Korang mesti suka kan? Tahun 2026 dijangka membawa berita gembira buat semua sebab Cuti Sekolah & Raya 2026 bakal berlangsung serentak! Ini bermakna Hari Raya Aidilfitri akan jatuh dalam tempoh cuti sekolah penggal pertama, berita baik untuk pelajar, ibu bapa dan guru!
Raya Dalam Cuti Sekolah, Hati Pun Tenang
Menurut Kalendar Akademik 2026 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Hari Raya Aidilfitri dijangka diraikan pada 21 dan 22 Mac 2026. Tarikh ini jatuh betul-betul dalam minggu cuti sekolah penggal pertama. Cuti Sekolah & Raya 2026 kali ini pastinya memberi peluang untuk semua berehat panjang tanpa gangguan persekolahan.
Bagi negeri-negeri Kumpulan A seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti penggal pertama akan bermula dari 20 hingga 28 Mac 2026. Manakala untuk Kumpulan B (Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), tempoh cuti ialah 21 hingga 29 Mac 2026.
Maknanya, kedua-dua kumpulan sekolah dapat menikmati cuti panjang lebih seminggu yang turut dilengkapi dengan cuti tambahan khas oleh KPM bersempena sambutan Aidilfitri. Cuti Sekolah & Raya 2026 ini sememangnya membawa kelegaan kepada semua lapisan masyarakat.
Ads
Rancang Awal, Elak Sesak
Dengan jadual akademik yang lebih teratur ni, ibu bapa boleh mula merancang perjalanan balik kampung lebih awal. Tiket bas, kereta sewa, atau penerbangan domestik pasti jadi rebutan nanti, jadi perancangan awal sangat penting untuk menikmati Cuti Sekolah & Raya 2026 dengan tenang.
Selain itu, penyelarasan cuti sekolah dan perayaan juga dijangka mengurangkan kesesakan jalan raya di lebuh raya utama menjelang Hari Raya. Tak ada lagi situasi ‘berkampung’ di R&R atau tersangkut berjam-jam dalam trafik panjang!
Ads
Lebih Masa Bersama Keluarga
Langkah KPM ni bukan saja memudahkan urusan ibu bapa, tapi juga memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk berehat serta beribadah dengan tenang. Cuti Sekolah & Raya 2026 memberikan peluang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.
Ads
Aidilfitri ialah masa untuk bersama keluarga — dan dengan cuti yang panjang, semua dapat menikmati suasana raya tanpa tergesa-gesa. Anak-anak pun gembira, mak ayah pun boleh sambut raya dengan hati yang lapang tanpa perlu fikir kerja sekolah atau mesyuarat penting esoknya.
Jadi, rancanglah lebih awal dan nikmati Cuti Sekolah & Raya 2026 ini dengan penuh kegembiraan, kasih sayang dan ketenangan!
Menukar duit raya untuk diberikan kepada anak-anak di hari raya nanti menjadi kewajipan bagi kita dengan niat untuk bersedekah.
Namun proses menukar duit ini membuatkan kita jadi malas kerana terpaksa beratur panjang di bank.
Tak perlu beratur panjang untuk menukar duit raya, aplikasi Bank Islam (BIMB) kini telah menambah ciri khusus iaitu berfungsi untuk tukar duit raya secara atas talian.
Penukaran ini bertujuan untuk memudahkan pengguna Bank Islam dalam menjalankan urusan perbankan dengan lebih pantas dan efisien serta meningkatkan pengalaman secara keseluruhan.
Cara tukar duit raya guna aplikasi Bank Islam
1. Log masuk ke akaun anda menggunakan aplikasi BIMB seperti biasa. Kemudian, klik di bahagian ‘Jom Tukar Duit Raya’ seperti yang tertera di bawah.
2. Pilih negeri dan cawangan yang anda ingin ambil duit raya berkenaan.
3. Masukkan nilai yang anda ingin tukar.
4. Sebelum Klik ‘Submit’, pastikan semua maklumat anda betul.
Pengesahan permohonan dijangka mengambil masa beberapa hari dan akan dihantar melalui emel. Perkhidmatan ini boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 14 Mac 2025.
Rutin harian anak yang padat biasanya hanya tinggal beberapa jam sahaja pada sebelah malam untuk bersama dengan anak. Dengan masa yang terhad, tidak semua aktiviti sesuai untuk bermain bersama-sama.
Menurut perkongsian Baby Language, tukarkan masa bermain yang terhad itu dengan bermain dengan anak setiap masa dengan pelbagai aktivitinya. Jom ikuti perkongsiannya.
