belajar tentang sempadan diri.
Situasi kawan pinjam barang tak pulang mengajar kita banyak perkara penting dalam hidup:
– Belajar jadi lebih berani
– Belajar bercakap jujur
– Belajar hormat diri sendiri
Semua ini adalah kemahiran sosial yang sangat berguna sampai dewasa.
Kalau suatu hari nanti kawan pinjam barang tapi tak pulang, ingat satu perkara penting ini:
Minta balik itu bukan salah. Ia cuma tanda kita sayang barang sendiri dan tahu jaga diri. Dan orang yang tahu jaga diri, itulah sebenarnya kawan yang bijak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!