Ramai ibubapa salah sangka, main itu WAJIB ‘allocate’ sekian-sekian waktu khas fokus bermain dengan anak.
Ia jadi stres untuk dicapai bila realitinya, hidup ibu ayah terkejar-kejar untuk mengadakan waktu khas tersebut.
YA benar, anak masih perlukan masa bermain yang sebenar-benar main melibatkan ibu/ayahnya atau kita panggil guided play. Iaitu ibu ayah merancang atau reka sesuatu aktiviti main untuk capai sesuatu matlamat (goal) yang spesifik.
Misalnya, ibu main blok mainan pelbagai warna dan bentuk dengan tujuan mengajar anak tentang warna dan bentuk.
Sambil bermain, ibu berhubung dengan anak seperti bertanya soalan “bentuk apa ni?”, “ni warna apa?”, “bentuk apa yang sesuai kita jadikan tayar kereta lego ni ?” untuk cetus proses berfikir anak.
Namun, ada ibu ayah yang rasa down dan stres bila tak mampu sediakan banyak masa untuk ‘benar-benar’ main dengan anak sehingga sebahagian ibu ayah gagal lihat, waktu bermain dengan anak itu SEBENARNYA WUJUD DISETIAP RUANG DAN MASA,sehingga tiada alasan TIADA MASA main dengan anak!
Tak ada masa main dengan anak, jadi mainlah setiap masa
* Usap dan urut ringkas badan anak semasa pakaikan baju atau salin lampinnya.
* Jangan lupa cuit pipi dan hidung comel anak, puji mata cantiknya serta main rambutnya ketika menyiapkannya ke sekolah.
* Selalu curi cium, gumal-gumal, main hembus perutnya atau tarik peluk anak secara sengaja.
* Main buah sabun, simbah-simbah dan main bentukkan rambut basah anak ketika mandi.
* Ambil sikit masa bacakan buku, buat urutan ringkas, main game santai seperti cak-cak, menyanyi atau baca doa sama-sama sebelum tidur.
Geram tengok kotoran dalam telinga anak terutamanya yang baby, tapi boleh ke kalau nak cuci telinga bayi ni?
Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Nik Hisyam, Perunding & Pakar Bedah ENT.
Sesetengah ibu bapa bertanya adakah perlu telinga anak mereka dicuci dan dibersihkan.
Sebenarnya permasalahan tahi telinga selalu berkumpul dalam telinga kita. Sebenarnya tahi telinga ini tak perlu diusik dan dikacau pun ataupun dikorek dengan cotton bud dan apa jua cara sekalipun.
Kalau mak ayah ada nampak kotoran di bahagian luar kawasan telinga, hanya bersihkan bahagian luar sahaja. Jangan sekali-kali memasukkan apa-apa alat ke dalam saluran telinga kerana berisiko berlaku pelbagai masalah.
Contohnya tahi telinga akan masuk ke dalam dan sampai satu tahap tak boleh keluar. Lama-kelamaan tahi telinga ini akan menjadi keras dan menyebabkan dia berkumpul dan susah nak keluar dengan sendiri.
Ini menyebabkan anak merasa sakit jika terlalu banyak dan pendengaran anak juga akan terjejas.
Yang kedua, sekiranya penggunaan alatan mengorek telinga seperti besi, kayu dan sebagainya akan menyebabkan risiko dimana saluran telinga akan luka, berlaku pendarahan dan bengkak. Malah boleh juga berlaku jangkitan kuman pada saluran telinga.
Sebaik-baiknya janganlah dikorek telinga anak-anak. Kalau nampak terlalu kotor, hanya bersihkan bahagian luar sahaja dan ada caranya.
Tip cuci
* Guna cotton bud, celup dengan minyak bayi dan bersihkan kawasan cuping telinga sahaja.
* Elakkan dicuci masuk ke dalam saluran telinga bagi mengelakkan kecederaan, implikasi dan sebagainya.
Penggunaan cotton bud ini disarankan untuk cucian sahaja tetapi bukan untuk mengorek telinga.
Dihujung saluran telinga letakkan di mana gegendang telinga dan apabila tahi telinga menghampiri gegendang ini, memang susah akan keluar dengan sendirinya.
Adrean Mohd Safzan Akhtar, pendekar cilik berusia 8 tahun, membuktikan bahawa silat warisan bangsa masih subur dan relevan dalam jiwa anak-anak Malaysia apabila muncul johan pertandingan silat di Terengganu.